Duhai anak
👫A N A K👪
Anak anak adalah buah hati kita. Jangan bandingkan antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.
Anak yang baik, anak yg cerdik; cuma ujian. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak, letak syarat ke tidak, kerja kuat ke tidak, sabar ke tidak.
Anak-anak yang biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka ASBAB kita masuk syurga.
Tak perlu kecewa hasil kita tak seberapa. Mana tahu kalau asyik cemerlang, kita riak menjaja bangga.
Anak-anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan kerjaya & rencahnya. Jangan lukai hati anak-anak kita.
Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana-mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.
Anak-anak kita mentah, jiwa mereka rapuh.
Yang salah kita, terlebih menghukum daripada membina. Terlebih menyumpah daripada membimbing. Terlebih marah daripada nasihat. Terimalah mereka penuh amanah.
Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk dijadikan ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat.
Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.
Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu ada yang kita tak beri penuh perhatian sekarang tapi dia lah yang akan ingat kita sampai tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.
Jangan berhenti untuk menjadi ibu bapa yang berilmu dan cemerlang!
Kata-kata indah untuk renungan kita bersama.....
0 comments for "Duhai anak"