Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat.
Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.
Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.
Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.
Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”
Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.
Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.
Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:
- Tingginya 9 hasta. - Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta. - Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta. - Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta. - Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.
Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.
- Binaan pertama: Malaikat - Binaan kedua: Nabi Adam - Binaan ketiga: Nabi Syith - Binaan keempat: Nabi Ibrahim - Binaan kelima: Kaum Amaliqah - Binaan keenam: Kaum Jurhum - Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi) - Binaan kelapan: Abdul Mutalib - Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun) - Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah) - Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi) - Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)
Gambar lama Kaabah Gambar lama Kaabah Pada 1880 Gambar lama Kaabah Gambar lama Kaabah Gambar lama Kaabah - secara dekat Banjir Melanda Kaabah - 1941 Banjir Melanda Kaabah Banjir Melanda Kaabah Banjir Melanda Kaabah Banjir Melanda Kaabah Pandangan Atas Kaabah Maqam Nabi Ibrahim a.s. Kaabah Waktu Malam Kaabah Waktu Malam Kaabah Waktu Malam Gambar Kaabah Pada Musim Haji Gambar Kaabah Pada Musim Haji Gambar Kaabah Pada Musim Haji Menukar Kelambu Kaabah Struktur Dalaman Kaabah Pelan Dalaman Kaabah
"Ya Allah, jauhilah kami dari penyakit Wahan dan masukkan kami ke dalam golongan yang berjihad ke jalanMu.. dan menjadi pejuang agamaMu .. Ameen.. Ya Rabbal Alamin.."
Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda;
“Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka.”
Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?”
Nabi SAW menjawab, “Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?”
Nabi menjawab, “Cintakan dunia dan takut mati.”
– HR Imam Abu Daud
* Huraian:
Shahih. Dishahihkan oleh alMuhaddith alAlbani dalam Silsilah alAhadith asSahihah 2/684, Hadith #958. Selain Abu Daud, hadith Tsauban ini juga dikeluarkan oleh Imam Ahmad (alMusnad), Abu Nu’aim (alHilyah), Ibn Asakir dan arRuyani.
Petanda akhir zaman ialah hampir seluruh dunia berkonspirasi menghancurkan umat Islam, hatta Jepun dan Korea pun (yang nampak neutral) menyertai pakatan ketenteraan ke Iraq. PBB sebenarnya adalah pakatan Salibi-Yahudi. Lihat sahaja resolusi2 mereka semuanya menindas umat Islam, bermula dengan resolusi 1948 (penubuhan negara haram Israel di Palestine), dan yang terbaru ialah resolusi anti-keganasan dan WMA (weapon of mass destruction) yang berkesudahan dengan penjajahan Iraq dan Afghan. Sumber
Hayatilah.. pasti dirimu akan menangis mengenangkan INSAN MULIA ini.. tiada manusia sesempurna nya, Hanya DIA, pemimpin yang begitu menyanyangi umatnya.. semoga kita semua tergolong di kalangan mereka yang cintakan Nabi Muhammad dan akan mendapat Syafaatnya di akhirat kelak.. Ameen.. Ya Rabbal Alamin..
Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah di tengah-tengah antara masyarakat jahiliyah arab. Baginda berjaya membuang sedikit demi sedikit perangai jahiliyah mereka sehingga membentuk masyarakat berakhlak terpuji.
Namun perasankah anda, masyarakat kita kini mewujudkan kembali perangai jahiliyah mereka dulu. Apakah persamaan masyarakat kita kini dengan mereka? Saksikan video ini.
Kredit buat Salafus Sholih di atas posting yang sangat berguna ini.
::: Apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti lah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa kepada kedua ibu-bapanya.. :::
Semoga segala ilmu yang dikongsikan di sini, adalah ilmu yang memberikan manfaat buat semua pembaca dan mendapat rahmat dariNya Yang Esa..
Buat semua penulis asal kepada kesemua artikel yang di kongsikan di sini, halalkan ilmu yang kami perolehi ini dan semoga kalian juga akan di berkatiNya Yang Maha Kuasa.. Ameen Ya Rabb..