Wajarkah menyebar berita tidak pasti sebagai Tazkirah?
Tentang persoalan 'perlukah disebarkan berita yang tidak
pasti sebagai tazkirah?'
Soalan :
Assalamualaikum.
Mohon penjelasan ustazah naqibah dan ahli uol. Baru2 ni kita dikejutkan dengan fenomena langit merah dan gelap menyelubungi makkah. Ada yg mengatakan ia antara petanda kiamat. Ada juga yg mengatakan bahawa ia sekadar fenomena alam. Saya faham bahawa walau apapun yg berlaku, kita tetap kena bertaubat setiap hari. Bukan tunggu datang petanda baru nk bertaubat.
Persoalannya bagaimana kita nak menghadapi situasi video yg tersebar ini? Adakah perlu kita fwdkan agar semua org mengambil iktibar dan bertaubat. atau macam mana?
Jawapan Ustazah :
Soalan :
Assalamualaikum.
Mohon penjelasan ustazah naqibah dan ahli uol. Baru2 ni kita dikejutkan dengan fenomena langit merah dan gelap menyelubungi makkah. Ada yg mengatakan ia antara petanda kiamat. Ada juga yg mengatakan bahawa ia sekadar fenomena alam. Saya faham bahawa walau apapun yg berlaku, kita tetap kena bertaubat setiap hari. Bukan tunggu datang petanda baru nk bertaubat.
Persoalannya bagaimana kita nak menghadapi situasi video yg tersebar ini? Adakah perlu kita fwdkan agar semua org mengambil iktibar dan bertaubat. atau macam mana?
Jawapan Ustazah :
- Allah lebih mengetahui. Pandangan kita ialah, tazkirah mesti dari perkara yang pasti, perkara yang betul. Datang dengan jelas dari sumber yang berautoriti. Yang viral dalam whatssapp dah banyak dinafikan oleh sumber. Bukan tidak boleh, tapi pastikan sahih dulu.
- Berita tak sama dengan cerita.
- Orang bukan Islam pun percaya dunia akan kiamat. Dulu, gempar bila tersebar tentang teori kiamat akan berlaku tahun 2012. Tapi bila 'tazkirah' itu bukan dari Allah dan Rasul-Nya, ia sekadar gempar tiada isi. Manusia tidak membuat persediaan yang sepatutnya.
- Bagaimana mungkin kita hendak menyuruh orang buat perkara betul, seperti insaf, bertaubat, kembali kepada Allah, dengan perkara yang tidak pasti. Pada kita, lebih baik ingatkan orang dan diri kita sendiri tentang perkara yang lebih dekat dan lebih pasti, iaitu mati. Itu sebenarnya yang lebih menginsaf dan menakutkan.
- Sebarkanlah hadith2 sahih ttg tanda kiamat dan suasana hari akhirat itu sendiri. Itulah yang sebenarnya lebih mendatangkan pahala dan juga keinsafan. Seperti gambaran manusia berdiri di padang mahsyar dan menyemberangi sirat. Syurga dan neraka.
- Para ulama' sangat berhati2 untuk memadankan hadith2 tanda kiamat dengan fenomena alam semasa. Mereka bimbang berlaku 'jenayah' terhadap nas hadith. Perkara yg sudah banyak kali berlaku sejak dulu.
- Dulu, ada seorang pembuat hadith palsu. Namanya Nuh Bin Abi Maryam. Dia mengaku dia telah mencipta hadith palsu tentang kelebihan surah-surah dalam al-Quran, kemudian menyandarkan hadith itu kpd Ibn Abbas. Bila ditanya, dia menjawab,"Saya lihat orang ramai telah meninggalkan al-Quran, tapi sibuk dengan Fiqh Abu Hanifah dan maghazi Ibn Ishaq. Sebab itu saya cipta hadith palsu, untuk mengembalikan orang ramai kepada al-Quran."
- Inilah antara punca mengapa tersebar hadith palsu. Selain tipudaya jahat musuh Islam, ia juga berpunca dari kejahilan individu yang mahu buat perkara baik tetapi tidak dibuat atas dasar ilmu dan iman.
Pengakuan ini memberi pengajaran kepada kita :
1. Ada orang yang menyangka dia boleh buat kebaikan dengan menyebarkan berita palsu. Sangkaan ini salah. Apatah lagi menyebarkan hadith palsu, dosa besar yang diancam dengan balasan neraka.
2. Nasihat dalam agama mesti dibuat atas kebenaran.
3. Islam mengajar kita berdisiplin dalam menerima dan menyampaikan maklumat. Disiplin ini menjaga kita dalam bermasyarakat dan bernegara. Jangan gosip. Bawa bukti yang benar.
Paling kurang, ada dua ayat al-Quran yang mengingatkan kita dan menjadi panduan kepada kita dalam hal ini.
Pertama, Surah al-Hujurat ayat 6.
Surah Al-Hujraat, Verse 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Surah al-Hujurat ayat 6 |
Kedua, Surah al-Isra' ayat 36.
Surah Al-Isra, Verse 36:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Surah al-Isra' ayat 36 |
Wallahua'lam.
.: Ustazah Nabilah Hasan :.
20 November 2014
.: Ustazah Nabilah Hasan :.
20 November 2014
Posted by Sulam Kaseh
on 17:41.
Filed under
ISLAMIC,
Isu Semasa,
Muhasabah diri,
Usrah Ustazah Nabilah
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
0 comments for "Wajarkah menyebar berita tidak pasti sebagai Tazkirah?"