Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya ...

Berpelajaran tinggi hingga ke PhD pun...belum tentu tinggi akhlaknya.

Tapi kita ni insan yg mudah lupa dan lalai ... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu .. 

sumber : www.akuareal.com
*Seorang ibu yang sedang mengandung hendaklah menerima ketentuan Allah terhadap keadaan diri dan kandungannya dengan perasaan redha sabar dan anggaplah kurniaan Allah itu sebagai Rahmat dan kasih sayang-Nya.

*Sementara suami pula hendaklah sentiasa menjaga perasaan isteri khususnya bagi permulaan pertama kerana wanita yang mengandung perlu banyak perhatian.

*Perhatian yang lebih itu akan mengembirakan hati isteri dan memberi kesan kepada keadaan anak dalam kandungan.

*Tunjukkan rasa gembira dan girang dengan kandungan itu dan banyakkan memberi harapan kepadanya.

*Ibu hendaklah sentiasa mengawal perasaan jangan terlalu memikirkan masalah, jangan terlalu bimbang atau terlalu takut dan perasaan lain yang tidak baik.Serahkan semuanya kepada Allah.

*Elakkan memakan makanan yang berbisa seperti ikan sembilang , ikan pari,nanas, tapai dan lain-lain.

*Hendaklah menyedut udara bersih setiap pagi kerana disamping menyihatkan diri amalan ini juga akan menyihatkan anak dalam kandungan.

*Tidur dan rehat dengan cukup setiap hari mengikut masa dan kesesuaian. Elakkan tidur pada masa yang tidak baik seperti selepas subuh, slps asar atau hampir waktu senja dan selepas maghrib. Jangan terlalu banyak tidur pada waktu siang. Semuanya mewarisi anak yang malas dan lembab.

*Mengadakan pergerakkan seperti berjalan-jalan diruang lapang . jangan terlalu banyak duduk, kerapkan berdiri. Jika letih duduk sekejap dan berdiri semula. Pergerakkan itu baik untuk masa-masa hampir bersalin untuk memudahkan kelahiran.

*Banyakkan minum air sekurang-kurangnya enam atau tujuh gelas sehari. Dgn cara ini akan menambahkan kesegaran dan memudahkan melahirkan anak

Sumber


Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut.

Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku".

Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.

Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita.

Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu.

Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya.

Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya.

Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.

Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu.

Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam.

Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa.

Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.

Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai.

Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati.

Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal.

Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan.

Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.

Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya.

Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah.

Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. Mungkin orang lain.

Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki.

Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya lelaki tua tersebut.

Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya.

Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan.

Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya.

Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut.

Pernahkan pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya.

Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.

Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun.

Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu.

Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah.

Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.

Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.

Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).

Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"

Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim).

Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.

Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.

Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."

Sumber

Toma’ninah mesti dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.

Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun yang disebutkan.

Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, toma’ninah adalah rukun solat.

Rukun solat jika ditinggalkan maka solat itu TIDAH SAH.


Rasulullah saw. bersabda, "Allah tidak akan melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud. (HR Thabrani)

Rasulullah saw. bersabda, "Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka ? Rasulullah saw. menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas). (HR Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)

Rasulullah saw. melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (HR Ahmad, Abu Daud dan Nasaie)

Nabi saw. bersabda, "Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan." (HR Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang". (HR Muslim)




Wallahu 'alam.
Sumber

PERISTIWA yang ingin saya ceritakan adalah mengenai satu jenazah yang bagi saya cukup aneh. Darah tak putus-putus keluar daripada seluruh tubuhnya. Tak tahulah kenapa.... tapi dari sejak Allahyarham meninggal dunia, darah tak berhenti-henti keluar.

Allahyarham ini meninggalnya kerana sakit, bukan sebab kemalangan. Doktor pun mengesahkan tidak ada penyakit yang boleh sebabkan jenazah berdarah macam itu sekali. Apakah yang berlaku kepada Allahyarham?

Peristiwa tersebut berlaku beberapa tahun lalu di sebuah tempat di Selangor. Tapi maaflah, nama orang dan nama tempat kejadian tak dapat saya ceritakan ialah Allahyarham ini adalah seorang lelaki, meninggal ketika berumur 50-an atau 60-an tahun dan semasa hidupnya, Allahyarham bolehlah kita golongkan sebagai orang kaya.

Dia pegawai kerajaan dan pernah menjadi penolong pengarah agensi tempat dia bekerja...

Allahyarham ini ada beberapa orang anak. Beliau meninggal dunia di rumahnya pada pukul 8.30 malam kerana sakit biasa.Tapi saya diberitahu doktor pun tak tahu apa penyakit yang dihadapinya.

Tapi yang menimbulkan pertanyaan dan keinsafan ialah apabila Allahyarham habis saja nazak dan lepas itu menghembuskan nafasnya yang terakhir, tiba-tiba saja darah mula keluar daripada seluruh tubuhnya, khususnya dari liang-liang dan rongga-rongga. ..dari mulut, telinga, hidung, mata, celah-celah bulu roma dan celah-celah kuku.

Mula-mula sedikit, tapi makin lama makin banyak sampai mayat itu dipenuhi darah. Darah itu pun tak putus-putus keluar. Cukup mengerikan.. ..dan menyedihkan.

Apabila tengok mayat ayahnya itu lain macam, anak Allahyarham pergi ke rumah saya. Masa itu kira-kira pukul 11.00 malam. Kebetulan pula anak Allahyarham itu murid saya yang memang saya kenal sangat.

Dalam keadaan yang sedih bercampur panik dia berkata, "Ustaz, ayah saya meninggal dunia. Ustaz boleh tolong tak?"

Saya kata, "Boleh, tapi kenapa pula? Ada masalah ke?"

"Mayat ayat saya ni agak lain sikitlah ustaz. Saya minta sangatlah ustaz dapat tolong kami," kata anak Allahyarham tadi. Bagaimanapun dia tidak ceritakan pada saya apa yang terjadi pada mayat ayahnya itu.

Saya pun pergi ke rumahnya. Apabila sampai di rumahnya baru dia ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Saya naik ke atas rumah dan terus pergi ke tempat Allahyarham diletakkan dan... masya-Allah, saya tengok darah sudah penuh di seluruh badan Allahyarham.

Baunya pun semakin hanyir. Busuk. Dan busuknya pun lain dari yang lain...sukar untuk saya gambarkan hinggakan kemenyan yang dibakar dan bau-bauan pun tak boleh mengurangkan bau busuk mayat itu.

Apabila saya pandang wajah Allahyarham, saya lihat ia seperti dalam keadaan cemas, takut... langsung tidak ada tanda-tanda kejernihan dan nur di wajahnya. Apa yang sebenarnya dialami dan dirasai oleh Allahyarham ketika itu wallahuaklam. Allah yang lebih mengetahui.

Maha suci Allah, mayat ini cukup pelik sebab baru dua jam lebih dia meninggal tapi begitu aib sekali keadaannya. Dalam hati saya berdoa dan beristighfar supaya saya dapat uruskannya dengan cara terbaik dan tidak berlaku lagi sesuatu yang mengaibkan Allahyarham.

Saya pelawa beberapa orang kawan untuk uruskan jenazah tadi.. Kami ambil kapas dan tutup mulut, hidung, mata, telinga dan rongga-rongga besar pada mayat. Tapi Allah itu Maha Berkuasa, kapas itu tidak mampu menahan darah yang keluar.

Apabila dicabut kapas yang sudah basah dengan darah utuk diganti dengan kapas yang lain, darah meleleh keluar dari rongga-rongga tadi. Menjejes hingga kain dan tikar tempat kami baringkan mayat itu menjadi merah. Tidak tahulah berapa banyak kapas yang kami gunakan, tapi tak berkesan.

Allah jua yang menentukan. Tidak cukup dengan darah, tambah menyedihkan saya ialah muka dan kulit di seluruh tubuh Allahyarham tadi tiba-tiba menggerutu. Keluar satu bahan berlendir, menggerutu macam cacar yang berbonjol-bonjol di muka dan badannya.

Bonjol-bonjol kecil itu seperti bernanah dan busuk baunya. Makin lama bonjol-bonjol itu makin banyak hingga tidak keterlaluan kalau saya katakan di sini iaitu wajah jenazah tersebut sudah tidak menyerupai wajah manusia lagi.

Melihat keadaan mayat yang sebegitu rupa, saya pun katakan kepada semua kaum keluarga Allahyarham dan pembantu saya, "Kita mesti kebumikan jenazah ini malam ini juga." Mereka bersetuju.

Selain daripada dua orang pembantu, tiga orang anak Allahyarham juga menolong saya menguruskan jenazah bapanya. Tapi sedih, seorang demi seorang anak Allahyarham itu pengsan kerana tidak sanggup melihat keadaan mayat bapa mereka itu. Akhirnya tinggallah saya dengan dua pembantu saya tadi.

Bagi mengelakkan tohmahan orang dan tak mahu kain kapan menjadi merah, saya ambil keputusan untuk membalut Allahyarham dengan plastik...plastik alas meja yang berwarna putih. Selepas itu barulah kami balut mayat tadi seperti biasa dengan kain putih.

Mengikut syarak, mayat tidak digalakkan dikebumi malam-malam. Tapi dalam keadaan darurat seperti itu saya tidak boleh tunggu lama-lama. Kebetulan pula kawasan perkuburan terletak tidak jauh dari rumah Allahyarham, kira-kira dua kilometer sahaja, jadi kami cari lampu dan spotlight.

Dalam waktu dinihari yang gelap dan sejuk itu kami suluh jalan dan kawasan kubur Allahyarham. Kami mula kebumikan Allahyarham itu kira-kira pukul 1.30 pagi.

Sampai saja ke kuburnya , berlaku sekali lagi peristiwa aneh, yang amat mengharukan. Kuburnya dipenuhi air! Air itu macam air biasa tapi tak putus-putus keluar dari celah bumi. Ini memang aneh sebab hari itu tidak hujan.

Kalau hendak dikatakan kawasan kubur itu rendah, lembah.. tak juga sebab sudah banyak kubur di situ tapi tak pernah pula terjadi macam ini. Memandangkan orang ramai sudah mula kecoh, kami ambil keputusan mengebumikan juga mayat itu dalam keadaan ia ditenggelami air.

Menyedihkan. Apabila mayat mencecah saja ke air, maka air itu bertukar menjadi merah kerana bercampur dengan darah. Hanyir, busuk....susah saya nak cakap macam mana baunya ketika itu.

Makin lama warna air itu makin merah. Mujur waktu itu tengah dinihari, orang yang datang ke kubur tak nampak sangat. Kalau siang...

Kami pun benamkan jenazah tadi, endal betul-betul dan kemudian tutup dengan papan. Kami buat betul-betul supaya jenazah tidak terlungkup. selepas selesai semuanya. kubur pun dikambus.

Selesai ditalkinkan, saya dan semua yang menghantar Allahyarham ke kubur kembali semula ke rumah masing-masing dan saya menenangkan keluarga Allahyarham yang bersedih.

Entah apa kesalahan yang telah Allahyarham lakukan saya tak tahulah. Yang tahu cuma Allah dan Allahyarham. Bagaimanapun saya yakin ia adalah balasan Allah kepada Allahyarham. Bagi saya ini satu iktibar.

Saya tidak mengatakan Allahyarham telah melakukan sesuatu kesalahan besar tapi bagi saya, darah ini mempunyai tiga kaitan dan mungkin apa yang berlaku pada Allahyarham ada kaitan dengan salah satu

PERTAMA , janganlah sekali-kali kita membunuh orang.Membunuh pula banyak caranya. Saya bukan kata Allahyarham ada membunuh orang tapi perlu diingat darah itu mahal harganya.

KEDUA , ia mungkin ada kaitan dengan makanan dan minuman. Janganlah kita memakan makanan dan minuman yang haram sebab ia menjadi sumber darah yang mengalir dalam tubuh kita ini. Jauhkanlah diri daripada rasuah, makan harta anak yatim atau duit masjid, harta pusaka dan sebagainya yang bukan milik kita.

KETIGA , hormatilah darah. Kalau ada darah di rumah atau di jalan raya akibat kemalangan, bersihkanlah dengan air. Bagi perempuan, ingin saya ingatkan. Cucilah tuala wanita (semasa haid dan nifas) selepas anda menggunakannya.

Bersihkan darah dengan air bersih baru dibuang tuala itu. Jangan buang begitu saja selagi masih ada darah kotor yang melekat pada tuala itu. Walaupun darah itu kotor, tapi ia juga makhluk Tuhan yang perlu dihormati.

Renungkanlah diri kita dan jadikanlah kisah ini sebagai iktibar. Ingatlah, suatu hari nanti kita juga kan menghadap Allah S.W.T. Berdoalah supaya perkara-perkara aib macam ini tidak terjadi pada kita. daripadanya. Saya kata mungkin...bukan menuduh.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring
~LB~

Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.

Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.

"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "

"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.

"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.

"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.

"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.

Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.

"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "

Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.

Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.

"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.

Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.

'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.

Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.

Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.

Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa...

Via Jom Berdakwah Di FB!

Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup.

Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadis di bawah;


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;

1. Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan;

2. Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”.

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-).[1]


Dalam hadis di atas, Nabi mendedahkan dua golongan dari umatnya yang perlakuan mereka belum nampak pada zaman baginda akan tetapi akan muncul pada zaman selepas baginda, iaitu;

a) Golongan pertama; golongan yang suka mendera dan memeras orang-orang bawahannya (termasuk pemerintah-pemerintah yang zalim) di mana mereka diumpamakan Nabi seperti seorang tuan yang memegang cambuk dan memukul hamba bawahannya.

b) Golongan kedua; wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (yakni tidak menutup aurat dengan sempurna) di mana mereka cenderung kepada maksiat dan melakukan tindakan-tindakan yang mendorong orang lain kepada maksiat.


Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai. Ini dapat kita fahami dari keadaan mereka yang disifatkan Nabi dalam ungkapan sebelumnya “…berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada maksiat…”.


Menurut Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain (Syarah Soheh Muslim).

Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dalam hadis di atas –berdasarkan tafsiran ulamak- ialah fesyen-fesyen yang dibuat pada rambut untuk tujuan menarik perhatian orang lain.


Wanita-wanita Islam wajib menjaga penampilan diri mereka agar jangan menimbulkan ghairah dan nafsu lelaki ajnabi walaupun dengan perbuatan yang hukum asalnya adalah harus.


Kesimpulannya, sanggul pada asalnya tidaklah dilarang, namun jika dibuat dengan tujuan untuk memperlihatkan keaadan sanggul itu di khalayak ramai atau untuk menarik perhatian mereka, ia adalah dilarang berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas.
Sumber
♥ SUBANALLAH..TAK DAPAT LIHAT BAGINDA,MEMADAILAH KITA DAPAT LIHAT SERBAN BAGINDA RASULULLAH ♥

<3Pelindung Kepala Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam ♥


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selesa dengan sentiasa memakai penutup kepala. Kebiasaannya Baginda mengenakan apa yang dipanggil ‘Qalansuah’ (kopiah) sama ada dengan ‘Imamah’ (serban) atau tanpa serban. Pada waktu-waktu tertentu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam turut memakai ‘Qithri’ (mafla / selandang) di kepala terutama pada cuaca panas dan berdebu. Baginda juga ada memakai topi besi sewaktu peperangan.
.
.
Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta ciri-cirinya. Antaranya:
.
Bentuk Serban
Bentuk kopiah atau serban yang dipakai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah melonjong dan runcing ke atas. Kain ‘Imamah’ (serban) yang dililitkan pula separuh daripada ketinggian kopiah dan berekor di belakang separas belikat. Topi besi Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga turut berbentuk sebegini.
.
.
As-Sahab
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai serban yang dikenali sebagai ‘as-sahab’ (awan) yang diberikan kepada Sayyidina Ali r.a. Kadang-kadang Ali r.a. datang dengan memakai ‘as-sahab’. Lalu Nabi SAW bersabda, “Datang Ali kepadamu dengan memakai as-sahab.”
Serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di Muzium Topkapi Turki. Kerajaan Uthmaniyyah banyak mewarisi khazanah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
.
Serban Hitam
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerap dilihat mengenakan serban berwarna hitam.
“Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki kota Makkah pada waktu Fathu Makkah (pembebasan kota Makkah), Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadis ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair yang bersumber dari Jabir r.a.)
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga suka berserban hitam ketika berpidato, bagi menunjukkan rasa rendah diri Baginda. “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin Isa, keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir al Waraq, dari Ja’far bin Amr bin Huraits yang bersumber dari bapanya.)
“Saya pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)
Amr bin Huraits berkata: “Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR. Tarmidzi r.a.)
.
.
Minyak Rambut
Baginda juga pernah menggunakan minyak rambut sebelum mengenakan serban. Ibnu Abbas r.a. menyatakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan ummat. Waktu itu Baginda mengenakan serban, dan serbannya ada kesan minyak rambut.” (HR. At-Tarmidzi dan Ibnu ‘Abbas)
.
.
Kedudukan Ekor Serban
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. Sewaktu berserban, biasanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.
Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu ‘Umar ra. dikemukakan : “Apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban, maka dilepaskannya ujung serbannya di antara kedua belikat Baginda.” Kemudian Nafi’ berkata: “Ibnu ‘Umar juga berbuat begitu.” ‘Ubaidullah berkata: “Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya juga berbuat demikian.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari Abdul Aziz bin Muhammad, dari Ubaidullah bin Umar, dari Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar.)
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada melepaskan ekor serban kanan dan adakalanya ke kiri yang menjadi ikutan dan amalan alim ulama.
.
.
Topi Besi Rasulullah SAW
“Sewaktu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki Kota Makkah (dihari Pembebasan), Baginda memakai topi besi. Kemudian ditunjukkan seorang yang sangat zalim kepada Baginda: “Itu Ibnu Khathal bersembunyi di dinding Kaabah (disebabkan takut).” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Bunuhlah dia!” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Malik bin Anas, dari Ibnu Syihab, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)
Ada sesetengah pendapat menterjemahan ‘topi besi‘ tersebut kurang tepat sebab yang dimaksud topi besi di sini adalah rantai besi yang dijalin rapi, dibuat dengan ukuran kepala kemudian dapasang di dalam kopiah.
.
.
والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
Sumber
Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.

Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.


Antara persediaan yang boleh dilakukan :

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
- Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.
- Sediakan wasiat.
- Banyakkan amal jariah.
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
- Lunaskan hutang piutang.
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
- Sentiasa berperasaan khauf dan raja'.
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah.


Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)
Sumber
Manusia telah diciptakan oleh Allah SWT dengan fitrah semulajadi. Dan salah satu fitrah semulajadi itu adalah lelaki berkehendakkan kepada pasangannya iaitu wanita dan sebaliknya. Jika manusia melawan fitrah semulajadi yang telah dianugerahkan oleh Allah SWT, maka nantikanlah azab dariNya.

Di dalam Al-Quran telah dirakamkan sejarah umat terdahulu. Antara sejarahnya adalah kaum Nabi Luth yang mengamalkan amalan homoseksual. Perlakuan ‘gay’ yang telah diamalkan oleh kaum Nabi Luth dahulu telah mendapat kemurkaan daripada Allah SWT. Walaupun telah diutuskan seorang nabi untuk mengajak meraka kembali kepada fitrah, namun mereka masih melawan apa yang telah ditegah oleh Allah SWT. Nah, satu azab yang dahsyat telah Allah timpakan ke atas mereka. Bumi telah diterbalikkan dan ditelingkupkan ke atas golongan yang ingkar ini.

Ayat ke-82, surah Hud memperlihatkan secara jelas azab yang menimpa kaum Nabi Luth :

فَلَمَّا جَاء أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِّن سِجِّيلٍ مَّنضُودٍ

Maksudnya: “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri Kaum Lut itu yang atas ke bawah ( Kami balikkan ), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang ) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi,”.

Allahuakbar !!

Kesan azab Allah SWT masih boleh dilihat pada hari ini. Laut Mati, Jordan merupakan kawasan peninggalan kaum songsang yang telah diazab. Banyak peninggalan Nabi Luth yang masih kekal, antaranya ialah runtuhan kota, artifak-artifak lama dan sebagainya. Hari ini, ramai pelancong melawat kawasan tersebut tetapi sejarah dan pengiktibara berkenaan tempat tersebut tidak diambil tahu.

Justeru, penting bagi kita mempelajari sejarah-sejarah umat terdahulu dan memahami apa yang telah Allah SWT rakamkan di dalam Al-Quran agar kehidupan yang sedang kita lalui berada di landasan yang betul. Jangan sampai hidup kita dimurkai Allah.

Ya Allah.. Ampunilah dosa-dosa kami. Berilah kekuatan kepada kami untuk membawa manusia ke landasan yang diredhaiMu. Bukalah pintu hati kami dan pintu hati masyarakat yang bakal kami depani Ya Allah..limpahilah rahmat dan kasih sayangMu ke atas kami Ya Allah.. Ya Rahman..
Sumber
 Wanita oh wanita,
Alangkah bertuahnya dikau..
Jalanmu mudah untuk ke syurga..
Taat Allah dan suami
Diberi pilihan pintu syurga mana tuk dilalui…
500 tahun dihias di syurga…
Ketua para bidadari…
10 ribu kali ganda lebih menawan….
Doamu lebih makbul drpd 70 wali…

Wanita oh wanita,
Alangkah bertuahnya dikau…
Kepayahan mengandung 9bulan 10hari
Diberi pahala puasa di siang hari dan solat di malam hari
Solat sunat 2 rakaatmu
Lebih baik drpd 80 rakaat wanita yg tidak hamil…
Keperitan tatkala melahirkan
Diberi pahala 70 tahun ibadat solat dan puasa sunat
Setiap urat yg putus
Diberi ganjaran….
Setiap kesakitan diberi pahala haji..
Nyawa melayang
Dikira syahid!!

Wanita oh wanita,
Bertuahnya dikau…
tutup aurat dgn sempurna
Allah sendiri ziarahmu di Syurga…
Engkau menyapu rumah dgn berzikir,
Pahala ibarat menyapu keliling Kaabah..
Suamimu gelisah dikau hiburkan
Mendapat pahala separuh jihad!!!
Menjaga harta,anak dan maruahmu
kala suami di JALAN ALLAH
Dikau bolot semuanya sekali!!!!!

Wanita oh wanita,
Alangkah bertuahnya dikau..
SEANDAINYA KAU TAHU…..
Sumber
i-hate-you-but-not-really
Kali ini kita akan berbincang bagaimana anda sebagai seorang isteri menghilangkan rasa curiga di dalam hati terhadap suami anda. Soalan ini ditanya oleh seorang pembaca blog ini, InsyaAllah saya akan cuba memberikan pandangan terbaik. Selain itu, saya harap para pembaca blog ini juga memberikan sedikit pandangan dan idea bernas yang boleh sama-sama kita manfaatkan!
Soalannya,
Macam mana hilangkan ragu2 hati ni pada suami…dengan keadaan sekarang ni dan rakan sekerja lelaki yang mempunyai hubungan lain luar rumah buatkan saya rasa curiga pada suami sendiri…
Beginilah soalan yang dikemukan kepada saya, mungkin ia tidak begitu terperinci, tetapi rasanya ia sudah memadai untuk kita faham kerisauan orang yang bertanya..sebelum menjawab saya harap Puan yang bertanya berada dalam keadaan tenang ketika ini..InsyaAllah…
Demi mengetahui lebih lanjut akan perkara ini dari pandangan wanita, saya juga ada kemukakan soalan yang sama kepada rakan-rakan di Facebook. Dan ini adalah antara jawapan yang saya terima:
rasa curiga pada suami
Ya, saya amat setuju dengan pendapat rakan-rakan Facebook saya di atas. Kenapa suami harus dicurigai seandainya benar beliau ada orang lain sekali pun? Itu adalah hak beliau, tiada larangan di sisi undang-undang mahupun di sisi Islam. Kenapa pula perkara yang tidak menjadi sebarang masalah di sisi agama ingin kita khuatiri?

Kasih sayang isteri terhadap suami seharusnya berlandaskan garis panduan dalam ajaran Islam, bukan berdasarkan perasaan semata-mata. Tanamkan kasih sayang utama kepada Allah, dekatkan diri dengan-Nya, InsyaAllah kita akan sentiasa tenang.

Perhatikan betul-betul, kenapakah selama ini banyak berlakunya zina dikalangan mereka-mereka yang sudah berkahwin. Ada juga lelaki yang berkahwin secara diam tanpa pengetahuan isteri pertama. Semua ini mengundang kepada kehancuran rumah tangga kerana sikap para isteri yang cuba menolak hak suami yang telah ditentukan tuhan. Adakah Allah sengaja membenarkan lelaki berkahwin sehingga 4 orang tanpa sebarang sebab? Mustahil..tentulah ada sebab yang sangat penting.

Atas dasar inilah lelaki yang sudah berkahwin perlu dihukum rejam sampai mati sekiranya melakukan zina! Sanggupkah kita melihat keadaan ini? Mungkin negara kita yang mengamalkan Islam mengikut ‘ideologi barat’ ini tidak menjalankan hukum rejam, tetapi begitu besarnya dosa yang ditanggung oleh si suami hanya tuhan yang tahu.

Lihat, di manakah sebenarnya kasih sayang kita? Adakah kasih sayang itu kerana Allah? Kerana curiga, bimbang dan khuatir perkara-perkara seumpama itu berlaku kepada suami atau kita sekadar khuatir suami ‘ada orang lain’?. Bukan maksud saya untuk menggalakkan para suami untuk berpoligami, saya cuma mahu perbetulkan  fahaman minda yang salah terhadap sikap wanita tentang poligami.

Kerana saya ini lelaki mungkin agak berat sebelah apabila saya mengemukakan pendapat, tetapi keterangan yang jelas telah dinyatakan oleh para isteri dalam contoh yang saya berikan di atas. Perhatikan kenyataan-kenyataan yang saya gariskan dengan warna merah itu. Bagi saya mereka benar-benar insan hebat yang mendambakan cinta Allah (kalau lelaki yang baik dapat isteri macam ni nak cari lain lagi ker?).

Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah manusia jika timbul perasaan cemburu dalam keadaan ini. Usahkan kita, Siti Aisyah juga sering cemburukan Rasulullah apabila Rasulullah bersama dengan isterinya yang lain. Kadang-kadang tergambar wajah marahnya di depan Rasulullah. Namun ia tidak dilanjutkan sehingga membenci, kecewa, curiga dan sebagainya.

Itu kisah Rasulullah, apatah lagi lelaki-lelaki lemah yang hidup di zaman kemudaratan akidah ini? Suami-suami sekarang perlukan isteri yang tabah, sering bersabar dengan sikap suami, pandai menjaga hati, sering berdoa untuk kesejahteraan rumah tangga, selalu menasihati suami ke arah kebaikan dan begitulah sebaliknya. Bukan menghabiskan masa memikirkan perkara bukan-bukan sehingga membuat suami menjadi rimas.

Mungkin saat ini perasaan curiga itu membuatkan kita mengalami kesulitan dalam pelbagai hal. Sentiasa ingin mengetahui keadaan suami, dengan siapa dia keluar, dengan siapa dia berkawan, adakah suami setia dan sebagainya. Usah khuatir, serahkannya kepada tuhan yang lebih mengetahui. Teruskan tanggungjawab kita seperti biasa dan layan suami dengan mesra. Kesulitan yang dialami itu biarkan ia berlalu dengan membaca doa-doa di bawah:
Doa orang yang mengalami kesulitan:
Doa ketika kesulitanMaksudnya: “ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yg Engkau mudahkan, sedang yang susah itu bisa Engkau mudahkan, apabila Engkau menghendakinya”

Doa ketika marah:
Doa ketika marahMaksudnya: “aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yg terkutuk, ya Allah, ampunilah dosaku & hilangkanlah kepanasan hatiku & lepaskanlah aku dari syaitan yg terkutuk”
Doa memohon kesabaran:
Doa untuk sabar
Maksudnya: “ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas kami & tetapkanlah pendirian kami & bantulah kami akan golongan yg mengingkari”
Sekian saja ulasan saya. Mohon maaf atas segala kekurangan dan keterlanjuran kata dalam penggunaan bahasa. Saya juga insan lemah yang penuh dengan kekurangan. Doa saya semoga keterangan ringkas ini dapat memberikan sedikit sinar kepada anda supaya lebih tenang. InsyaAllah…

Doa dipetik dari blog: Warkah – Warkah Cinta
Sumber : CahayaIslam

Antara gangguan ketika melakukan solat adalah:

1) Berasa was-was ketika melakukan takbiratul ihram

Saat membaca takbiratul ihram, ‘Allahu Akbar’, seseorang akan berasa ragu-ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sah atau belum sah.
Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir. Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu Qayyim berkata,

“Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”.
Was-was itu membuat mereka terseksa.


2) Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat.

Sahabat Rasulullah, Uthman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah.”
Rasulullah menjawab,
“Itulah syaitan yang disebut dengan khinzib. Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim).

3) Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan


Abu Hurairah r.a berkata, Sesungguhnya Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Jika seorang daripada kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan. Apabila muazin selesai azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari. Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya,’Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!’ Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia solat.” (Hadis Riwayat Bukhari).

5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat

Ibnu Qayyim berkata:
“Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma’ninah.

Pada zaman Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum sah.

Rasulullah bersabda kepadanya,

“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma’ninah), lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri. Kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma’ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

6) Melakukan gerakan yang tidak perlu

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat.

“Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah”. Orang itu bertanya, “Apa yang dilakukannya? “Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. “Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w,” kata Ibnu Umar (Hadis Riwayat Tirmidzi).

7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika solat

Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu, selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Aisyah beliau berkata,

“Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat ketika solat”. Rasulullah menjawab, “Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba.” (Hadis Riwayat Bukhari).

8) Menguap dan mengantuk

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap, tahanlah.” (Hadis Riwayat Thabrani).
Dalam riwayat lain Rasulullah bersabda,
“Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan, hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia berkata ‘ha…’ bererti syaitan tertawa dalam mulutnya” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

9) Bersin berulang kali ketika solat

Syaitan ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas’ud,

“Menguap dan bersin dalam solat itu daripada syaitan.” (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas’ud berkata,
“Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah. Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan pelbagai cara.”

10) Terasa ingin buang angin atau buang air

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Apabila seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya” (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada gangguan berkenaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk...
Sumber

Daripada Anas RA katanya,

“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman, “Apabila aku menguji seorang hamba-Ku dengan mengambil dua benda yang amat dikasihinya sedangkan dia menerima dengan sabar dan ikhlas, nescaya aku akan memberi ganjaran syurga di akhirat kelak.“ Yang Rasulullah maksudkan dengan dua benda yang amat dikasihi itu ialah dua matanya.

Huraian Hadith:
Allah menguji manusia bukan kerana kekurangan ilmu-Nya, tetapi untuk melahirkan atau menunjukkan kepada hamba berkenaan dan orang lain tentang kesabaran yang dimiliki yang melayakkan mendapat ganjaran daripada Allah kerana ganjaran yang dijanjikan mengikut kadar kepayahan yang dihadapinya.
Menjadi buta selepas melihat adalah dugaan Allah, sekiranya orang yang menjadi buta itu bersabar Allah akan kurniakan syurga sebagai gantinya.

Allah SWT akan memberi balasan syurga terhadap orang yang sabar menerima ujiannya.
Mata ialah sebesar-besar kurniaan Allah yang mempunyai peranan utama di dalam kehidupan seseorang. Oleh itu mata hendaklah digunakan untuk perkara manfaat dan diredai Allah
Riwayat: Bukhari
Kategori: Akhlak

Sumber
RASULULLAH MENCONTOHKAN SIFAT SABAR TERHADAP KARENAH ISTERI

Di dalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata, “Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami.
Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini.
Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, ‘Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda. Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.’ Saya (Umar) lalu berkata, ‘Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?’” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang  Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda  sendiri.”

·UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,
“Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”
Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,
“Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”
Umarpun berkata kepadanya,
“Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.
Lelaki itu menjawab,
“Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar berkata,
“Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,
“Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka.”(Riwayat Muslim dan Ahmad).


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.

Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.

Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.

Err, apa itu cinta high class?

Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.

"Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)." (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.

Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.

Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?

Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.' (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

Oleh : Fatimah Syarha Mohd Noordin. Beliau merupakan penulis novel tauhid. Terbaru beliau menghasilkan novel Sebarkan CintaMu
(http://sebarkanbahagia.blogspot.com/)

Satu demi satu kunjungan persolan rumahtangga menjengah ke kotak emel saya. Rata-ratanya adalah dari kaum wanita, baik yang bekerja mahupun yang bergelar surirumahtangga. Dari luahan rasa, gelodak jiwa hinggalah kepada cetusan emosi yang meluap api benci kepada suami , semuanya dicoret sebegitu panjang bernada harapan agar saya mampu melorongkan mereka kepada jalan-jalan penyelesaian.

Namun, menginsafi bahawa saya bukanlah seorang yang benar-benar berkelayakan dalam memberikan nasihat dan pandangan, ditambah pula hambatan masa yang sukar berkompromi untuk saya berlama-lama di hadapan komputer bagi menjawab kemusykilan yang diutarakan, justeru menulis secara umum sebegini diharapkan mampu memberi sedikit jawapan bagi merungkai kekusutan perasaan seorang isteri yang sedang gerhana dari cahaya cinta.

Sebenarnya, sudah agak lama saya mahu menambah penulisan saya pada sesuatu yang memfokus kepada ikhtiar isteri dalam melakar bahagia rumahtangga tetapi masa dan idea belum kunjung tiba. Sehinggalah saat ini, kala suami berpergian memenuhi tanggungjawabnya kepada ummah, kerinduan yang hadir membangkitkan keinsafan, kesedaran dan muhasabah diri seorang isteri. Lalu, jemari ini mulai ligat menyusun kata bertemankan wajah-wajah bersih yang sedang lena dibuai mimpi.

JATUH CINTA
Saya yakin, ramai pasangan membuka kunci kehidupan berumahtangga dengan rasa cinta antara mereka. Jatuh cinta! Ya, bermula dengan jatuh cinta pandang pertama atas sebab yang pelbagai sehingga ikhtiar dilaksana bagi memulakan salam perkenalan antara keduanya. Demikian juga, rata-rata pengirim emel tersebut menyatakan mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Sebahagiannya sudah mengenali antara satu sama sebelum disatukan sebagai suami isteri.

Setelah dua jiwa yang saling menyintai diikat dengan lafaz mulia ‘aku terima nikahnya’ mereka mula membina kehidupan bersama. Berbekal perasaan cinta yang masih membara, serasa tidak begitu menyukarkan untuk mereka melakar musim bunga perkahwinan yang dipenuhi warna warni keindahan. Kalaupun sesekali hujan gerimis datang tanpa diundang, keadaan itu tidak merencatkan kegembiraan mereka menikmati kuntuman mewangi yang sedang mekar dalam hati. Masalah yang timbul, pasti tidak memakan masa lama untuk dileraikan.

Semuanya tampak selari, sehati sejiwa.

Begitulah kebiasaannya, permulaan yang bagai sempurna, tiada cacat dan cela.
Walaupun begitu mukadimahnya, kini, di antara mereka ada yang merasa kasih suami sudah beralih arah setelah segala pengorbanan dilakukan sejak melangkah ke alam perkahwinan. Ada juga yang meluah sikap suami yang kurang memberi belaian tanda cinta dan sayang. Tidak kurang juga yang menyatakan sudah tidak tahu bagaimana lagi usaha yang patut dilakukan bagi meraih cinta suami sedangkan kecantikan dirinya begitu dijaga dan diperhati namun layanan acuh tak acuh daripada suami menjadikan dirinya merasa kurang dikasihi.

Bagaimana ini terjadi?

Justeru, dalam keadaan rumahtangga dihenyak kegelisahan dan ketidakharmonian seperti di atas, beberapa perkara di bawah ini mungkin baik untuk dijadikan muhasabah dan renungan terutama kepada para isteri bagi membangun cinta sejati, buat merealisasi bahagia hakiki. Kemungkinan, sebaik melangkah ke tahun kedua, ketiga dan seterusnya setelah tanggungjawab bertambah dengan kehadiran cahayamata, keperluan kewangan yang semakin meruntun kerja keras dan lebih masa, maka ketika inilah saat-saat indah itu akan sirna sedikit demi sedikit andai tiada inisiatif untuk memBANGUNkan cinta setelah sekian lama terduduk leka saat diri JATUH cinta.

BARAKAH
Satu persoalan yang selalu terlupakan oleh pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan ialah tentang keberkatan rumahtangga. Seharusnya, suami sebagai nakhoda bahtera kehidupan, dan isteri selaku pembantu yang menggerakkan pelayaran, bertanya kepada diri :
“Ke manakah rumahtangga ini akan kami bawa?”
“Komitmen bagaimana yang mampu dilaksana bagi menjayakan matlamat bahagia bersama?”
“Adakah hanya di dunia? Tidak! Kebahagiaan itu pasti mahu diteruskan hingga ke syurga milik-NYA.”

Firman ALLAH SWT :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ وَلَـكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : “Jikalau sekiranya penduduk desa / negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami anugerahkan kepada (kehidupan) mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” ( Surah AI-A'raf ayat 96 )
Jelas, dari ayat ini, ALLAH SWT menyatakan bahawa keimana dan ketaqwaan adalah sumber barakah. Ia dijana apabila nilai-nilai yang diambil dari al-Quran seterusnya dipraktiskan dalam kehidupan seharian. Dalam hal ini, bukan kemewahan dan kesenangan hidup menjadi piawaian barakah. Bukan juga rumahtangga sifar masalah menjadi tanda aras keberkatan, tetapi keterikatan hati penghuninya kepada ayat-ayat ALLAH SWT.

Justeru, sebagai isteri yang lebih banyak mencorak suasana rumahtangga mari kita renungkan sekadar mana usaha yang telah dan masih dijana demi meraih barakah dalam perkahwinan. Sudah berapa banyak kebaikan dan ketaatan yang kita gerakkan kerana itu adalah langkah-langkah bagi meraih keberkatan. Solat dan ibadah-ibadah lain yang terjaga dan dilaksana sebaiknya, perhiasan rumahtangga yang tidak melangkaui keharusan yang digariskan syari’at yang mulia, program televisyen dan filem yang menjadi tontonan sekeluarga, dan seumpamanya.

Semestinya, rumahtangga yang paling beruntung menurut kacamata agama adalah rumahtangga yang paling banyak produktiviti ketaatannya kepada Yang Maha Esa. Sesungguhnya, hati yang akrab kepada Penciptanya, pasti mudah dilorongkan kepada jalan keluar atas setiap masalah yang tiba. Bahkan, mungkin ia menjelma dari peristiwa dan jalan yang tidak pernah dijangka!

DOA DAN MUNAJAT
Saya pernah membaca satu kisah tentang doa yang cukup menyentak tangkai nurani. Ia mengingatkan saya bahawa dalam kebanyakan masa yang telah dan sedang berlalu, saya dan ramai individu di luar sana sebagai manusia yang punya banyak kelemahan kita sering tidak menyedari bahawa ada peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ini merupakan pengabulan dan jawapan ALLAH atas permintaan kita dalam munajat dan doa kepada-NYA, cuma ia terjadi dalam keadaan yang tidak kita sangka-sangka.

Kisahnya begini…..
“Ada seorang ‘abid ( ahli ibadah ) yang selalu meminta dalam doanya agar dikurniai dua potong roti setiap hari tanpa perlu bekerja, sehingga dia dapat menumpukan sepenuh masanya untuk beribadah dan menambah 'amal. Dalam bayangannya, jika tidak bersusah payah bekerja mengejar dunia, ibadahnya akan lebih terjaga.
Lalu, ALLAH SWT mengabulkan doanya dengan cara yang tidak terduga; ia ditimpa fitnah yang dahsyat yang menyebabkan dirinya terhumban ke penjara. Sepanjang berada di penjara, ALLAH mentakdirkan setiap hari dia memperoleh dua potong roti; pagi dan petang, tanpa bekerja. Dengan ini masanya banyak terluang dan sangat lapang untuk beribadah.
Namun, apa yang dilakukan oleh si 'abid tadi? Dia sibuk meratapi nasibnya yang terasa nestapa di penjara.
"Mengapa ini terjadi?" soalnya sendiri.
Tanpa dia menyedari inilah jalan ijabah ( jawapan dan pengabulan ) dari ALLAH SWT atas doanya yang terisi, berikan aku dua potong roti sehari!”
Lalu, mari kita ingat-ingati semula. Adakah selama ini kita pernah memohon : “Ya ALLAH, kurniakan kami rezeki yang melimpah ruah, perhiasan yang mewah, rumah yang besar..”lalu dengannya ALLAH SWT mengabulkan doa itu dengan cara suami memperolehi keuntungan besar dalam perniagaannya atau kenaikan pangkat yang tinggi pada pekerjaannya sehingga dia kini menjadi semakin sibuk dengan aktiviti di luar melebihi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada anak dan isteri di rumah. Kita meminta mewah, lalu ALLAH memberikannya tetapi ia diiringi ujian yang mampu merobek kebahagiaan sebuah rumahtangga!
Justeru, selaku wanita yang dianugerahi kelembutan jiwa, mari kita meneliti dan memuhasabah diri terhadap adab kita dalam meminta kepada-NYA, adakah ia bernada perintah, atau berirama harapan nan indah atau ianya adalah manifestasi kerendahan hati seorang hamba yang menginsafi dirinya yang lemah, fakir, menghiba, mengakui salah dan banyaknya noda diiringi perakuan dan pengagungan keesaan-NYA yang tiada tara. Sebagaimana doa Nabi ALLAH Yunus a.s :

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِين

Maksudnya : "Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa KAMI tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: ""Bahwa tidak ada TUHAN (yang berhak disembah) selain ENGKAU. Maha Suci ENGKAU sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." ( Surah Al Anbiya' ayat 87 )
Indah, mesra dan penuh kerendahan jiwa seorang hamba.
Oleh itu, bagi merawat luka yang sedang pedih menimpa perhubungan rumahtangga, juga sebagai usaha memohon keberkatan yang mungkin terlupa, ALLAH SWT mendidik agar kita memanjatkan doa ini :
وَقُل رَّبِّ أَنزِلْنِي مُنزَلاً مُّبَارَكاً وَأَنتَ خَيْرُ الْمُنزِلِينَ
Maksudnya : “Dan berdoalah: “Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada rumah yang dianugerahi barakah, dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat.” ( Surah Al Mukminun ayat 29 )
Juga doa yang bernada memujuk dan membelai sebagaimana firman ar Rahman :
Maksudnya : "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." ( Surah al Furqan ayat 74 )

MOTIVASI SI BIDADARI
Perkara seterusnya yang baik untuk dimuhasabah bagi mengembur kembali kebahagian suami isteri ialah mengenai kecantikan.

Saya selalu membaca dan mendengar kata-kata daripada beberapa individu muslimah hari ini tentang siapakah ikon, role model dan contoh ikutan mereka dalam usaha menjadi seorang muslimah yang cantik, baik dan berketrampilan menarik. Saya akur terhadap suasana yang mendominasi sudut pandang kebanyakan muslimah hari ini, namun demi melihat satu demi satu imej dan ikon muslimah dijelmakan menerusi tarikan fizikal yang menawan sukma, bagai ada benih kerinduan yang memutik dalam hati.

Kerinduan yang tumbuh seiring rasa bimbang dan gusar bila menyaksikan para muslimah bagai dididik untuk lebih menghargai diri hanya dari sudut fizikal semata. Demikian suasana yang banyak ditemukan lewat iklan dan peragaan busana muslimah baik di kaca televisyen mahupun suratkhabar dan majalah.

Soal hati dan ketundukan jiwa yang menyerlah pesona malu para sahabiyat era nabi dan Rasul terdahulu bagai telah ditenggelamkan oleh keghairahan ramai muslimah hari ini menonjolkan kecantikan diri. Keadaan ini sedikit sebanyak mencipta cemburu para isteri yang turut terheret sama dalam menyimpulkan solusi :
“Aku juga mesti tampil cantik persis model hari ini agar dengan perawakan fizikal yang mempesona itu, cinta suami pasti dapat aku menangi dengan mudah! “

Sangka mereka, yang cantik hidupnya selalu bertuah. Lalu mereka sibuk menghias rupa sehingga kecantikan itu terlupa untuk dilindungi sewaktu keluarnya mereka dari ruang rumahtangga suami.
Sedangkan hakikat sebenar bukan selalunya begitu.

Inilah kerinduan yang semakin kuat laungannya dari dalam jiwa. Kerinduan untuk melihat muslimat hari ini menyebarkan pesonanya dari tarikan intelektual, kecerdasan emosi dan rohani, kerinduan untuk melihat kesedaran dalam diri wanita bahawa pencinta sejati dari kalangan lelaki bertakwa hanya mendambakan pesona sebegini dari bidadarinya di dunia ini. Pesona yang dimotivasikan oleh ayat-ayat cinta-NYA tentang bidadari syurga idaman setiap jejaka. Peribadi suci sang bidadari yang ditata khusus hanya untuk tatapan suami yang dinanti. Firman ALLAH SWT :
Maksudnya : “Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” ( Surah ar Rahman aayat 56 )
Justeru, kembalilah para isteri memuhasabah diri. Pada saya kecantikan fizikal dalam mewarnai bahagia rumahtangga adalah satu keperluan, tetapi keindahan jiwa yang memancar darinya peribadi mulia adalah satu kemestian. Sewajarnya, perkara kedua mendapat perhatian yang berganda berbanding perkara pertama kerana cinta dari tarikan fizikal akan sirna seiring masa, tetapi cinta dari tarikan akhlak dan peribadi pasti kekal dalam lipatan kenangan.

SETELAH JATUH CINTA, BANGUNKAN CINTAMU...
Buat akhirnya, saya mengakui kebenaran bicara seorang penulis dari seberang yang pernah saya baca. Lewat tulisannya beliau menukilkan :

“Ada dua pilihan ketika bertemu cinta. ‘Jatuh ‘ cinta dan ‘bangun’ cinta. Untuk dirimu, aku memilih cinta yang kedua, supaya cinta kita menjadi istana, tinggi menggapai syurga!”
Untuk itu, marilah para isteri…kita jadikan bidadari syurga sebagai ikon dan role model yang membangkitkan motivasi untuk memperbaiki diri, manfaatkan kerendahkan diri sebagai hamba sewaktu bermunajat kepada ILAHI dan usahakan keberkatan dalam setiap aktiviti rumahtangga agar kemelut rasa yang melanda, akan menemui jalan keluarnya, dan kebahagiaan hakiki menjadi milik kita.

Setelah jatuh cinta, kita bangunkan cinta berpaksi reda-NYA.
Dan buat suami yang dikasihi…bersamamu isterimu ini pernah jatuh cinta, dan dengan izin serta rahmat-NYA, kita akan terus bangunkan cinta ini sehingga lestari ke syurga yang abadi, InsyaALLAH….ameen.
Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.
Jumpa lagi, InsyaALLAH.
Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...