Ada seorang muslimah pernah bertanya : Jika kita dalam kesusahan, bolehkah kita seru 'Ya Rasulallah!'
Jawapannya, "Tidak boleh." Kerana orang yang menyeru ketika itu memang hendak mohon pertolongan.
Walaupun tiada perkataan 'madad', hal ini tetap sama dengan sebut Ya Madad Ya Rasulallah.
Bukankah ia bercanggah dengan ayat yang selalu kita ulangkan dalam solat :
اياك نعبد واياك نستعين
لا اله الا الله
تَعَالَى ( وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
Sebutlah 'Ya Allah' bila perlukan pertolongan. Nyatakan bentuk pertolongan yang kita minta itu kepada Allah. Dimakbul atau belum, kita sudahpun mendapat pahala beribadah.
اللهم /Ya Allah!
Lebih mudah kita bawa ajaran nabi saw. Berdoa terus kepada Allah. Jika kita hendak ajarkan doa kepada orang baru masuk Islam pun, mereka akan nampak mudahnya Islam. Tulus. Direct kepada Allah yang Maha Mendengar. Inilah keistimewaan Islam berbanding agama2 lain, iaitu tiada perantaraan, baik dia orang soleh, wali ataupun nabi.
"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
(Surah Ghafir ayat 60)
"يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُولُهُ، يَنْفُونَ عَنْهُ تَحْرِيفَ الْغَالِينَ ، وَانْتِحَالِ الْمُبْطِلِينَ ، وَتَأْوِيلِ الْجَاهِلِينَ "
Sabda Nabi saw : "Ilmu ini akan dibawa bagi setiap generasi oleh orang-orang yang amanah, mereka membersihkan ilmu daripada penyelewengan orang2 yg melampau, daripada tokok tambah golongan ahli batil, dan ta'wil golongan orang2 yg tidak mengetahui."
Inilah yang kita pohonkan secara tulus kepada Allah, agar ditunjukkan jalan yang lurus.
اللهم اهدنا وسددنا
Ya Allah, tunjuki kami jalan yang lurus,dan tetapkan kami pada jalan yang lurus itu.
Israiliyyat ialah 'kumpulan kisah-kisah dari Bani Israil yang dibawa oleh ahli kitab - yahudi dan nasrani.'
Biasanya dibawa semasa mentafsirkan ayat al-Quran, khususnya bagi mendetailkan kisah dalam al-Quran. Dinamakan israiliyyat, antara lain, pertama kerana berita/kisah2 begini banyak diambil daripada orang2 Yahudi, dan kedua, kerana orang2 Nasrani pun berasal daripada Bani Israil juga.
Cerita2 ini,
1. Jika bertentangan dengan al-Quran dan hadith nabi saw, wajib kita tolak.
2. Jika tidak bertentangan, kita diamkan sahaja. Maksudnya, tak mengatakannya betul, tak kata juga salah.
3. Tetapi jika kisah itu disebut dalam hadith yang sahih, maka wajiblah kita menerima dan percaya.
Kata Ibn Taymiyyah :
"Memang dimaklumi bahawa kisah2 israiliyyat ini tidak ada sanad, tidak dijadikan hujah dalam agama, kecuali apabila memang dibawa kepada kita dengan cara yang betul seperti apa yang nabi saw ceritakan kepada kita dalam hadith2 baginda."
Seperti kisah Juraij dan kisah 3 pemuda yang terperangkap di dalam gua. (Lalu ia tidak lagi dinamakan kisah israiliyyat, tapi kisah dari hadith nabi saw)
Buku ttg israiliyyat yg ada di pasaran ialah Israiliyyat Dalam Tafsir Dan Hadith oleh Syeikh Muhammad Husin al-Dhahabi.
Kisah Tha'labah melihat aurat wanita itu bukan israiliyyat. Ia kisah palsu tentang sahabat nabi. Mmg ada banyak juga hadith2 palsu ttg sahabat nabi.
Yg melawan syaitan untuk menebang pokok sembahan itu bukan tha'labah. Itu kisah israiliyyat, tidak disebut namanya. Disebut 'abid/ahli ibadat sahaja.
Ada 3 cerita 'abid yang masyhur.
1. Kisah Juraij - ini disebut dalam hadith sahih. Wajib kita percaya. Dan ulama' mengeluarkan pelbagai pengajaran drpd hadith ini.
2. Kisah Bursisa. برصيصا
Ini kisah israiliyyat, tapi tak bertentangan dgn ajaran al-Quran dan sunnah. Mungkin benar, mungkin tidak. Jika mahu, boleh diambil iktibar drpdnya.
3. Kisah 'abid dengan pokok sembahan dan syaitan. Ini kisah israiliyyat, juga tak bertentangan dgn al-Quran dan sunnah. Mungkin benar, mungkin tidak. Jika mahu, boleh diambil iktibar drpdnya.
No 2 dan 3 seperti kisah2 lain dalam kehidupan manusia di dunia ini, yang boleh dijadikan pengajaran.
Kisah Tha'labah itu berbeza pula. Ia bukan israiliyyat, bukan kisah figure dalam umat terdahulu di kalangan Bani Israil.
Ia kisah sahabat dan nabi saw sendiri, yg didakwa sebagai hadith. Maka mesti diteliti sebagai hadith, sama ada diterima atau ditolak. Ibn al-Jauzi mengatakannya palsu. Bila palsu, kita tidak boleh menyebarkannya. Nanti kita bincangkan, bahaya hadith palsu kepada umat Islam.
Adapun kisah israiliyyat yg membahayakan ialah khurafat dan kepalsuan yg berasal drpd ahli kitab, serta kisah2 yg direka oleh musuh2 Islam, khususnya yahudi yg sgt dengki kpd Islam sejak zaman awal Islam lagi. Seperti yang kita tahu, kitab2 Taurat dan Injil telah diubah oleh tangan2 manusia, jadi kisah2 yg berasal dari situ terdedah kepada kepalsuan.
Antara contoh israiliyyat dalam tafsir ayat al-Quran ialah kisah dua anak Nabi Adam. Al-Quran dengan terang menyebut bahawa sebab dengki yg membawa kepada pembunuhan itu ialah kerana KORBAN TIDAK DITERIMA. Sedangkan kita, sejak dari kecil lebih mengingati kisah israiliyyat iaitu dengki itu timbul kerana inginkan isteri yg lebih cantik. Sedangkan kisah itu bukan dari hadith, dan tidak boleh kita terima cerita itu sebagai suatu yang pasti.
Bacalah ayat 27 - 31 surah al-Maidah dengan terjemahannya. Malah nama Qabil dan Habil pun tidak disebut dalam ayat al-Quran, kerana yang lebih penting ialah pengajarannya, iaitu Allah hanya menerima amalan orang yg bertaqwa, dan tidak boleh dengki kepada kelebihan yang Allah kurniakan kepada seseorang.
Surah Al-Maeda, Verse 27:
وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
Surah Al-Maeda, Verse 30:
فَطَوَّعَتْ لَهُ نَفْسُهُ قَتْلَ أَخِيهِ فَقَتَلَهُ فَأَصْبَحَ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
Surah Al-Maeda, Verse 31:
فَبَعَثَ اللَّهُ غُرَابًا يَبْحَثُ فِي الْأَرْضِ لِيُرِيَهُ كَيْفَ يُوَارِي سَوْءَةَ أَخِيهِ قَالَ يَا وَيْلَتَا أَعَجَزْتُ أَنْ أَكُونَ مِثْلَ هَٰذَا الْغُرَابِ فَأُوَارِيَ سَوْءَةَ أَخِي فَأَصْبَحَ مِنَ النَّادِمِينَ
Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.
Wallahua'lam
~ Ustazah Nabilah Hasan ~
Surah Al-Hujraat, Verse 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Surah al-Hujurat ayat 6 |
Surah Al-Isra, Verse 36:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Surah al-Isra' ayat 36 |
Sumber gambar |
“Jika engkau punyai sahabat yang selalu membantumu dalam rangka ketaatan kepada Allah; maka peganglah dia erat-erat; dan jangan sesekali kau lepaskannya. Kerana mencari teman baik itu susah. Tetapi melepaskannya sangat mudah sekali”
“Yaa Rabb...Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia, shalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami...?”
“Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada Iman walaupun hanya sebesar zarrah.”
(HR. Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").
“Perbanyaklah sahabat-sahabat mu'min mu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari kiamat
Wahai sahabatku sekalian..
Jika kalian tidak menemukan diriku di Syurga, sudilah kiranya sahabat sekalian memanggil namaku dan bertanya pada Allah tentang diriku, dan semoga Allah redha menyelamatkan diriku dan keluargaku dari siksa api neraka..!!!
وَإِذَا رَأَوْا أَنَّهُمْ قَدْ نَجَوْا فِي إِخْوَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا إِخْوَانُنَا كَانُوا يُصَلُّونَ مَعَنَا وَيَصُومُونَ مَعَنَا وَيَعْمَلُونَ مَعَنَا. فَيَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى اذْهَبُوا فَمَنْ وَجَدْتُمْ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالَ دِينَارٍ مِنْ إِيمَانٍ فَأَخْرِجُوهُ....Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Tauhid, Bab Firman Allah (Yg Bermaksud) : Banyak Muka Pada Hari Itu
Berseri-Seri Memandang Kepada Tuhannya.
"...Sehinggalah apabila Allah telah selesaikan penghakiman di kalangan para hambaNya, dan Dia ingin keluarkan dari neraka orang yg Dia inginkan dari kalangan mereka yg mengucap لا اله الا الله , Dia memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan mereka. Malaikat mengenali mereka (yg ingin dikeluarkan itu) dari tanda sujud.."
LIMA PERINGATAN TENTANG AL-QURAN
🌷1. Secara umumnya, tiada zikir yang lebih baik daripada al-Quran, KALAMULLAH. Tidak perlu banyak, biar sedikit-sedikit, asalkan ada tadabbur.
Kata Imam Nawawi : 'Ketahuilah, membaca al-Quran adalah zikir yang terbaik, dan dituntut dibaca dengan tadabbur.'
🌷2. Pentingnya memahami dan menghayati dalam membaca al-Quran, ialah kerana al-Quran diturunkan agar menjadi petunjuk dalam kehidupan insan. Bagaimana hendak mengambil panduan, jika kita tidak berdikit untuk cuba memahami?
🌷3. Katakanlah, kita membaca '3 Qul - Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas' sebagai ayat pendinding, agar dijauhkan daripada gangguan makhluk halus. Ayat-ayat dalam surah-surah tersebut adalah doa, meminta perlindungan Allah. Memang al-Quran tetap ada manfaat, meskipun kita tidak memahaminya. Namun, bagaimana kita berdoa, jika kita sendiri tidak begitu memahami apa yang kita minta dalam permintaan kita? Tidaklah sampai menjadi salah, namun jika difahami dan dihayati, bukankah lebih khusyu' doa kita kepadaNya?
🌷4. Usaha-usaha kita untuk lebih memahami al-Quran, dengan disiplin yang betul, adalah jalan-jalan yang kita lalui untuk menuntut ilmu. Jalan yang memudahkan ke syurga. (Mengapa kita sebut 'disiplin yg betul'? Kerana ada juga golongan yg mentafsirkan al-Quran dan hadith secara salah. Syiah contohnya, mereka ada kitab tafsir sendiri, yg tidak boleh kita gunapakai.)
🌷5. Betapa ramai orang bukan Islam mendapat petunjuk selepas membaca al-Quran, kerana mereka ikhlas hendak mencari kebenaran. Mereka menemui hidayah setelah membaca makna/ terjemahan al-Quran, walaupun mereka tidak kenal satu pun huruf al-Quran. Bertuahnya kita umat Islam, jika kita bukan hanya fokus kepada cara baca dan tajwid sahaja, tetapi mengambil berat akan usaha memahami ayat-ayat al-Quran.
.: Ustazah Nabilah Hasan :.
Soalan :
Apakah hukum memakai kain telekung lycra semasa solat? Adakah benar tidak sah solat dengan memakainya kerana nampak susuk badan?
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم
Telekung lycra menjadi pilihan wanita, pada pandangan kita, ialah kerana faktor cuaca di tempat kita. Apatah lagi jika seseorang wanita itu sedang berbadan dua, ataupun sedang di ambang menopause. Mereka ingin beribadah dengan selesa, lalu ingin memilih jenis kain yang selesa dipakai.
TELEKUNG BUKAN SYARAT SAH SOLAT
Selalu kita sebutkan, memakai telekung bukankah suatu kewajipan. Syarat sah solat itu ialah menutup aurat, bukan memakai telekung solat. Pakaian untuk solat tidak semestinya berwarna putih, tidak semestinya kosong tanpa corak. Jika pakaian harian kita sudah bersih, cukup syarat menutup aurat, longgar, kita boleh solat dengan pakaian harian itu.
Memakai telekung bukan syarat sah, tetapi kerana kebiasaan dan keselesaan kita, walaupun pada asalnya supaya aurat lebih tertutup dengan sempurna. Mungkin juga kerana pakaian harian ataupun pakaian kerja kita tidak cukup syarat menutup aurat, makanya, apabila hendak solat, kita memang mesti memakai telekung untuk menutup aurat yang masih tidak lengkap tertutup.
Sebenarnya, aurat dalam solat dan aurat di luar solat (apabila ada lelaki ajnabi/bukan mahram) sama sahaja. Sama perlu ditutup sempurna, sama batas auratnya. Bahkan ada mazhab yang mengatakan aurat dalam solat semasa tiada lelaki ajnabi lebih ringan berbanding aurat di luar solat. Bagi mazhab Abu Hanifah, kaki (ظهر القدم) boleh dibuka apabila solat semasa ketiadaan lelaki ajnabi.
PAKAIAN KETAT ATAU MENAMPAKKAN SUSUK BADAN SEMASA SOLAT
Persoalan dalam hal ini sebenarnya ialah, apa hukum solat dengan memakai pakaian yang ketat/menampakkan susuk badan, sedangkan pakaian itu memang tebal tidak menampakkan kulit, dan sudah menutup bahagian aurat yang perlu ditutup?
Para ulama' mengatakan solat itu SAH, tetapi MAKRUH, dan jika ia dipakai semasa solat yang dapat dilihat oleh lelaki ajnabi, perbuatan itu BERDOSA.
Antara lain :
Al-Syeikh Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah mengatakan :
"Wajib memakai pakaian yang menutup aurat, walaupun pakaian itu ketat menampakkan bentuk aurat. Sekiranya pakaian itu nipis sehingga nampak putih ataupun merahnya kulit, pakaian itu tidak boleh dipakai dalam solat."
Al-Syeikh Saleh al-Fawzan memfatwakan sahnya solat wanita yang memakai pakaian ketat yang menutup seluruh bahagian auratnya, dalam masa yang sama, berdosa memakai pakaian begitu.
Beliau mengatakan :
"Pakaian ketat yang menyerlahkan bentuk badan wanita tidak boleh dipakai. Pakaian ketat tidak boleh dipakai baik oleh lelaki mahupun wanita, lebih-lebih lagi kaum wanita, kerana lebih banyak fitnah ada pada mereka.
Adapun hukum solat dengan memakai pakaian ketat, sekiranya ia menutupi bahagian aurat, maka solatnya SAH kerana adanya penutup aurat, namun berdosa orang yang solat dengan memakai pakaian ketat, kerana dia (seolah-olah) melanggar satu daripada peraturan solat dengan sebab ketatnya pakaian yang dipakainya itu. Ini dari satu sudut.
Dari sudut kedua pula, ia menarik pandangan, lebih-lebih lagi kaum wanita. Maka wajib bagi wanita memakai pakaian yang longgar sempurna menutup auratnya :
tidak menampakkan bentuk badannya, tidak menarik pandangan kepadanya, tidak nipis ataupun jarang, sebaliknya pakaian itu hendaklah menutup wanita itu dengan sempurna."
KESIMPULAN : HUKUM TELEKUNG LYCRA?
➡️ Sekiranya telekung lycra dipakai menyerlahkan susuk badan, maka hukumnya sama seperti pakaian ketat. Sah solat, tetapi makruh. Berdosa jika dipakai di hadapan lelaki ajnabi.
➡️ Sekiranya pakaian harian yang dipakai itu tebal, sehingga memakai telekung lycra pun tidak menampakkan susuk badan kerana sudah dilapisi pakaian tebal di dalamnya, ia tidak dikira sebagai ketat.
Pastikan pakaian yang kita pakai tidak menyerlahkan susuk badan, tidak kira apa jenis pun nama kain dan potongannya. Baik di dalam solat, mahupun di luar solat, apabila dapat dilihat oleh lelaki yang bukan mahram.
والله اعلم
Rujukan ringkas :
Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah
Abu Malik Kamal, Sahih Fiqh Sunnah
http://islamqa.info/ar/143733
http://islamqa.info/ar/46529
http://ar.m.wikipedia.org/wiki/قدم
Tulisan oleh :
Ustazah Nabilah Hasan
8 November 2014.
سُوۡرَةُ النّبَإِ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ (١) عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ (٢) ٱلَّذِى هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ (٣) كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ (٤) ثُمَّ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ (٥) أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَـٰدً۬ا (٦) وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادً۬ا (٧) وَخَلَقۡنَـٰكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا (٨) وَجَعَلۡنَا نَوۡمَكُمۡ سُبَاتً۬ا (٩) وَجَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِبَاسً۬ا (١٠) وَجَعَلۡنَا ٱلنَّہَارَ مَعَاشً۬ا (١١) وَبَنَيۡنَا فَوۡقَكُمۡ سَبۡعً۬ا شِدَادً۬ا (١٢) وَجَعَلۡنَا سِرَاجً۬ا وَهَّاجً۬ا (١٣) وَأَنزَلۡنَا مِنَ ٱلۡمُعۡصِرَٲتِ مَآءً۬ ثَجَّاجً۬ا (١٤) لِّنُخۡرِجَ بِهِۦ حَبًّ۬ا وَنَبَاتً۬ا (١٥) وَجَنَّـٰتٍ أَلۡفَافًا (١٦) إِنَّ يَوۡمَ ٱلۡفَصۡلِ كَانَ مِيقَـٰتً۬ا (١٧) يَوۡمَ يُنفَخُ فِى ٱلصُّورِ فَتَأۡتُونَ أَفۡوَاجً۬ا (١٨) وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ أَبۡوَٲبً۬ا (١٩) وَسُيِّرَتِ ٱلۡجِبَالُ فَكَانَتۡ سَرَابًا (٢٠) إِنَّ جَهَنَّمَ كَانَتۡ مِرۡصَادً۬ا (٢١) لِّلطَّـٰغِينَ مَـَٔابً۬ا (٢٢) لَّـٰبِثِينَ فِيہَآ أَحۡقَابً۬ا (٢٣) لَّا يَذُوقُونَ فِيہَا بَرۡدً۬ا وَلَا شَرَابًا (٢٤) إِلَّا حَمِيمً۬ا وَغَسَّاقً۬ا (٢٥) جَزَآءً۬ وِفَاقًا (٢٦) إِنَّہُمۡ ڪَانُواْ لَا يَرۡجُونَ حِسَابً۬ا (٢٧) وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا كِذَّابً۬ا (٢٨) وَكُلَّ شَىۡءٍ أَحۡصَيۡنَـٰهُ ڪِتَـٰبً۬ا (٢٩) فَذُوقُواْ فَلَن نَّزِيدَكُمۡ إِلَّا عَذَابًا (٣٠) إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا (٣١) حَدَآٮِٕقَ وَأَعۡنَـٰبً۬ا (٣٢) وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابً۬ا (٣٣) وَكَأۡسً۬ا دِهَاقً۬ا (٣٤) لَّا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا كِذَّٲبً۬ا (٣٥) جَزَآءً۬ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابً۬ا (٣٦) رَّبِّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا ٱلرَّحۡمَـٰنِۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابً۬ا (٣٧) يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ صَفًّ۬اۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَقَالَ صَوَابً۬ا (٣٨) ذَٲلِكَ ٱلۡيَوۡمُ ٱلۡحَقُّۖ فَمَن شَآءَ ٱتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِۦ مَـَٔابًا (٣٩) إِنَّآ أَنذَرۡنَـٰكُمۡ عَذَابً۬ا قَرِيبً۬ا يَوۡمَ يَنظُرُ ٱلۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدَاهُ وَيَقُولُ ٱلۡكَافِرُ يَـٰلَيۡتَنِى كُنتُ تُرَٲبَۢا (٤٠)
Surah An-Naba
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tentang apakah mereka bertanya-tanya? (1)
Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya). (2)
Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya. (3)
Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu). (4)
Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka). (5)
(Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? (6)
Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (7)
Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang? (8)
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? (9)
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? (10)
Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki? (11)
Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh? (12) Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? (13)
Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah. (14)
Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan. (15)
Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya? (16)
Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan, (17)
Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar); (18)
Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas, (19)
Dan gunung-ganang, setelah dihancurkan, diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir. (20)
Sesungguhnya Neraka Jahanam adalah disediakan; (21)
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. (22)
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya. (23)
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman; (24)
Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir, (25)
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). (26)
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, (27)
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami; (28)
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis. (29)
(Setelah mereka masuk ke dalam Neraka, dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu. (30)
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (31)
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; (32)
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; (33)
Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; (34)
Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula perkataan yang dusta; (35)
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya), (36)
Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu); (37)
(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar. (38)
Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)! (39)
Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan). / (40)
بسم الله الرحمن الرحيم
🌸USRAH 1
➡️Mengaji Surah al-Naba'
➡️Beberapa pengajaran daripada Surah al-Naba'
🌸Tugasan untuk semua ahli usrah :
➡️ Baca Surah al-Naba' dan hayati bersama terjemahannya.
--------------------------------------------------------------
💚 Perbentangan Usrah💚 oleh : zaiti
--------------------------------------------------------------
✅Pengajaran dari surah an naba
➡ Asbabun Nuzul-
Ibnu Jarir dan ibnu abi hatim dari hasan al basri menyebutkan : Ketika Rasulullah diutus, kaum musyrikin saling bertanya di antara mereka.Diantara pertanyaan yg mereka ajukan ialah mengenai hari terjadinya kiamat, maka dari itu turunlah ayat ini
🔸Berita besar yg diperselisihkan (ayat 1-6)
-an naba bermaksud berita besar..yg dimaksudkan di sini adalah hari kiamat/hri kebangkitan
- ayt ini menyanggah pendapat org kafir mekah yg mengingkari hari kiamat
-kenapa disebutkan hari kebangkitan/kiamat itu sbg berita besar? berita besar kerana besarnya akibat yg akn berlaku slps kebangkitan itu..bukan dibangkitkan utk kehidupan dunia kali ke2 tetapi tidak lain ialah kebangkitan utk dipertanggugjawabkan apa yg telah kita lakukan di dunia
🔸Kebesaran dan maha hebat Allah untuk menjadikan hari kiamat.segalanya amat mudah di sisi Allah (ayat 6-16)
- Dalam ayat seterusnya ini diceritakan kebesaran dan kemampuan Allah menciptakan bumi dan kejadian yg luar biasa..menunjukkan Allah maha hebat dan tentu sahaja amat mudah bagi Allah menggulungkan bumi (hari kiamat)
🔸Hari kebangkitan sudah sangat dekat ( 17-20)
- gambaran hari kiamat yg sangat menggerunkan
- sbg umat islam yg yakin dan percaya kita perlu sentiasa memperdiapkan diri gn bekalan secukupnya utk menghadapinya
- Maha hebat Allah yg mampu menjadikan gunung sbg pasak bui yg kukuh tentu saja amat mudah utk meruntuhkannya
🔸Kehidupan di akhirat selepas hari kiamat/kebangkitan
- hanya ada dua destinasi yg kita boleh pilih
- ayat 21-30 menceritakan ttg nasib org kafir dan azab yg pedih balasan dari keingkaran mereka di dunia yg patut kita jadikan peringatan
- ayat 30-36 menceritakan nikmat dan balasan baik yg bakal diterima org beriman dan bertaqwa yg menyakini benarnya janji Allah
🔸Ayat terakhir menceritakan penyesalan bagi org org yg ingkar semasa di dunia
Wallahua'lam
Designed by Gabfirethemes . Converted to Blogger by SimplexDesign