Sumber


“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kau dustakan? 55:13

Macam pernah dengar ayat ini, tapi di mana ya?
Mungkin ada yang pernah ‘terserempak’ dengan petikan ayat di atas, mungkin juga ada yang baru membacanya 4 saat yang lalu.

Tak kisah la dah biasa ke tak ke, apa yang penting sejauh mana kita menghayati maksudnya?

Allah telah berfirman sedemikian dalam surah ar-Rahman, bukan sekali, secara tepatnya sebanyak 31 kali. Kenapa Allah mengulang ayat yang sama, dalam surah yang sama berulang-ulang kali? Wallahualam…

Jika difikirkan secara logiknya, mesti perkara itu penting. Seperti dalam kelas, kalau sensei ulang benda yang sama banyak kali, mesti perkara tersebut akan ditanya dalam peperiksaan. Jadi, dalam konteks kehidupan kita, soalan ini akan ditanya di akhirat kelak.

Sudah sediakah kita untuk menjawabnya? Adakah kita menggunakan nikmat yang dikurniakan untuk mentaati-Nya atau untuk menderhakai-Nya?

Untuk senaskhah al-Quran atau untuk sehelai tiket wayang?

Nikmat pemberian Allah tidak terlakluk kepada harta benda sahaja, anggota badan, air, udara malahan semua yang ada di muka bumi ini nikmat Allah yang dipinjamkan kepada kita.

Kita hidup hanya menumpang kasih Allah semata-mata. Kita biasa dengar, “Kalau menumpang tu, buat la cara menumpang.” Bayangkan kalau Allah berkata begitu pada kita? Adakah kita buat perkara yang selayaknya sebagai seorang penumpang kepada belas kasih Allah? Kita semakin lupa cara menggunakan nikmat dengan sebaik-baiknya dek terpukau dengan kemewahan dunia.

Kita takkan mampu mendustakan nikmat pemberian Allah kerana hakikatnya hatta duit satu sen adalah milik Allah yang dipinjamkan untuk hamba-Nya.

Jadi, gunakanlah nikmat yang diberikan ke jalan yang diredhai-Nya. Hargailah nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam, selagi masih bernyawa. Biar Islam terpahat di jiwa bukan pada kad pengenalan semata.
Sumber : Azzariyat.com
Moga anak - anakku juga akan menjadi anak yang beriman..Ameen
Seorang gadis kecil pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, ibunya melihat anak kecilnya dirundung kesedihan. Maka ibu pun bertanya kepada puterinya itu tentang sebab kesedihannya.

Anak: “Aduhai ibuku, sesungguhnya Pengetua telah memberi amaran akan membuangku dari sekolah kerana pakaian labuh yang ku pakai.”

Ibu: “Tetapi itu adalah pakaian yang dikehendaki oleh Allah, wahai puteriku.”

Anak: “Benar, wahai ibu, akan tetapi Pengetua tidak menyukainya.”


Ibu: “Baiklah, wahai puteriku, Pengetua itu tidak menghendaki, tetapi Allah meng­hendakinya. Maka siapakah yang akan kamu taati? Adakah kamu akan mentaati Allah yang telah menciptakanmu dan membentukmu, serta yang telah mengurniakan kenikmatan kepadamu? Atau kamu akan mentaati seorang makhluk yang tidak mampu memberikan manfaat dan kebaikan kepada dirinya sendiri?”

Anak: “Sesungguhnya saya akan taat kepada Allah.”

Ibu: “Bagus, wahai puteriku, kamu tepat sekali.”

Pada hari berikutnya, gadis kecil itu pergi dengan mengenakan baju yang labuh dan menutup aurat. Tatkala Pengetua melihatnya, dia memarahi gadis kecil itu dengan keras. Gadis kecil itu tidak mampu memikul amarah tersebut, ditambah lagi oleh pandangan rakan – rakan sekelas yang tertumu kepadanya.

Tidak ada yang dapat dilakukan gadis itu selain menangis. Kemudian, gadis kecil itu mengeluarkan kata-kata yang besar maknanya meskipun sedikit jumlahnya, “Demi Allah, saya tidak tahu siapa yang akan saya taati, tuan ataukah Dia?”

Pengetua itu pun bertanya, “Siapakah Dia itu?”

Anak itu menjawab, “Allah. Apakah saya harus taat kepada tuan, sehingga saya mesti memakai pakaian seperti yang tuan kehendaki, tetapi saya telah berbuat maksiat kepada-Nya.

Maaf, saya lebih takutkan Allah. Biarlah saya akan mentaatiNya sahaja dari mentaati tuan, dan apa yang terjadi biarlah terjadi.”



Gadis kecil itu bertekad untuk berpegang kuat dan taat ke­pada perintah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa akan tetapi adakah Pengetua itu hanya berdiam sahaja?

Pengetua itu meminta dipanggilkan ibu si anak kecil tersebut. Apa yang Pengetua itu inginkan dari ibunya?

Maka datanglah si ibu itu…

Ibu guru berkata kepada ibu anak kecil itu, “Sesungguhnya puteri puan telah menasihatiku dengan nasihat paling besar yang pernah aku dengar di sepanjang hidupku.”

Seorang guru yang ilmunya tidak dapat menghalangnya untuk mengambil nasihat dari seorang gadis kecil yang mungkin seusia dengan cucunya

"Wahai ibu-ibu muslimah, di depan anda adalah anak-anak anda. Mereka seperti adunan tepung. Anda boleh membentuknya sebagaimana yang anda kehendaki, maka bersegeralah untuk membentuk mereka dengan bentuk yang diredhai oleh Allah dan RasulNya."

-Ajarkanlah solat kepada mereka-
-Ajarkan mereka ketaatan kepada Allah-
-Ajarkan mereka untuk tetap teguh di atas kebenaran-

Jangan lupa untuk tekan butang share selepan anda baca ♥

Kredit : AkuIslam

Rev Ou Yang Wen Fen
Samada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen,   seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn.



Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumupur pada satu masa nanti. Rev Ou Yang Wen Fen juga pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengasaskan sebuah gereja gay di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang turut dikecam oleh beberapa pihak yang prihatin.



Manakala, media cetak dan elektronik di Malaysia kini pula hangat memperkatakan penganjuran sebuah konsert besar-besaran akan diadakan di Genting Highland pada 22hb November 2011 yang akan menonjolkan Elton John, seorang penyanyi gay yang menjadi ikon di kalangan masyarakat antarabangsa terutamanya di kalangan generasi muda.

Beberapa pertubuhan Islam yang prihatin telah menyuarakan kebimbangannya menular budaya jelek ini ke dalam masyarakat di negara kita telah mengadakan bantahan dan desakan supaya dibatalkan konsert besar-besaran ini.

Pada ketika ini, ramai pihak yang mempertahankan hak penganjuran konsert ini dengan berpaksikan hujah bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing mempunyai hak untuk berhibur dan tiada sebarang larangan bagi agama masing-masing. Bahkan beberapa pertubuhan politik seperti DAP, Gerakan dan MCA juga telah menyatakan bahawa mereka bersependirian terhadap konsert Elton John ini.

Ironinya, ada pula suara-suara sumbang di kalangan umat Islam yang menyokong penganjuran konsert seumpama ini. Manakala ada pula orang Islam yang berpandangan bahawa konsert ini harus dianjurkan dengan syarat ianya hanya untuk masyarakat non-Muslim sahaja.

Isu yang ingin diutarakan di sini adalah bukan untuk mengenepikan hak-hak individu kepada masyarakat non-Muslim tetapi lebih kepada membenteras kepada promosi budaya songsang yang jelas terlarang. Isu ini juga akan memberikan mesej yang mudah disalah-ertikan kepada masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia yang sedia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, menurut perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah satu daripada ratusan sebab akan kenapa umat Islam perlu bersepakat ketika mendepani isu dan agenda bersama. Cukuplah dengan kepincangan generasi muda kita di sana sini dan janganlah hendaknya kita membiarkan keadaannya menjadi semakin parah.

Adakah kita ingin membiarkan budaya hedonisme yang menonjolkan penyanyi gay ini terus mendapat tempat dan menjadi kebiasaan di bumi Malaysia.



Samada kita sedari atau tidak, gejala terlaknat ini sebenarnya sedang berkembang secara terancang di bumi Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan apabila tumbuhnya kelab-kelab gay dan juga lesbian yang melata seumpama cendawan selepas musim hujan.

Jika kita perhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan tentang kehancuran yang diberikan terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.
Firman Allah;
“Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu” (Surah Al-Qamar : 33-36)
Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.



Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh ibu-bapa, guru-guru, para ilmuan, penguat kuasa undang-undang & agama dan kerajaan.
  • Bagi mereka yang terlibat, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah swt.
  • Kepada para ibu-bapa, jagalah pembesaran & pergaulan anak-anak anda.
  • Buat para pendidik, perhatikan perkembangan semasa anak-anak didik anda.
  • Kepada para VIP, janganlah sekali-kali anda melindungi amalan terkutuk golongan ini.
  • Bagi pengamal media, janganlah hendaknya anda terbabit menyebar-luaskan agenda jahiliyah yang semakin subur ini.
  • Kepada para ulama dan ilmuan, marilah bersama berganding bahu membimbing dan perbetulkan masyarakat yang dicintai.
  • Kepada NGO dan badan Islam, kita tidak punyai banyak masa untuk menangguhkan pertemuan, perbincangan dan kerjasama bagi membangunkan kembali umat yang disayangi ini.
  • Kepada pihak kerajaan, dengarlah keluhan ini dan urusan selanjutkan kami serahkan kepada anda yang telah dipertanggung-jawabkan.
Ya Allah selamatkan kami dari malapetaka kejahilan umat ini….
Sumber