BOLEHKAH MEMBACA AL-QURAN SEMASA HAID
Assalamualaikum.
* Bagi setengah orang awam di tempat kita yang mempelajari fiqh mazhab
syafi'i secara umum sahaja, mereka sangat sensitif dalam soal ini.
Apatah lagi jika mereka tidak memahami bahasa Arab, dan tidak mengetahui
pendapat-pendapat lain dalam mazhab fiqh, (termasuk pandangan berbeza
dalam mazhab syafi'i sendiri), serta tidak pernah mendapat pendedahan
tentang dalil ayat al-Quran dan hadith sesuatu amalan yang dilaksanakan.
Samalah seperti kita dahulu, semasa sekolah. Sebab ketika itu kita hanya
belajar satu pendapat sahaja. Kita hanya bergantung kepada sukatan
pelajaran dalam tingkatan tertentu ketika itu, belum didedahkan kepada
mazhab-mazhab fiqh yang lain, dan kita belum mampu membuat kajian ilmiah
dan membaca kitab-kitab lain. Apabila diberitahu oleh seseorang bahawa
wanita berhaid boleh baca ataupun pegang al-Quran, tentulah kita berasa
pelik.
Oleh yang demikian, persoalan sebegini perlu dibincangkan dalam majlis
ilmu sahaja, ataupun dalam perbincangan secara ilmiah, bukan sebagai
topik perdebatan awam.
Kita jawab soalan Sila dengan cara terbuka, kerana kita fikir ahli usrah
memang terbuka dan sudah terdedah kepada dalil-dalil amalan ibadah yang
kita kerjakan, dengan mengikuti perbincangan dan
perbahasan para ulama' fiqh dan hadith salam majlis-majlis ilmu sebelum ini.
* Dalam ilmu agama, sangat penting kita mengetahui yang mana menjadi
khilaf (perselisihan pendapat di kalangan ulama' dalam skop yang
dimaafkan) dan yang mana yang tidak. Adalah tidak patut dan tidak
berbaloi bergaduh jika perkara itu khilaf. Pilihlah pendapat yang paling
baik, yang paling jelas dalilnya.
Tetapi jangan pula terpengaruh dengan ajaran yang menyimpang dengan
alasan mereka juga ada sandaran dalil. Syiah pun berdalilkan al-Quran
dan hadith juga. Begitulah juga mereka yang menyembah kubur di negara2
umat Islam, dan amalan2 lain yang tiada sandaran. Mereka hendak
melakukan perkara yang dilarang dalam agama, lalu mereka ada-adakan
dalil dari al-Quran dan
hadith tanpa disiplin. Jadi, kita sangat perlukan disiplin yang betul dalam beragama.
Para ulama' bertoleransi, hormati menghormati apabila ada perbezaan
dalam fiqh, namun mereka semua bersepakat dalam perkara teras dan asas,
serta sangat tegas membanteras syirik dan bid'ah.
Dalam erti kata lain, kalau kita tidak pandai memandu sendiri, kita
memang terpaksa memilih pemandu yang baik, bertaqwa dan amanah, membawa
kita ke jalan yang lurus. Salah pemandu, salahlah jalan yang kita lalui.
Itulah tinggi nilainya doa yang kita ulangi dalam surah al-Fatihah :
اهدنا الصراط المستقيم
* Hukum wanita berhaid membaca dan memegang al-Quran termasuk dalam perkara fiqh yang
menjadi khilaf di kalangan ulama'. Kita boleh pegang pendapat yang
paling kita yakini, setelah kita belajar daripada sumber dan guru yang
betul.
* Kita ringkaskan rujukan dari 3 kitab untuk memudahkan, dan kitab ini
memang menjadi rujukan yang dimaklumi oleh ahli ilmu. Ustazah-ustazah
dalam group ini boleh rujuk jika memiliki.
1. Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa al-Bait al-Muslim
2. Sahih Fiqh Sunnah
3. Al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i
* Kita ringkaskan pendapat2 para ulama' seperti berikut :
1. Ulama' yang mengatakan wanita berhaid haram membaca al-Quran dan
haram memegang al-Quran. Antara ulama' yang berpendapat begini ialah
al-Imam al-Syafi'i.
Yang dibenarkan hanya baca ayat-ayat yang diniatkan sebagai zikir sahaja, seperti
بسم الله الرحمن الرحيم
dan
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
2. Ulama' yang mengatakan wanita berhaid boleh membaca al-Quran tetapi haram memegang al-Quran.
Maknanya, boleh baca al-Quran seperti biasa, tidak perlu niat sebagai zikir, cuma tidak boleh pegang al-Quran.
(Terjemahan al-Quran dan kitab agama yang mengandungi banyak ayat al-Quran tidak dikira sebagai mushaf/ al-Quran.)
3. Ulama' yang mengatakan wanita berhaid boleh membaca al-Quran dan boleh memegang al-Quran.
Maknanya, haid tidak menghalang seseorang wanita untuk membaca dan menyentuh al-Quran.
Dengan kata lain, ulama' golongan ketiga TIDAK memasukkan membaca dan
menyentuh al-Quran sebagai perkara yang haram dilakukan oleh wanita
berhaid.
Antara yang berpendapat begini ialah Imam al-Bukhari dan Ibn Hazm.
*****
* Para ulama' yang disebutkan tadi berselisih pada beberapa dalil,
panjang perbahasannya. Dalam perbincangan ini, kita ambil satu sahaja,
iaitu ayat al-Quran. Firman Allah swt :
إنه لقرآن كريم (٧٧) في كتاب مكنون (٧٨)
لا يمسه إلا المطهرون (٧٩) تنزيل من رب العالمين (٨٠)
Maksudnya :
"Dan
sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu itu adalah) Al-Quran yang
sangat mulia. Tersimpan dalam kitab yang terpelihara (lauh mahfuz).
Tiada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan. Al-Quran itu
diturunkan dari Allah Tuhan semesta alam."
Bagi ulama' golongan ketiga,
'لا
يمسه الا المطهرون' bukan merujuk kepada makhluk yang menyentuh al-Quran
di bumi. Pada mereka, berdasarkan konteks ayat sebelum dan selepasnya ;
a. 'nya' dalam 'menyentuhnya' itu bukan al-Quran di dunia, tetapi al-Quran yang terpelihara di kitab/tablet 'luh mahfuz'.
b. Hamba-hamba yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah makaikat2 yang disucikan daripada
melakukan sebarang dosa.
Maknanya, ayat itu tidak menunjukkan wanita berhaid tidak boleh memegang al-Quran.
* Dari segi membaca, bagi golongan ketiga, hadith yang menyebut larangan
wanita berhaid membaca al-Quran, adalah hadith yang lemah. Pada mereka,
tidak ada dalil yang kuat menunjukkan bahawa wanita berhaid tidak
dibenarkan membaca al-Quran, sedangkan perkara itu penting. Jika benar2
haram tentu banyak riwayat sahih mengatakannya.
Kesimpulan :
Kalau hendak detailkan dalil satu persatu, perlu hadiri kelas pengajian,
khususnya kelas Fiqh Sunnah, yang diulas oleh mereka yang ahli dalam
bidangnya, supaya kita boleh belajar dalil al-Quran dan hadith pada
setiap amal ibadat yang kita lakukan.
Apapun, demikianlah ringkasnya, khilaf dalam perkara fiqh memang banyak.
Bagi orang awam, dengan kemampuan mereka, tidak mahu pening kepala,
lebih baik ikut sahaja apa yang pernah dipelajari secara ringkas seperti
zaman sekolah, iaitu satu mazhab sebagai asas.
Bagi mereka yang ingin terus belajar fiqh perbandingan, bila sudah jelas hujah, dipelajari dengan berdisiplin dan berguru, pilihlah pendapat yang paling baik, paling dekat dengan nas al-Quran dan al-hadith, dan hormati orang lain yang ambil pendapat yang berbeza dengan kita.
Bagi mereka yang ingin terus belajar fiqh perbandingan, bila sudah jelas hujah, dipelajari dengan berdisiplin dan berguru, pilihlah pendapat yang paling baik, paling dekat dengan nas al-Quran dan al-hadith, dan hormati orang lain yang ambil pendapat yang berbeza dengan kita.
Namun sekali lagi kita ulangi, para ulama' fiqh tidak berkompromi,
malahan mereka sepakat sangat tegas dalam bab akidah, iaitu soal syirik
dan bid'ah.
Itu persoalan yang berbeza.
Itu persoalan yang berbeza.
Posted by Sulamkaseh
on 22:31.
Filed under
Al Quran,
Artikel Pilihan,
Haid,
Masalah Wanita,
Persoalan
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
0 comments for "BOLEHKAH MEMBACA AL-QURAN SEMASA HAID "