👫A N A K👪

Anak anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan  antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

Anak yang baik, anak yg cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.

Anak-anak yang biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga.

Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.

Anak-anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak-anak kita.

Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

Anak-anak kita mentah, jiwa mereka rapuh.

Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada  membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.

Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat.

Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian sekarang tapi dia lah yang akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang!

Kata-kata indah untuk renungan kita bersama.....


🌹Duhai hati yg terlalai dlm meyakini pertemuan dgn Allah...segeralah tanam dan suburkan keinginan dan kerinduan utk bertemu dgn Allah....agar hatimu tidak ditakluki nafsu dan dunia hingga kau merasa berat utk melepaskannya dan menjadi benci pada kematian. Alangkah besarnya dosa hati yg tidak mengharapkan pertemuan dgn Penciptanya Yg Maha Baik & Maha Sempurna. Andai ni'mat yg banyak tidak mengantarkan kamu utk bersimpuh di hadratNYA memuji dan memuja.... biarlah dosa mu yg banyak mengantarkan kamu terjelepuk di atas mihrab merayu keampunan dan rahmatNYA. Semoga Allah memelihara hati kita utk terus bertambah rindu saat bertemu dengan NYA. 🌹


Perkawinan yang bahagia adalah idaman semua orang. Perkawinan yang bahagia adalah rezeki Allah.

Rezeki tidak selalu berbentuk uang, ketenangan, keharmonisan dan kelanggengan rumah tangga juga rezeki.

Perkawinan yang bahagia dan rumah tangga yang harmonis menghadirkan rahmat Allah di dalamnya. Suami saleh dan istri setia serta anak-anak yang berbakti menjadi alasan turunnya kasih sayang Allah dan nikmat pada keluarga ini. Baiti Jannati, Rumahku adalah Surgaku.

istri bahagia
istri dan anak bahagia jaminan rezeki lancar
Sudah menjadi rahasia umum bahwa banyak rumah tangga yang porak poranda. Tidak ada ketenangan di dalamnya. Suami tidak betah di rumah, istri kelayapan, anak-anak entah dimana keberadaanya. Rumah tangga seperti ini bagaikan neraka meskipun kelihatan berkecukupan dan dilimpahi harta yang banyak.

Tujuan pernikahan bukan hanya semata-mata pemenuhan kebutuhan jasmani tapi juga ada dimensi ibadah di dalamnya. Allah memerintahkan laki-laki menikah selain untuk mendapatkan keturunan juga supaya dia tenang dan tenteram jiwanya. Suami yang baik akan mendapatkan istri yang baik, begitupun sebaliknya. Dalam perjalanan berumah tangga  bukan hanya kebahagiaan dan kesenangan yang diterima tapi juga cobaan dan rintangan yang harus dihadapi oleh suami dan istri. Kemampuan komunikasi dan saling menghargai diperlukan untuk menyelesaikan konflik dalam rumah tangga. Perceraian adalah alternatif terakhir yang bisa dipilih jika alternatif lain sudah buntu.

Istri yang bahagia melancarkan rezeki karena ...

●Istri yang bahagia menjalani hidupnya dengan positif.
●Istri yang bahagia dipenuhi rasa syukur karena memiliki rumah tangga yang bahagia dan suami yang membahagiakan, akan menarik hal-hal positif ke dalam rumah tangga, termasuk rezeki.
●Istri yang bahagia akan senantiasa mendoakan suaminya, doa yang ikhlas dari hati yang dalam agar suaminya dilindungi dalam setiap langkah dan dipermudah jalan rezekinya.
●Istri yang bahagia akan menjadi partner yang menyenangkan bagi suami, membuat suami tenang untuk bekerja dan mencari rezeki bagi keluarga.
●Istri yang bahagia akan menjadi pendukung utama suaminya bukan hanya di saat susah tetapi di saat sedih dan menghadapi masalah.
●Istri yang bahagia dapat diandalkan suaminya untuk mendidik anak-anak yang bahagia. Anak-anak yang bahagia akan menjadi anak-anak yang saleh, berbakti dan berguna bagi masyarakat.
●Istri yang bahagia menjadi tanda bahwa suami memperlakukan istri dengan baik. Allah menyukai hambanya yang berbuat baik. Orang baik rezekinya juga baik.
Demikianlah alasan mengapa perlu membahagiakan istri. Buat apa suami bersusah payah mencari rezeki, mengucurkan keringat setiap hari kalau tidak bisa membahagiakan istrinya.

Wahai istri berterima kasihlah pada Allah dan pada suamimu atas semua rezeki Allah yang membahagiakan hatimu dengan senantiasa taat pada perintah Allah dan perintah suami (yang tidak bertentangan dengan perintahNya).

Sumber

Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara,saya menyelok poket mencari duit Rm 1.60 bayaran tol.Baru sedar tak bawa wallet.Menyelongkar dlm dashboard kereta jumpa,duit syiling Rm 1.40 sen.Tak cukup 20 sen lagi.Saya memberhenti kereta agak jauh dari rumah tol.Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi.Selak pelapik kaki,buka bonet belakang,namun duit 20 sen tak ditemui.

Nak telefon anak suruh hantar,tentu kena pusing jauh.Dalam hati mengingat Alah moga dipermudahkan.Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol,rasa malu.Semasa berdiri luar kereta memikir jalan,seorang penunggang motosikal oku memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya,bertanya adakah kereta saya rosak.Saya cepat mengatakan tidak.Masa itu saya hilang rasa malu meminta kpdnya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol.Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit,dan menyuruh saya menerimanya.Dia berlalu dg ucapan salam setelah saya menyatakan penghargaan kpdnya.

Mungkin kejadian ini Allah memperingatkan saya bahawa sekaya mana kita,sebanyak mana harta kita,setinggi mana kedudukan kita,sebaik mana kenderaan kita, itu bukan bermakna kita sudah tidak perlu orang lain dalam hidup.Janganlah memandang rendah kpd mereka yg kurang berada,kerana suatu hari mungkin kita memerlukan mereka.Tuhan boleh menakdirkan apa juga.Mungkin kerana kereta kita besar,hebat,kita memicit hon kpd kancil dan viva kerana lambat untuk memotong,picit hon kpd kapcai yg masuk ke lorong kereta atau tak mau mengelak bila berselisih dg motor dlm kampung.

Mungkin juga Allah mahu membiarkan saya merasai untuk seketika betapa resahnya mereka yg tidak berada,tidak mampu..Sedangkan orang lain tidak kecukupan sepanjang hidup.Mungkin juga Allah mahu mengingatkan saya bahawa setiap siling adalah rezeki dari Allah,besar nilainya.Ada ketika siling yg jatuh dibiar tidak dikutip,tetapi bila terjadi peristiwa ini mengajar betapa setiap siling besar nilainya disisi tuhan.Siling 20 sen yg saya cari waktu itu utk mencukupkan bayaran tol tidak ternilai harganya.

Bila kita ditimpa kesusahan,bila kita dlm keadaan meminta dan mengharap,kerapkali yg datang menolong adalah mereka yg kurang berada.Berapa banyak kereta yg berlalu begitu sahaja,tetapi oku yg bermotor inilah yg sanggup berhenti bertanya masalah dg hasrat utk menolong.

Allah selalu menegur kita,cuma kita yg tidak terasa teguran itu kerana kita mahu memikirkan setiap peristiwa yg berlaku kpd kita,yg dinampakkan kpd kita.Kita melalui semua adegan hidup bagai menaiki keretapi ekspress.Berhentilah sejenak untuk memikir kerana di dalam Quran,Allah ada menyebutkan 'sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir'.Ambillahlah langkah untuk mula memikirkan.

Sumber  :  WhatsApp 

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

10 Pesanan untuk jadi individu dan umat yang hebat lagi berjaya :

(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

1- Jika terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran, selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu, pergi ke majlis² Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang (syiar) Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh² dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sumber :  WhatsApp 

Jumaat, 12 Jun 2015

Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Page Dr Siti Ujila Official. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga kisah ini turut memberi manfaat buat anda.

KISAH MAGIK: IMPOSSIBLE JADI POSSIBLE. APA RAHSIANYA?

Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak ‘peristiwa’ yang takkan mampu saya lupakan. Yang mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan.

Percaya tak, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya. Sebab anda tidak akan percaya pada ‘magik’ yang berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu ‘rahsia’ kejayaan yang ramai orang tak tahu.

Ceritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya. Ya Allah, Tuhan je yang tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu. Dengan eksperimen yang belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu ‘q’ panjang (sebab nak guna mesin yang orang lain dah ‘q’panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat.

Akhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil untuk siap.

Benar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut ‘cara biasa’ memang peratus untuk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak.

Saya tarik nafas panjang.

‘Awak kena pakai magik, Zack’ Akhirnya saya berkata. Dia pula pelik dengan kata-kata saya. ‘Magik macamana tu Dr?’

Panjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja:

1. Dalam masa singkat yang ada ni,give your 100% best effort. Dia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya. Sosaya kata, buat semua tu sungguh-sungguh.

2. Jangan ‘rely’ kat diri sendiri. Kita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yang Maha Hebat, yang sangat baik, yang kalau Dia nak tolong kitaanytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dengan 100% best effort, buat benda-benda lain yang Allah suka.

Saya berikan beberapa contoh:
– nampak makcik cleaner, derma la kat dia.
– ngaji lebih sikit
– solat malam
– kalau beli goreng pisang, bayar lebih.
– gembirakan mak ayah, anak isteri.
– buat kerja amal. tolong orang lain.

Sebab saya percaya pesan Tuhan:

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).



Inilah magik kehidupan yang ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yang untuk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytimebenda yang ‘impossible’ boleh jadipossible.

Saya kata lagi, yang ramai orang sedekah tapi padanya sedekah untuk dapat pahala, untuk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yang dia dapat.

Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada ‘usaha bersungguh-sungguh’. Abih-abih, doa kepada Allah.

Betul, usaha kita mestilah yang terbaik. Tapi tak ramai orang faham yang bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yang Allah suka, tolong orang lain on top ofusahanya yang sungguh2, kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat.

Nampak macam akan mengambil masa kita. Yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal. Tapi masa yang diambil itulah nanti yang akan buat perkara yang mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yang Allah akan tolong kita.

Kan Nabi Zakaria yang sudah lewat usianya pun mendapat zuriat?
Nabi Ayub yang sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yang uruskan.

Bukankah kita bertuhankan Allah yang sama?

Saya ingat lagi, saya kata pada studentsaya tu. “Kalau awak percaya dan buat ‘formula’ ni nanti awak akan terperanjat. Projek yang nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik” sebab kalau Allah nak tolong, anything can happen.

Jawab beliau “Saya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr.”

Saya tahu, dari riak wajahnya dia antara percaya dengan tidak apa yang saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yang saya pesan itu.

Selang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap!

Ya Allah, saya tak mampu nak kata apa.

Katanya technician yang pada awalnya tak nak bagi dia guna mesin disebabkan ‘q’ yang panjang tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yang sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang. Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya.

Dia sibuk bercerita apa yang ‘tiba-tiba’ berlaku tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-“wow” dengan magik ini. Saya hanyut dalam pujian yang tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yang sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yang buat semua yang tiba-tiba ini berlaku.

Saya tanya pelajar saya tu “apa yang awak dah buat?” Jawabnya, “saya buat macam yang Dr cakaplah”. Serba sedikit dia berkongsi cerita.

Ya Allah inilah yang saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan.

Rupanya magik ini tidak terhenti setakat itu.

Hari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yang lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri. Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej “Dr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)”

Ya Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah.

Kata student saya apabila eksperimennya siap: “Apa yang saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri”

Betul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macam mana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yang agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yang diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi.

Saya harap ia suatu yang bermanfaat untuk perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. Juga untuk anda yang membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan ini.

Sila Share Ke Group Lain

#sedekah buka rezeki

Sumber  :  WhatsApp 


“Sudah berapa lama tuan memeluk Islam?”tanya saya pendek
“Dua puluh tahun,”jawab lelaki berbangsa India itu juga dengan pendek.
“Semua keluarga turut masuk Islam?”
“Semua, tetapi tidaklah berturut-turut. Termasuk ibu-bapa saya,” jawabnya sambil tersenyum. Wajahnya nampak sangat tenang. Jadi senang hati melihatnya.
“Yang paling akhir?”
“Ibu dan bapa saya. Baru sebulan yang lalu.”
“Alhamdulillah…”
“Tetapi ibu saya baru sahaja meninggal dunia. Kira-kira dua minggu yang lalu.”
Saya terkejut. Maksudnya, baru sangat. Tentu dia masih dalam kesedihan.
“Masih sedih…” kata saya perlahan sambil mengusap bahunya. Separuh bertanya, separuh simpati.
“Sedih sedikit sahaja. Gembira lebih banyak.”
Wah, jawapan itu sangat aneh. Tentu ada cerita di sebaliknya.
“Mengapa tuan rasa gembira?”
“Panjang ceritanya…”
Saya memberi isyarat yang sangat berminat mendengar. Mungkin kerana itu dia pun mula bercerita. Lancar dan lurus tanpa tersekat-sekat. Seolah-olah episod demi episod sudah tersusun kemas dalam minda dan perasaannya. Menurutnya, dia memeluk Islam hasil dakwah seorang wanita. Dengan cinta? Tidak. Hanya dengan akhlak seorang wanita ‘berniqab’ yang bekerja sebagai akauntan di pejabatnya.
“Saya tertarik kepada akhlaknya. Begitu sopan, begitu empati dengan kawan sekerja dan cekap pula melaksanakan tugas. Tanpa melihat wajahnya pun, hati saya sudah terpikat. Sungguh. Saya jatuh cinta pada kecantikan budinya.”
“Bagaimana menyatakannya?”
“Cinta sentiasa ada cara untuk dinyatakan. Melalui seorang kawan rapat saya menyatakan hasrat.”
“Masa tu belum Islam?”
“Belum. Itulah cinta. Buta. Saya akui, cinta kepada wanita itu lebih dulu datang, sebelum cinta kepada Islam. Itulah saya.”
“Subhanallah menarik. Bagaimana reaksinya?”
“Dia menjawab… bakal suami saya hanyalah seorang Muslim.”
“Saya tahu, itu ialah syaratnya. Lantas, saya katakan kepadanya, masih melalui orang tengah,  beri saya masa secukupnya untuk memeluk Islam. Saya rasional, saya tidak akan ikut-ikutan. Saya perlu berfikir.”
“Dia beri cukup masa untuk berfikir?”
“Ya, bukan hanya untuk berfikir. Tetapi untuk belajar tentang Islam. Saya sememangnya sudah sekian lama menyimpan hasrat untuk memahami Islam. Bukan kerana hendak menganutnya, tetapi kerana minat saya yang mendalam pada ilmu. Bagi saya ilmu-ilmu dalam Islam sangat menarik untuk diterokai.”
“Jadi Islam hanya dipelajari untuk diketahui, bukan untuk diyakini?” tusuk saya.
“Mula-mula begitulah. Tetapi lama-kelamaan, ilmu-ilmu itu telah membentuk keyakinan saya. Mula-mula hanya kerana wanita, tetapi akhirnya jatuh cinta kepada Pencipta wanita.”
“Begitu mudah?”
“Tidak juga. Saya berfikir lama…. Hati saya selalu bertanya apa yang menyebabkan seorang wanita begitu ‘terbuka’ ketika wajahnya tertutup. Dia sangat terbuka dalam pemikiran, pergaulan dan pekerjaannya.  Mudah didekati tetapi sangat menjaga diri. Bagi saya tentu ada sesuatu dari dalam dirinya yang menjadikan dia begitu.”
“Berapa lama?”
“Hampir dua tahun.”
“Dia sabar menunggu?”
“Bukankah saya katakan, dia wanita yang sangat setia dan patuh pada janji?”
“Wah. Itu cinta pertama?”
“Pertama pada dia. Tetapi tidak pada saya. Saya pernah jatuh cinta kepada wanita lain sebelumnya.  Pada dia cinta pertama, pada saya cinta utama. Dalam banyak-banyak cinta, cinta itulah yang paling suci dan unik.”
“Perkahwinan meriah?”
“Meriah. Sangat meriah. Sederhana tetapi penuh makna. Ceria.”
Hampir saya terlupa pada cerita ibunya. Supaya tidak terlupa, saya terus bertanya, “itu cerita isteri, tadi kita bermula dengan cerita ibu.”
“Cerita ibu dan isteri saya sangat berkaitan.”
Saya minta dia bercerita terus. Saya mahu belajar daripadanya. Saya lihat di antara mereka yang mengikuti kursus kepimpinan Islam itu dialah yang paling bersungguh-sungguh dan fokus. Banyak pertanyaan yang diajukannya. Bagi saya dia seorang istimewa. Tentu sekali isteri atau ibu atau kedua-duanya sekali istimewa. Bukankah di sebalik seorang lelaki yang hebat, pasti ada seorang wanita yang hebat?
“Setelah bernikah, saya lebih mendalami agama. Saya dan isteri terus belajar dan belajar. Ada kalanya cuti tahunan kami dihabiskan untuk belajar ilmu agama. Kami kemudian mengerjakan umrah dan akhirnya dapat mengerjakan haji. Anak-anak kami dididik untuk mendalami agama sejak kecil. Alhamdulillah, dua daripada tiga orang anak kami hafaz Al Quran.”
“Bertuah. InsyaAllah, isteri tuan seorang isteri yang solehah. Boleh saya dan keluarga ziarah rumah tuan untuk bertemu dan berkongsi pengalaman dengannya?”
“Tidak boleh. Maaf, tidak boleh.”
Saya sangat terkejut. Ditolak mentah begitu sahaja? Lantas bertanya, “mengapa?”
“Kerana dia telah meninggal dunia dua tahun lalu. Sakit barah. Barah rahim. Sewaktu barah dikesan sudah tahap yang kritikal. Tidak dapat diubat lagi. Sebulan meninggal…”
Terkejut. Daripada rasa terkilan tadi, bertukar tiba-tiba kepada rasa sedih yang mendalam. Betul, jangan cepat buruk sangka, detik saya dalam hati. Sekarang saya seperti dapat merasakan sendiri rasa kehilangannya srikandi cintanya itu. Betapa hebatnya rasa kehilangan seorang isteri yang telah memberi cahaya mata dan cahaya hati.
Dia mengesat matanya yang mula berair. Sungguh, saya turut merasainya. Isteri ialah jantung hati kita. Dia pergi… separuh diri kita juga seolah-olah hilang. Cinta kepada isteri ialah cinta kerana Allah yang sangat besar impaknya dalam kehidupan. Hamka, seorang penulis yang tersohor pernah meluahkan isi hatinya ketika ditinggal mati oleh isterinya. Ketika ditanya oleh anaknya (irfan), beliau meluahkan :
“Kau tahu, Irfan. Ayah dan Ummi telah berpuluh-puluh tahun lamanya hidup bersama. Tidak mudah bagi Ayah melupakan kebaikan Ummi. Itulah sebabnya bila datang ingatan Ayah terhadap Ummi, Ayah mengenangnya dengan bersenandung. Namun, bila ingatan Ayah kepada Ummi itu muncul begitu kuat, Ayah lalu segera mengambil air wudhu’. Ayah solat Taubat dua rakaat. Kemudian Ayah mengaji. Ayah berupaya mengalihkannya dan memusatkan fikiran dan kecintaan Ayah semata-mata kepada Allah,” jawab Ayah
“Tetapi satu kematian yang indah…” tiba-tiba dia bersuara, memutuskan ingatan saya pada Allahyarham Pak Hamka.
“Kematian yang indah? Bagaimana dia meninggal dunia?”
“Saya masih ingat menjelang waktu Asar pada hari itu dia sangat tenat. Saya duduk menemani di sebelahnya. Dia merayu untuk solat berjemaah bersama. Selalunya saya solat berjemaah di masjid tetapi kali ini dia benar-benar tenat. Lalu saya baringkan dia di sebelah kiri di bahagian belakang saya. Dia begitu lemah. Matanya hampir terpejam. Habis solat sahaja, dia mengucap kalimah syahadah sebanyak tiga kali… lalu terus menghembus nafas yang terakhir.”
“Begitu mudah?”
“Begitulah tuan, macam sebuah drama. Sukar untuk mempercayainya jika sekadar mendengar cerita tetapi saya menyaksikannya. Itulah kematian yang indah.”
“Al Fatihah,” ujar saya. Kami sama-sama membaca surah al fatihah dan berdoa semoga rohnya diampuni dan dikasihani Allah. Seseorang akan mati mengikut cara hidupnya. Jika cara hidupnya baik, maka dia akan menemui kematian dengan sebaik-baiknya. Wanita itu telah mengislamkan suaminya, melahirkan anak-anak yang baik,  bisik hati saya.
“Ustaz, sebenarnya bukan saya sahaja yang tertarik kepada Islam atas sebab dia tetapi juga adik-beradik saya. Seorang demi seorang adik-beradik saya memeluk Islam apabila mula dan  lama bergaul dengannya.”
“Wah, mudahnya…”
“Tetapi ada  juga yang susah. Ibu dan ayah saya sangat susah untuk menerima Islam. Mereka sangat keras hati. Kata-kata lembut dan akhlak isteri saya pun tidak cukup kuat untuk mencairkan kekufurannya. Namun, ajaibnya… masih isteri saya juga menjadi sebab keislaman ibu-bapa saya.”
“Macam mana tu?” tanya saya tidak sabar. Inilah persoalan awal dalam perbualan kami tadi. Daripada soal ibu-bapanya teralih pula kepada soal isterinya. Benar katanya tadi, soal ibu dan isteri sangat rapat dan Saling berkait.
“Kami cuba pelbagai cara untuk mengislamkannya, tetapi tidak berjaya. Akhirnya, isteri saya menyarankan satu cara…”
Saya benar-benar ‘suspen’. Menanti dengan penuh minat.
“Sayangnya, isteri saya pergi dulu sebelum sempat melihat hasil dakwahnya kepada ibu saya,” katanya tanpa memberi jawapan yang saya tunggu.
“Maksud tuan, isteri tuan meninggal dunia dahulu kemudian baru ibu tuan memeluk Islam?”
“Ya,”jawabnya pendek.
“Apa kaedah yang disarankan oleh isteri tuan itu?” tanya saya, mengulang pertanyaan yang sangat saya dambakan jawapannya sejak tadi.
“Begini, arwah isteri saya menyatakan bahawa doa anak kepada ibu-bapanya sangat mustajab. Bukan sahaja setelah ibu-bapanya meninggal dunia, bahkan semasa ibu-bapanya itu masih hidup lagi.   Satu hari, dia sarankan saya berdoa setiap kali selepas solat dan setiap kali membaca Al Quran. Pohon kepada Allah agar diberi hidayah kepada ibu-bapa saya.”
Terpegun mendengar saranan itu, saya berfikir. Nasihat ini seperti serampang yang punya dua mata. Pertama, untuk yang berdoa agar sentiasa solat dan membaca Al Quran. Kedua, untuk yang didoakan agar mendapat hidayah Islam. Bijak sungguh arwah isteri beliau.
“Jadi tuan ikut saranan itu?”
“Ya. Saya ikut.”
“Berapa lama?”
“ Hampir 10 tahun. Selama itulah setiap kali selepas solat dan membaca Al Quran saya doakan ibu-bapa saya. Yakni, sejak hari Allahyarham isteri mencadangkannya pada saya… saya amalkan. Dia meninggal dua tahun yang lalu, ibu pula baru dua minggu yang lepas. Ertinya, dia sendiri tidak dapat melihat hasil kejayaan dakwahnya.”
“Dia akan melihatnya. Bahkan dia akan melihat lebih jelas daripada kita nanti. InsyaAllah. Mudah-mudahan dia dan ibu tuan ditempatkan di kalangan roh orang yang beriman. Sama-sama akan ke syurga nanti…”
Sungguh peristiwa itu sangat menyentuh jiwa. Dakwah yang berkesan itu dengan akhlak yang baik, kata-kata yang penuh hikmah dan doa yang istiqamah. Tanpa wajah dilihat, tetapi diri  sudah mampu memikat. Itulah mesej di sebalik ‘sayonara’ seorang isteri yang berniqab…

Sumber : Gentarasa



Cinta ialah fitrah. Untuk mengurus fitrah kita perlukan hidayah. Tanpa hidayah (petunjuk), fitrah cinta akan bertukar menjadi fitnah. Sejak  dulu hingga kini, rasa cinta telah dieksploitasi dan dimanipulasikan oleh Yahudi dan Nasrani serta musuh Islam yang ‘sewaktu’ dengannya untuk menghancurkan para remaja.

Bukan sahaja remaja, malah ‘retua’ juga gagal menguruskan cintanya. Sudah mempunyai isteri dan anak-anak yang sah, tetapi gara-gara cinta ‘baru’nya dia terus memburu. Belum pun sempurna menguruskan tanggungjawabnya, nafkah lahiriah masih lintang pukang, kepimpinannya sebagai suami masih cacamarba namun ada hati untuk menambah isteri.

Banyak kali sudah terjadi, pada suami yang menduakan isteri, sama ada secara resmi atau tidak, menghancurkan hati isteri yang sedia ada… kemudian isteri keduanya seterusnya deretan anak-anaknya. Konon ‘membela’ untuk membela tetapi apa yang dibela sebenarnya adalah nafsu serakah yang dijustifikasikan atas nama cinta. Cinta untuk mengindahkan, tetapi dia memusnahkan.

Ramai yang ‘membunuh’ jiwa dan perasaan insan lain atas alasan cinta. Membina istana kebahagiaan atas penderitaan orang lain. Anak-anak ditinggalkan, makan-minum, didikan dan kasih sayangnya diabaikan… dia tega memburu bahagia dengan cinta pada isteri baru. Bukan kerana tanggung jawab atau menegakkan sunnah, itu hanya alasan di bibir. Tetapi semua angkara nafsu inginkan keseronokan semata-mata.

Gara-gara cinta yang meminggirkan hidayah, generasi menjadi musnah. Kerosakan sudah berlaku terlalu banyak, tetapi sangat sedikit yang mengambil iktibar agar tidak mengulangi kerosakan yang sama. Sungguh, kita seperti kelekatu yang tidak pernah melihat akibat buruk yang menimpa kawan-kawannya yang sudah menjadi korban akibat menerjah sumber cahaya.

Cinta seolah-olah telah dinobatkan sebagai Tuhan. Apa tidaknya? Nilai Tauhid, syariat dan akhlak diketepikan  semasa menjalinkan hubungan cinta. Tuhan tidak pernah menghalang rasa cinta yang dikurniakan olehNya, tetapi Tuhan cuma ingin menyelamatkan agar cinta itu dijalinkan dengan selamat, penuh adab dan  indah. Sungguh, kerana Allah cinta, maka Allah mengatur bagaimana kita seharusnya bercinta.

Cinta adalah satu kuasa yang sangat luar biasa. Jika tepat pada masa, ketika dan siapa, kuasa cinta tidak akan dapat ditandingi apalagi dikalahkan. Justeru, sangat penting untuk menghalakan kuasa cinta itu.  Jika terarah kepada kebaikan, alhamdulillah, kebaikanlah yang akan tertegak.

Sebaliknya, jika salah arah, kejahatanlah yang akan bermaharalela. Kerana cinta yang benar, ramai para mujahid rela mati syahid. Kerana cinta yang palsu, ramai juga pemuda yang mati membunuh diri. Itulah kuasa luar biasa cinta, bukan hanya masa, harta, malah jiwa sanggup dikorbankan.

Rasulullah saw kerana cintanya kepada Allah, sanggup bermati-matian memperjuangkan Islam. Dia dicerca, diseksa dan diancam bunuh, namun baginda tetap tabah untuk membawa umatnya kepada Allah. Ya, Rasulullah sangat mencintai Allah dan sangat mencintai umatnya, dan dengan dua cinta itulah baginda seolah-olah tidak terasa beban kesusahan dalam menyampaikan ajaran Islam. Cinta mengecilkan derita, menguncupkan sengsara.

Kitaran cinta itu kemudiannya disambung oleh para sahabat – generasi yang sangat mencintai Allah dan rasulNya.  Bayangkan, apakah rahsia di sebalik penyebaran agama Islam? Daripada satu agama yang diseru secara bersembunyi di rumah Arqam ibnu Arqam seribu empat ratus tahun yang lalu, kini telah tersebar secara meluas di seluruh pelosok dunia.

Apa yang menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sanggup merentasi lautan dan padang pasir untuk menyampaikan Islam? Ya, kerana cinta – cinta Allah dan Rasul adalah sumbu pada kegigihan para mujaddid, mujtahid, mujahid dan mubaligh memperjuangkan Islam, hingga dengan itu berbilion-bilion manusia mendapat hidayah. Itu wajah indah cinta.

Malangnya, cinta juga ada wajah yang hodoh. Akibat cinta nafsu para remaja Islam telah dibius oleh arus hedonisme. Budaya berseronok-seronok ini telah menyebabkan jiwa para remaja rosak, kotor dan hina. Bumbu atau ramuan hedonisme ini jika diteliti ialah cinta – lagu, filem, buku, majalah dan segala-galanya sedang mengeksploitasi dan memanupulasi soal cinta. Para kapitalis membuat untung berbilon dollar dengan cerita dan lagu cinta. Mereka bukan sahaja mengaut keuntungan, malah sekali gus membunuh roh perjuangan remaja Islam.

Justeru, Israel sangat gusar dengan kebangkitan Islam daripada pemuda-pemuda Islam di Gaza berbanding mereka yang berada di Tebing Barat. Ini kerana remaja Islam di Gaza begitu tinggi iltizamnya dengan Islam. Mereka terus melazimi bahkan membudayakan amalan membaca Al Quran. Ramai di antara mereka yang menghafaz Al Quran. Majlis pengajian masih subur. Dakwah, tarbiah dan jihad terus dikumandangkan oleh para ulama dan daie dikalangan mereka.

Sebaliknya, apa yang berlaku di Tebing Barat adalah berbeza sama sekali.  Hedonisme dan nasionalisme digaul sekali menjadi umpama ‘candu’ yang mengkhayalkan para pemudanya. Oleh sebab itulah Israel sangat ketat dan sentiasa siap siaga menghadapi pemuda dari Gaza berbanding Tebing Barat.

Itulah penangan cinta palsu. Ia akan melemahkan jiwa. Lihat, bagaimana 90% lagu-lagu cinta sangat melemahan jiwa. Liriknya sahaja sudah sarat dengan harga diri yang rendah.  “Aku umpama gagak di rimba, my life is so empty, I can’t live without you, oh Tuhan kau cabutlah nyawa ku…” adalah antara bait-bait kata yang sudah sinonim dengan lagu cinta. Ini sindrom ‘infriority complexs’ yang sangat tenat.

Nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan. Inilah pantun cinta yang menerangkan tentang  kegilaan cinta. Kerana kekasih yang baru 2 atau 3 bulan dicintai, ibu-bapa yang telah mendidik selama 20 tahun sanggup dipinggirkan? Inilah bahana cinta palsu yang membunuh kesucian jiwa dan kerasionalan akal. Ah, akan bangunkan semangat juang dengan wajah cinta yang sebegini?

Dalam filem dan lagu yang didominasi oleh Hollywood, Bollywood dan seumpamanya, cinta seolah-olah ‘dinobatkan’ sebagai Tuhan. Demi cinta, semuanya diturutkan. Digambarkan betapa bahagianya orang dapat memiliki cintanya. Itulah cinta yang suci dan abadi.

Sedangkan, dalam realitinya, cinta seumpama itulah yang banyak memporak-perandakan masyarakat dengan seribu satu masalah, seperti gejala sosial, seks bebas, anak luar nikah dan lain-lain. Keindahan cinta dalam layar perak itu tidak ubah seperti satu fata morgana yang memperdayakan manusia.

Akibatnya? Jiwa Islam kian reput, semangat Islam semakin luput. Kemudian, datanglah serangan dadah, seks bebas, jenayah ke dalamjiwa remaja. Inilah wajah hodoh cinta.
Paling malang, ada yang meninggalkan agama kerana cinta. Murtad kerana cinta. Ini bukan cerita yang sengaja diada-adakan, tetapi ia adalah suatu realiti yang telah dan sedang berlaku. Gadis-gadis Melayu termasuk yang berasal daripada keluarga yang berpegang teguh kepada nilai-nilai agamapun berjaya dimurtadkan gara-gara cinta.

Ya, cinta umpama bisa dan penawar yang bergabung di dalam cairan air liur ular tedung. Yang bijak, dapat ‘menyedut’ penawar manakala yang jahil akan teracun oleh bisanya. Remaja yang cintanya kerana Allah, akan jadi seperti Usamah RA – masih remaja tetapi sudah muncul sebagai jeneral perang Islam yang berwibawa. Orang tua seperti Abu Ayub Al Ansari sanggup mati ribuan batu dari tanah airnya juga kerana cinta.

Remaja yang cintanya palsu, akan hanyut oleh lagu, impian dan khayalan yang sia-sia dan berdosa. Orang tua dengan cinta palsunya, akan pulang ke kubur membawa sesalan berjuta, kosong amalan kerana tipu daya cintanya. Dwi wajah cinta… sinarnya sama-sama menerjah mata, cuma yang satu intan, yang satu hanya kaca!

Sumber : Gentarasa
Tentang persoalan 'perlukah disebarkan berita yang tidak pasti sebagai tazkirah?'

Soalan :

Assalamualaikum.
Mohon penjelasan ustazah naqibah dan ahli uol. Baru2 ni kita dikejutkan dengan fenomena langit merah dan gelap menyelubungi makkah. Ada yg mengatakan ia antara petanda kiamat. Ada juga yg mengatakan bahawa ia sekadar fenomena alam. Saya faham bahawa walau apapun yg berlaku, kita tetap kena bertaubat setiap hari. Bukan tunggu datang petanda baru nk bertaubat.
Persoalannya bagaimana kita nak menghadapi situasi video yg tersebar ini? Adakah perlu kita fwdkan agar semua org mengambil iktibar dan bertaubat. atau macam mana?

Jawapan Ustazah :
  • Allah lebih mengetahui. Pandangan kita ialah, tazkirah mesti dari perkara yang pasti, perkara yang betul. Datang dengan jelas dari sumber yang berautoriti. Yang viral dalam whatssapp dah banyak dinafikan oleh sumber. Bukan tidak boleh, tapi pastikan sahih dulu.
  • Berita tak sama dengan cerita.
  • Orang bukan Islam pun percaya dunia akan kiamat. Dulu, gempar bila tersebar tentang teori kiamat akan berlaku tahun 2012. Tapi bila 'tazkirah' itu bukan dari Allah dan Rasul-Nya, ia sekadar gempar tiada isi. Manusia tidak membuat persediaan yang sepatutnya.
  • Bagaimana mungkin kita hendak menyuruh orang buat perkara betul, seperti insaf, bertaubat, kembali kepada Allah, dengan perkara yang tidak pasti. Pada kita, lebih baik ingatkan orang dan diri kita sendiri tentang perkara yang lebih dekat dan lebih pasti, iaitu mati. Itu sebenarnya yang lebih menginsaf dan menakutkan.
  • Sebarkanlah hadith2 sahih ttg tanda kiamat dan suasana hari akhirat itu sendiri. Itulah yang sebenarnya lebih mendatangkan pahala dan juga keinsafan. Seperti gambaran manusia berdiri di padang mahsyar dan menyemberangi sirat. Syurga dan neraka.
  • Para ulama' sangat berhati2 untuk memadankan hadith2 tanda kiamat dengan fenomena alam semasa. Mereka bimbang berlaku 'jenayah' terhadap nas hadith. Perkara yg sudah banyak kali berlaku sejak dulu.
  • Dulu, ada seorang pembuat hadith palsu. Namanya Nuh Bin Abi Maryam. Dia mengaku dia telah mencipta hadith palsu tentang kelebihan surah-surah dalam al-Quran, kemudian menyandarkan hadith itu kpd Ibn Abbas. Bila ditanya, dia menjawab,"Saya lihat orang ramai telah meninggalkan al-Quran, tapi sibuk dengan Fiqh Abu Hanifah dan maghazi Ibn Ishaq. Sebab itu saya cipta hadith palsu, untuk mengembalikan orang ramai kepada al-Quran."
  • Inilah antara punca mengapa tersebar hadith palsu. Selain tipudaya jahat musuh Islam, ia juga berpunca dari kejahilan individu yang mahu buat perkara baik tetapi tidak dibuat atas dasar ilmu dan iman.

Pengakuan ini memberi pengajaran kepada kita :

1. Ada orang yang menyangka dia boleh buat kebaikan dengan menyebarkan berita palsu. Sangkaan ini salah. Apatah lagi menyebarkan hadith palsu, dosa besar yang diancam dengan balasan neraka.

2. Nasihat dalam agama mesti dibuat atas kebenaran.

3. Islam mengajar kita berdisiplin dalam menerima dan menyampaikan maklumat. Disiplin ini menjaga kita dalam bermasyarakat dan bernegara. Jangan gosip. Bawa bukti yang benar.


Paling kurang, ada dua ayat al-Quran yang mengingatkan kita dan menjadi panduan kepada kita dalam hal ini.

Pertama, Surah al-Hujurat ayat 6.
Surah Al-Hujraat, Verse 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Surah al-Hujurat ayat 6

Kedua, Surah al-Isra' ayat 36.

Surah Al-Isra, Verse 36:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Surah al-Isra' ayat 36

 Wallahua'lam.

.: Ustazah Nabilah Hasan :.
   20 November 2014