Dosa Suami, kesan kepada Isteri jua.. Nauzubillah..
Pernah diceritakan kisah seorang lelaki yang
bertaqwa, menjaga solatnya, berpuasa dan menjaga
ibadahnya kepada Allah Taala.
Isterinya juga seorang
yang bertaqwa.
Suatu hari, apabila dia pulang ke
rumah dia melihat air muka isterinya berubah dan
menjadi kemerah-merahan.
Dia sangat terkejut dengan
keadaan tersebut.
Lalu, si suami bertanya kepada isterinya perkara yang
telah berlaku, tetapi isterinya enggan menceritakannya.
Apabila dia berterusan meminta isterinya menceritakan
apa yang berlaku, isterinya bertanya :
“ Adakah kamu mengenali pengisi air itu? ”
– Pengisi air yang dimaksudkan adalah orang yang
mengisikan air ke dalam tempayan untuk diminum oleh
tuan rumah.
Suaminya menjawab : “ Ya ”
Isterinya meneruskan kata-katanya : “ Berapa
lamakah dia telah berkhidmat dengan kita? ”
Suaminya menjawab “ Lebih dari 30 tahun ”
Isterinya bertanya lagi : “ Adakah kamu mengetahui
kejahatan atau keburukan pada dirinya? ”
Jawab suaminya : “ Tidak ”
Isterinya pun berkata : “ Hari ini dia telah melakukan
satu perbuatan yang buruk ”
Lelaki itu bertanya : “ Apakah yang telah dia
lakukan? ”
Isterinya pun menjawab : “ Ketika dia datang untuk
mengisi air ke dalam tempayan di dalam rumah kita
seperti kebiasaannya, aku pun membuka tempayan
tersebut.
Apabila aku menutup kembali tudung
tempayan tersebut, tiba-tiba dia pun memegang
tanganku dan menggengam pergelangan tanganku kuat
sedikit ”
Apabila suami itu mendengar cerita tersebut, dia
menangis sepuas hatinya.
Kemudian, suaminya bangun
solat taubat sebanyak dua rakaat meminta
pengampunan dengan Tuhannya.
Si isteri bertanya : “ Mengapa dengan kamu?
Mengapa kamu tidak pergi kepadanya dan
menghukumnya? ”
Si suami menjawab : “ Tidak, apa yang berlaku
berpunca daripada diriku sendiri ”
Perhatikan maksud kata-kata ini ;
“ Apa yang berlaku berpunca daripada diriku sendiri ”
Isteri bertanya : “ Bagaimana begitu ”
Jawab lelaki tersebut: “ Telah datang kepadaku seorang
wanita hari ini, dia meminta aku membaiki gelang
tangannya yang diperbuat daripada emas.
Ketika dia
masukkan gelang tersebut ke tangannya untuk
ditunjukkan kepadaku untuk menunjukkan saiznya, aku
tidak menundukkan pandanganku.
Aku melihat
tangannya melebihi had yang sepatutnya.
Nafsu
menguasai diriku dan aku meletakkan tanganku pada
gelangnya dan menggengam sedikit tangannya seperti
lelaki tersebut menggengam tanganmu ”
Ketika mereka tidur, datanglah seorang dalam mimpi
si suami lalu dia berkata: “ Gengaman dibalas
gengaman. Sekiranya kamu melakukan lebih daripada
itu kepada perempuan tersebut, lelaki itu juga akan
melakukan lebih dari itu kepada isterimu ”
MORAL OF THE STORY...
✔ Tundukkan pandangan dari melihat perkara yang
diharamkan oleh ALLAH Ta'ala.
✔ ALLAH Ta'ala akan membalas segala perkara
buruk yang kita lakukan.
✔ Sebagaimana kita tidak suka orang yang kita
sayangi disakiti, kita juga perlu menjaga diri dari
menyakiti orang lain.
✔ Bersegeralah memohon keampunan dari ALLAH
Ta'ala apabila melakukan dosa dengan sebenar-benar
taubat dan berazamlah untuk tidak mengulanginya
lagi.
✔ Mohonlah perlindungan dari ALLAH Ta'ala
supaya tidak terjebak dalam perkara yang
dimurkaiNya.
✔ Berusahalah menjadi hambaNya yang mentaati
suruhanNYA dan meninggalkan maksiat kepadaNya.
✔ Basahkan lidah dengan istighfar. Dalam masa
yang sama, hiasi diri dengan amalan ketaatan dan
meninggalkan maksiat sebagai tanda benarnya istighfar
yang diucapkan.
✔ Banyakkan muhasabah setiap amalan yang kita
lakukan dalam kehidupan seharian
Firman ALLAH yang bermaksud : “ Dan bersegeralah
memohon keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi. Dijanjikan kepada
orang yang bertaqwa. (Iaitu) orang yang
membelanjakan (hartanya) di waktu senang dan susah,
orang yang menahan perasaan marahnya dan
mengampuni kesalahan manusia. Dan Allah Taala itu
suka kepada orang yang berbuat kebaikan. Dan orang
yang apabila melakukan perbuatan yang keji atau
menzalimi dirinya, lalu mereka mengingati Allah,
mereka terus memohon keampunan dari Allah atas
dosa yang mereka lakukan dan mereka tidak
meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka
mengetahuinya. Mereka itu balasannya adalah
keampunan dari Tuhannya serta syurga yang mengalir
di dalamnya sungai-sungai. Mereka kekal di
dalamnya. Sebaik-baik pahala bagi orang yang
beramal ” -Ali-‘Imran : 133-136
Kisah ini telah diceritakan oleh Al Habib Ali Al Jifri
( keturunan Rasulullah SAW )
nonton video sabung ayam hanya di www.bolavita.pro
Untuk mengetahui Cara Pasang taruhan ayam bangkok bulbi anda bisa kunjundi Situs resmi Agen BOLAVITA !
Mudah, aman dan terpercaya !
Info selengkapnya hubungi :
BBM: BOLAVITA
WeChat: BOLAVITA
WA: +6281377055002
Line : cs_bolavita
Live Chat : www.bolavita,cc
ayam bangkok super lamongan