Assalamualaikum.

๐Ÿ”ดSoalan :

Akhir-akhir ini banyak logo capal ataupun sandal yang dikatakan sandal nabi saw. Orang yang memakai dan mempamerkannya mendakwa, apabila memakai (misalnya kopiah) berlogo sandal itu, pemakai akan mendapat banyak kelebihan seperti terkabul semua hajat, dapat mimpi bertemu nabi saw dan lain-lain.

Kopiah berlogo ini juga dikatakan dipakai oleh Habib Umar.

Mohon pencerahan, bolehkah bertawassul dengan lakaran ini?

๐Ÿ”ดJawapan :

✳ HADITH IALAH APA SAHAJA YANG DISANDARKAN KEPADA NABI SAW

Soalan ini soalan 'evergreen,' sama seperti soalan-soalan tentang hadith palsu, dan juga tentang salah guna hadith.

Akan sentiasa ada golongan yang tidak berdisiplin memalsukan sesuatu untuk disandarkan kepada Rasulullah saw, dan menyalahgunakan hadith untuk membenarkan perbuatan mereka yang tidak selari dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Dan selagi bumi ini berputar, dunia belum sampai ke penghujungnya, akan ada pula para ulama' yang berkelayakan menjelaskan dan membela ketulenan agama, ataupun apa sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah saw.

Sabda Nabi Muhammad saw :

"ูŠَุญْู…ِู„ُ ู‡َุฐَุง ุงู„ْุนِู„ْู…َ ู…ِู†ْ ูƒُู„ِّ ุฎَู„َูٍ ุนُุฏُูˆู„ُู‡ُ، ูŠَู†ْูُูˆู†َ ุนَู†ْู‡ُ ุชَุญْุฑِูŠูَ ุงู„ْุบَุงู„ِูŠู†َ ، ูˆَุงู†ْุชِุญَุงู„ِ ุงู„ْู…ُุจْุทِู„ِูŠู†َ ، ูˆَุชَุฃْูˆِูŠู„ِ ุงู„ْุฌَุงู‡ِู„ِูŠู†َ "

Maksudnya : "Ilmu ini akan dibawa bagi setiap generasi oleh orang-orang yang amanah, mereka membersihkan ilmu daripada penyelewengan orang-orang yang melampau, daripada tokok tambah golongan ahli batil, dan ta'wil huraian golongan orang-orang yang jahil."

✳ JANGAN BERDUSTA ATAS NAMA NABI SAW

Sabda Nabi saw :

ู…َู†ْ ูƒَุฐَุจَ ุนَู„َู‰َّ ู…ُุชَุนَู…ِّุฏًุง ูَู„ْูŠَุชَุจَูˆَّุฃْ ู…َู‚ْุนَุฏَู‡ُ ู…ِู†َ ุงู„ู†َّุงุฑِ. ‏"‏‏

Nabi saw bersabda, maksudnya, "Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."

(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)

Jika benar kita kasih kepada Nabi saw, kita mesti mengambil berat terhadap pesanan baginda di atas.

Di kalangan para sahabat nabi saw sendiri, bukan  semua sahabat meriwayatkan hadith, antara lain kerana mereka bimbang tersilap dalam meriwayatkan hadith-hadith junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sedangkan kita tahu, merekalah yang paling kasih kepada nabi saw. Sahabat yang banyak meriwayatkan hadith ialah para sahabat yang terkemuka dalam bidang ilmu, demi untuk menjaga amanah agama.

Para ulama' hadith sejak zaman berzaman pula menghabiskan usia, tenaga, masa dan harta untuk memelihara hadith-hadith nabi saw. Mereka menjaganya daripada tangan-tangan dan lisan yang tidak bertanggungjawab. Itulah bentuk jihad mereka.

Namun tidak ada seorang pun ulama' hadith yang berani melakar capal  nabi saw apatah lagi hendak bertawassul dengan bentuk lakaran itu!

Lakaran bentuk capal seperti bermata dua itu dikatakan dilakar oleh pemimpin agama Barelvis/Brelwi di India. Diajarkan kepada pengikutnya supaya memuliakan lakaran itu dengan janji pelbagai khasiat dan mendakwa bahawa memuliakan lakaran capal adalah tanda benarnya iman seseorang. Agama Brelwi banyak terlibat dengan kepercayaan dan amalan berdasarkan hadith-hadith palsu, malah mencipta hadith-hadith palsu, memuja kubur-kubur  dengan memohon hajat kepada roh-roh, serta membina bangunan di atas kubur, yang jelas bertentangan dengan pesanan nabi saw.

Antara doktrin yang ditanam kepada pengikut mereka ialah : 'Sesungguhnya wali-wali Allah adalah pintu rahmat Allah, dan memohon rahmat mestilah melalui pintu-pintunya. Maka kubur wali mesti dikunjungi untuk memohon rahmat.' Mereka juga mencipta perayaan di atas kubur dan mendakwanya sebagai 'sunnah' dan 'syiar Islam.'  Malah mereka tawaf di kubur dengan alasan mengambil berkat.

Banyak pengaruh syiah yang ada dalam amalan dan kepercayaan Barelvi. Selain bertawassul dengan lakaran capal, pemimpin Barelvi juga juga mengatakan boleh menggantung lakaran kubur Husain di rumah mereka untuk mengambil berkat.

Para ulama' ahl sunnah wal jamaah memperingatkan tentang bahaya akidah Brelwi.

Umat Islam pula, ada yang terpedaya kerana Barelvis/Brelwi mendakwa 'mereka adalah ahl sunnah waljamaah yang bermazhab Hanafi.' Mereka juga mendakwa bahawa mereka sangat cinta kepada nabi.

Apakah kita hendak menggunapakai lakaran yang datang daripada golongan yang memalsukan hadith nabi saw dan memalsukan ajaran nabi saw?

Apatah lagi, sudah jelas lagi bersuluh bahawa bertawassul dengan objek tertentu bukanlah ajaran nabi kita, Muhammad saw.    
                 
✳ Berhati-hati, ikutlah jalan yang lurus dan terang.

Didapati ada NGO dan pusat pengajian atas pelbagai nama yang mempromosikan capal ini dan menjual kopiah serta pakaian lain berlambangkan capal ini.

Sudah banyak pihak melaporkan menerima pakaian bercetak gambar capal, malah menerima capal itu secara percuma. Apakah tujuannya ialah untuk mempromosikan kepercayaan tawassul dengan capal? Nyata sekali ia bukan sekadar logo semata-mata seperti logo lain, tetapi dipakai dan diedarkan kerana ada kepercayaan di sebaliknya.

Ini bukan soal khilaf seperti yang didakwa. Bertawassul dengan lakaran capal melibatkan akidah, dan akidah mesti berasaskan al-Quran dan hadith yang sahih. Ia bukan termasuk dalam kategori fadail al-a'mal seperti yang didakwa.

Jika capal boleh dilakar lalu lambangnya dibuat objek untuk bertawassul, apakah akan ada objek-objek lain lagi yang akan dilakar dan dibuat objek untuk bertawassul?  Antara hikmah terbesar Nabi Muhammad saw melarang bid'ah dalam agama, ialah kerana bid'ah boleh merosakkan agama, dan ia biasanya bermula dengan perkara yang kecil-kecil, akhirnya menjadi besar dan menular, sehingga perkara khurafat dianggap amalan agama!

Inilah juga antara sebabnya para ulama' mengatakan bid'ah lebih disukai syaitan berbanding maksiat, kerana maksiat boleh merosakkan pelakunya, manakala bid'ah boleh merosakkan agama.

✳ Berpegang Kepada al-Quran dan Hadith Yang Thabit

Kembalilah kita kepada al-Quran, mu'jizat terbesar Nabi Muhammad saw yang masih ada di tangan kita. Jika kita mempunyai hajat, banyakkan sabar, solat serta sujud, itulah cara kita mendekatkan diri kepada Allah dan memohon pertolongan daripada-Nya.

Firman Allah swt :

ูˆَุงุณْุชَุนِูŠู†ُูˆุงْ ุจِุงู„ุตَّุจْุฑِ ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉِ ูˆَุฅِู†َّู‡َุง ู„َูƒَุจِูŠุฑَุฉٌ ุฅِู„ุงَّ ุนَู„َู‰ ุงู„ْุฎَุงุดِุนِูŠู†َ(45)
Maksudnya :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyu'."

Ikutlah bimbingan hadith-hadith yang sahih, yang dihuraikan dengan cara berdisiplin, daripada guru-guru yang betul, amanah dan mempunyai kelayakan yang sepatutnya.

(Jika membina bangunan pencakar langit kita tidak serahkan kepada yang bukan ahli kerana bimbang bencana yang mendatang, apatah lagi dalam soal agama. Menjadi ahli memerlukan banyak ilmu alat seperti nahu, saraf, balaghah, ilmu asas seperti usul tafsir, usul hadith, mengenali hadith palsu, mengenali ulama' dan kitab mu'tabar, mengenali firqah-firqah yang lari dari landasan Islam dan banyak lagi.)

Berselawatlah dengan selawat yang diajarkan sendiri oleh baginda saw kepada para sahabatnya.

ุงู„ู„ّู‡ُู…َّ ุตَู„ّ ุนู„ู‰ٰ ู…ُุญَู…ّุฏ، ูˆَุนَู„ู‰ ุงٰู„ِ ู…ุญู…ุฏ
ูƒَู…َุง ุตَู„َّูŠْุชَ ุนَู„ٰู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู…، ูˆุนَู„ٰู‰ ุงٰู„ِ ุฅุจْุฑุงู‡ูŠู…
ุฅู†َّูƒَ ุญَู…ِูŠْุฏٌ ู…َุฌِูŠْุฏ.

ุงู„ู„ّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْ ุนَู„ٰู‰ ู…ُุญَู…ّุฏ، ูˆَุนَู„ٰู‰ ุงٰู„ِ ู…ُุญَู…ّุฏ
ูƒَู…َุง ุจَุงุฑَูƒْุชَ ุนَู„ٰู‰ ุฅุจْุฑุงู‡ِูŠู…، ูˆَุนَู„ู‰ ุงٰู„ِ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู…
ุฅู†َّูƒَ ุญَู…ِูŠْุฏٌ ู…َุฌِูŠْุฏ.

(Sahih Bukhari, Kitab Doa-Doa, Bab Berselawat Ke Atas Nabi saw)

Perkara-perkara di atas adalah pegangan orang yang benar-benar mencintai Nabi Muhammad saw dan mencintai kemurnian ajaran baginda saw.

✳ Akidah Asasnya Ialah Ilmu Yang Benar

Akidah bukan perkara mainan. Subjek utama dakwah kita ialah 'mentauhidkan Allah dengan cara dan jalan yang diajarkan oleh nabi saw.'

Jalan yang lain tidak dapat menyampaikan kita kepada destinasi yang diredaiNya.

Ajaklah sahabat handai kita dengan baik, terangkan bahawa akidah Islam terang dan mudah, jangan terpedaya dengan tipuan syaitan yang bijak mencari jalan menggelincirkan insan dari jalan yang lurus.

Umar al-Khattab berpesan :
ุชูู‚ู‡ูˆุง ู‚ุจู„ ุฃู† ุชุณูˆุฏูˆุง

dan Imam al-Bukhari menambah  :
ูˆุจุนุฏ ุฃู† ุชุณูˆุฏูˆุง ، ูˆู‚ุฏ ุชุนู„ู… ุฃุตุญุงุจ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ููŠ ูƒุจุฑ ุณู†ู‡ู…

Dalami ilmu agama (dengan disiplin yang benar mengikut fahaman para salafussoleh), supaya kita selamat daripada fitnah dan tetap berjalan di atas jalan nabi saw dan para sahabatnya.

Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Awlawiyyat menyatakan keutamaan KEFAHAMAN berbanding hafalan dan keutamaan ILMU sebelum beramal.

Pelajari ilmu secara berdisiplin, diawali dengan niat yang ikhlas. Setulus mungkin, hanya kerana Allah, kerana ilmu yang benar adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.

Ilmu bukan untuk diperagakan ataupun untuk mendapat gelaran dan penghormatan manusia tertentu. Ilmu yang benar hendaklah dihargai, ilmu yang salah hendaklah dijauhi.

Berdoalah kepada Allah yang Maha Mendengar. Pohonkan hidayah ke jalan yang lurus, jalan yang dilalui oleh para sahabat dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka.

ุงู‡ุฏู†ุง ุงู„ุตุฑุงุท ุงู„ู…ุณุชู‚ูŠู…
ุงู„ู„ู‡ู… ุงู‡ุฏู†ุง ูˆุณุฏุฏู†ุง
ุงู„ู„ู‡ู… ุงู†ุง ู†ุนูˆุฐ ุจูƒ ู…ู† ุดุฑ ู…ุง ุนู…ู„ู†ุง، ูˆุดุฑ ู…ุง ู„ู… ู†ุนู…ู„                       

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…
Assalamualaikum.
Soalan : 
Dalam satu pengajian kitab Riyadussolihin, dinyatakan tentang adab menziarahi kubur ibubapa.
a. Benarkah roh ibubapa menunggu di kubur pada petang Khamis, hari Jumaat dan pagi Sabtu?
b. Benarkah anak derhaka akan dicatat sebagai anak yang taat apabila menziarahi kubur ibubapa pada hari tersebut?

c. Apakah pahala membaca Surah Yasin di kubur mereka?

Jawapan :

1.  Kitab yang baik perlu dihurai dengan penuh disiplin ilmu.

Kitab Riyad al-Salihin sangat baik dibuat pengajian. Namun yang lebih penting ialah pengajar ataupun guru mesti ada kelayakan dan amanah terhadap ilmu, kerana hadith tidak boleh dihurai sesuka hati. 
Tidak boleh pula hadith yang sahih dihurai dengan menggunakan hadith yang palsu.
Ada disiplin ilmu yang mesti dipatuhi.
2. Riwayat Tidak Thabit
Semua dakwaan di atas sebenarnya berpunca daripada beberapa riwayat yang TIDAK THABIT, iaitu riwayat daif jiddan dan juga riwayat palsu.
Antaranya :
ู…ู† ุฒุงุฑ ู‚ุจุฑ ูˆุงู„ุฏูŠู‡ ุฃูˆ ุฃุญุฏู‡ู…ุง ูƒู„ ุฌู…ุนุฉ ุบูุฑ ู„ู‡ ูˆูƒุชุจ ุจุงุฑًุง
Dakwaan bahawa hadith-hadith seumpama ini terdapat dalam Sahih Bukhari adalah suatu bentuk pembohongan atas nama Sahih Bukhari. Tiada hadith begini dalam Sahih Bukhari.
Hadith daif jiddan tidak boleh dijadikan hujah, dan tidak dijadikan hujah oleh para ulama'. Apatah lagi riwayat palsu.
Begitu juga amalan membaca Yasin di kubur ibubapa pada hari Jumaat, ia berpunca daripada hadith palsu.

3. Roh Tidak Kembali Ke Alam Dunia
Tidak ada sebarang nas yang thabit menunjukkan roh ibubapa kembali ke jasad pada waktu tertentu seperti Khamis selepas Asar dan sebagainya.
Roh berada dalam alam barzakh, bukan alam dunia. Semasa disoal di dalam kubur, roh (ataupun yang lebih tepat ialah nafs) bukan kembali ke alam dunia, tetapi berada di alam barzakh. Apabila kita memberi salam kepada penghuni kubur sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah saw, roh/nafs juga mendengarnya di alam barzakh, bukan kerana mereka pulang ke alam dunia.
Kepercayaan roh dapat kembali semula ke alam dunia telah menimbulkan pelbagai salah faham agama yang lain, seperti memohon hajat di kubur, memuja roh dan lain-lain. 
Antara karya dan kajian ilmiah yang penting dirujuk dalam hal ini ialah karya Dr Ahmad Karrar Ahmad al-Syanqiti, iaitu Mahiyah al-Nafs. Kajian ini sangat bermanfaat untuk diteliti bagi memahami  perbezaan di antara al-ruh dengan al-nafs. 
Berdasarkan dalil al-Quran dan al-Hadith, beliau menjelaskan dengan baik bahawa yang kembali kepada badan semasa disoal dalam kubur ialah al-nafs, bukan al-ruh.

4.  Tiada Waktu Khusus Untuk Ziarah Kubur
Tidak ada sebarang nas yang thabit menyuruh kita menziarahi kubur pada waktu ataupun hari tertentu. Oleh itu, tiada waktu khusus untuk menziarahi kubur. 
Disunatkan kita menziarahi kubur pada bila-bila masa yang sesuai, termasuk kubur ibubapa, kerana menziarahi kubur boleh mengingatkan kita kepada kematian.
Amalan menziarahi kubur ibubapa kerana menyangka roh mereka menunggu di kubur pada waktu-waktu yang tertentu tidak menepati ajaran Rasulullah saw, kerana Rasulullah saw menyuruh kita menziarahi kubur kerana amalan tersebut boleh mengingatkan kita kepada kematian.
5. Ziarah Kubur Untuk Mengingati Mati
Manfaat utama disunatkan menziarahi kubur ialah untuk mengingatkan kita kepada kematian. 
ุนَู†ْ ุฃَุจِู‰ ู‡ُุฑَูŠْุฑَุฉَ ู‚َุงู„َ ุฒَุงุฑَ ุงู„ู†َّุจِู‰ُّ -ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…- ู‚َุจْุฑَ ุฃُู…ِّู‡ِ ูَุจَูƒَู‰ ูˆَุฃَุจْูƒَู‰ ู…َู†ْ ุญَูˆْู„َู‡ُ ูَู‚َุงู„َ :
 ุงุณْุชَุฃْุฐَู†ْุชُ ุฑَุจِّู‰ ูِู‰ ุฃَู†ْ ุฃَุณْุชَุบْูِุฑَ ู„َู‡َุง ูَู„َู…ْ ูŠُุคْุฐَู†ْ ู„ِู‰ ูˆَุงุณْุชَุฃْุฐَู†ْุชُู‡ُ ูِู‰ ุฃَู†ْ ุฃَุฒُูˆุฑَ ู‚َุจْุฑَู‡َุง ูَุฃُุฐِู†َ ู„ِู‰ ูَุฒُูˆุฑُูˆุง ุงู„ْู‚ُุจُูˆุฑَ ูَุฅِู†َّู‡َุง ุชُุฐَูƒِّุฑُ ุงู„ْู…َูˆْุชَ

Maksudnya : 

Abu Hurairah berkata : Nabi Muhammad saw menziarahi kubur ibunya, baginda menangis, lalu orang-orang disekitar baginda pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda, "Aku memohon izin daripada Tuhanku untuk meminta keampunan bagi ibuku, tetapi aku tidak diizinkan. Aku pun memohon izin daripadaNya untuk menziarahi kubur ibuku, dan aku diizinkan. Ziarahilah kubur kerana ziarah kubur itu memberi peringatan tentang kematian.

(Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Allah Azza wa Jalla Mengizinkan Nabi Muhammad saw Menziarahi Kubur Ibunya)

Sabda Nabi Muhammad saw :

ูƒู†ุช ู†ู‡ูŠุชูƒู… ุนู† ุฒูŠุงุฑุฉ ุงู„ู‚ุจูˆุฑ، ุฃู„ุง ูุฒูˆุฑูˆู‡ุง ูุฅู†ู‡ุง ุชุฐูƒุฑูƒู… ุจุงู„ุฃุฎุฑุฉ.

Maksudnya : Pernah aku melarang kalian menziarahi kubur, namun sekarang ziarahlah, kerana kubur itu boleh mengingatkan kalian kepada hari akhirat. 

(Mustadrak al-Hakim. Dinilai sahih oleh al-Albani.)
Adapun berdoa untuk si mati, ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tidak semestinya di kubur.
Walau bagaimanapun, apabila kita menziarahi kubur, kita disunatkan supaya mendoakan kebaikan buat ahli kubur, termasuk ibubapa kita. Kita juga 
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ุงู‡ู„ ุงู„ุฏูŠุงุฑ، ู…ู† ุงู„ู…ุคู…ู†ูŠู† ูˆุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู†، ูˆุฅู†ุง ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡ ุจูƒู… ู„ู„ุงุญู‚ูˆู†، ุฃุณุฃู„ ุงู„ู„ู‡ ู„ู†ุง ูˆู„ูƒู… ุงู„ุนุงููŠุฉ. 
6. Al-Quran dibaca di rumah, bukan di kubur. 
Sabda Nabi Muhammad saw :
"ู„ุง ุชุฌุนู„ูˆุง ุจูŠูˆุชูƒู… ู‚ุจูˆุฑุง، ุฅู† ุงู„ุดูŠุทุงู† ูŠู†ูุฑ ู…ู† ุงู„ุจูŠุช ุงู„ุฐูŠ ุชู‚ุฑุฃ ููŠู‡ ุณูˆุฑุฉ ุงู„ุจู‚ุฑุฉ."
Maksudnya :

'Jangan kalian jadikan rumah-rumah kalian seperti kubur. Syaitan lari daripada rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah.'
(Sahib Muslim, Kitab Solah al-Musafirin wa Qasriha)
Maksudnya, kubur bukan tempat yang disarankan secara khusus untuk membaca al-Quran. Bacalah al-Quran di rumah, jangan jadikan rumah seperti kubur.
Masyarakat kita suatu ketika dahulu pernah membaca al-Quran untuk dihadiahkan kepada orang yang sudah meninggal dunia, bukan untuk dipelajari dan diamalkan. Al-Quran jarang dibaca di rumah, tetapi sering dibaca di kubur. Jangan diulangi kesilapan lama itu.
7. Dosa Derhaka Mesti Bertaubat

Menziarahi kubur ibubapa TIDAK SAMA seperti berbuat baik kepada ibubapa semasa di dunia

Menziarahi kubur ibubapa tidak menyebabkan dosa anak derhaka terampun. Dosa derhaka terhadap ibubapa mesti bertaubat bersungguh-sungguh memohon keampunan dari-Nya.
Apabila ibubapa sudah meninggal dunia, anak yang menyesali dosa derhaka masih berpeluang berbuat baik kepada ibubapa yang telah meninggal dunia dengan menghubungkan silaturrahim dengan orang yang selalu dihubungi oleh ibubapa, bersedekah untuk ibubapa, sentiasa memohon keampunan untuk ibubapa serta mendoakan kebaikan untuk mereka. Hal ini boleh dilakukan oleh semua anak, walaupun mereka berjauhan daripada kubur ibubapa. 
Kepada anak yang masih mempunyai ibubapa, berbuat baiklah kepada mereka sebelum Allah menarik peluang itu daripada kita.
8. Pesanan Untuk Pencari 'Ilmu'
Sesiapa sahaja boleh menulis sesuatu dan menyebarkannya. Begitu juga dengan ceramah dan tazkirah, sesiapa sahaja boleh menarik perhatian dengan pandai mengungkapkan sesuatu dengan baik.
Namun menjadi tanggungjawab kita sebagai individu untuk berusaha memastikan apa yang dikatakan sebagai ilmu agama itu datang daripada sumber yang berautoriti.
Agama mesti difahami dalam bentuk dan wajahnya yang asal, kerana itulah yang membawa rahmat. Kenyataan dan maklumat yang bercampur aduk antara yang benar dan yang salah boleh mengeruhkan kefahaman terhadap agama, yang asalnya jernih.
Pesan Ibn Sirin : 
ุฅู† ู‡ุฐุง ุงู„ุนู„ู… ุฏูŠู†، ูุงู†ุธุฑูˆุง ุนู…ู† ุชุฃุฎุฐูˆู† ุฏูŠู†ูƒู…
"Sesungguhnya ilmu ini adalah AGAMA, maka perhatikan daripada siapa kamu mengambil agama kamu."
ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…
17 RAMADHAN 1437H
RABU 22.6.16
 
Assalamualaikum.

Soalan : Benarkah wanita berhaid boleh baca al-Quran dan pegang al-Quran terjemahan?

Waalaikumussalam.


* Bagi setengah orang awam di tempat kita yang mempelajari fiqh mazhab syafi'i secara umum sahaja, mereka sangat sensitif dalam soal ini. Apatah lagi jika mereka tidak memahami bahasa Arab, dan tidak mengetahui pendapat-pendapat lain dalam mazhab fiqh, (termasuk pandangan berbeza dalam mazhab syafi'i sendiri), serta tidak pernah mendapat pendedahan tentang dalil ayat al-Quran dan hadith sesuatu amalan yang dilaksanakan.
Samalah seperti kita dahulu, semasa sekolah. Sebab ketika itu kita hanya belajar satu pendapat sahaja. Kita hanya bergantung kepada sukatan pelajaran dalam tingkatan tertentu ketika itu, belum didedahkan kepada mazhab-mazhab fiqh yang lain, dan kita belum mampu membuat kajian ilmiah dan membaca kitab-kitab lain. Apabila diberitahu oleh seseorang bahawa wanita berhaid boleh baca ataupun pegang al-Quran, tentulah kita berasa pelik. 
Oleh yang demikian, persoalan sebegini perlu dibincangkan dalam majlis ilmu sahaja, ataupun dalam perbincangan secara ilmiah, bukan sebagai topik perdebatan awam.
Kita jawab soalan Sila dengan cara terbuka, kerana kita fikir ahli usrah memang terbuka dan sudah terdedah kepada dalil-dalil amalan ibadah yang kita kerjakan, dengan mengikuti perbincangan dan
perbahasan para ulama' fiqh dan hadith salam majlis-majlis ilmu sebelum ini.
* Dalam ilmu agama, sangat penting kita mengetahui yang mana menjadi khilaf (perselisihan pendapat di kalangan ulama' dalam skop yang dimaafkan) dan yang mana yang tidak. Adalah tidak patut dan tidak berbaloi bergaduh jika perkara itu khilaf. Pilihlah pendapat yang paling baik, yang paling jelas dalilnya.
Tetapi jangan pula terpengaruh dengan ajaran yang menyimpang dengan alasan mereka juga ada sandaran dalil. Syiah pun berdalilkan al-Quran dan hadith juga. Begitulah juga mereka yang menyembah kubur di negara2 umat Islam, dan amalan2 lain yang tiada sandaran. Mereka hendak melakukan perkara yang dilarang dalam agama, lalu mereka ada-adakan dalil dari al-Quran dan
hadith tanpa disiplin. Jadi, kita sangat perlukan disiplin yang betul dalam beragama.
Para ulama' bertoleransi, hormati menghormati apabila ada perbezaan dalam fiqh, namun mereka semua bersepakat dalam perkara teras dan asas, serta sangat tegas membanteras syirik dan bid'ah. 
Dalam erti kata lain, kalau kita tidak pandai memandu sendiri, kita memang terpaksa memilih pemandu yang baik, bertaqwa dan amanah, membawa kita ke jalan yang lurus. Salah pemandu, salahlah jalan yang kita lalui.
Itulah tinggi nilainya doa yang kita ulangi dalam surah al-Fatihah : 
ุงู‡ุฏู†ุง ุงู„ุตุฑุงุท ุงู„ู…ุณุชู‚ูŠู…
* Hukum wanita berhaid membaca dan memegang al-Quran termasuk dalam perkara fiqh yang
menjadi khilaf di kalangan ulama'. Kita boleh pegang pendapat yang paling kita yakini, setelah kita belajar daripada sumber dan guru yang betul. 
* Kita ringkaskan rujukan dari 3 kitab untuk memudahkan, dan kitab ini memang menjadi rujukan yang dimaklumi oleh ahli ilmu. Ustazah-ustazah dalam group ini boleh rujuk jika memiliki.
1. Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa al-Bait al-Muslim
2. Sahih Fiqh Sunnah
3. Al-Fiqh al-Manhaji 'ala Mazhab al-Imam al-Syafi'i
* Kita ringkaskan pendapat2 para ulama' seperti berikut :
1. Ulama' yang mengatakan wanita berhaid haram membaca al-Quran dan haram memegang al-Quran. Antara ulama' yang berpendapat begini ialah al-Imam al-Syafi'i.
Yang dibenarkan hanya baca ayat-ayat yang diniatkan sebagai zikir sahaja, seperti
 ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู… 
dan
 ุฑุจู†ุง ุงุชู†ุง ููŠ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุญุณู†ุฉ ูˆููŠ ุงู„ุงุฎุฑุฉ ุญุณู†ุฉ ูˆู‚ู†ุง ุนุฐุงุจ ุงู„ู†ุงุฑ
2. Ulama' yang mengatakan wanita berhaid boleh membaca al-Quran tetapi haram memegang al-Quran.
Maknanya, boleh baca al-Quran seperti biasa, tidak perlu niat sebagai zikir, cuma tidak boleh pegang al-Quran.
(Terjemahan al-Quran dan kitab agama yang mengandungi banyak ayat al-Quran tidak dikira sebagai mushaf/ al-Quran.)
3. Ulama' yang mengatakan wanita berhaid boleh membaca al-Quran dan boleh memegang al-Quran.
Maknanya, haid tidak menghalang seseorang wanita untuk membaca dan menyentuh al-Quran.
Dengan kata lain, ulama' golongan ketiga TIDAK memasukkan membaca dan menyentuh al-Quran sebagai perkara yang haram dilakukan oleh wanita berhaid.
Antara yang berpendapat begini ialah Imam al-Bukhari dan Ibn Hazm.
*****
* Para ulama' yang disebutkan tadi berselisih pada beberapa dalil, panjang perbahasannya. Dalam perbincangan ini, kita ambil satu sahaja, iaitu ayat al-Quran. Firman Allah swt : 
ุฅู†ู‡ ู„ู‚ุฑุขู† ูƒุฑูŠู… (ูงูง) ููŠ ูƒุชุงุจ ู…ูƒู†ูˆู† (ูงูจ)
 ู„ุง ูŠู…ุณู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู…ุทู‡ุฑูˆู† (ูงูฉ) ุชู†ุฒูŠู„ ู…ู† ุฑุจ ุงู„ุนุงู„ู…ูŠู† (ูจู )
Maksudnya :
"Dan sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu itu adalah) Al-Quran yang sangat mulia. Tersimpan dalam kitab yang terpelihara (lauh mahfuz). Tiada yang menyentuhnya selain hamba-hamba yang disucikan. Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan semesta alam."
Bagi ulama' golongan ketiga, 
'ู„ุง ูŠู…ุณู‡ ุงู„ุง ุงู„ู…ุทู‡ุฑูˆู†' bukan merujuk kepada makhluk yang menyentuh al-Quran di bumi. Pada mereka, berdasarkan konteks ayat sebelum dan selepasnya ;

a. 'nya' dalam 'menyentuhnya' itu bukan al-Quran di dunia, tetapi al-Quran yang terpelihara di kitab/tablet 'luh mahfuz'.
b. Hamba-hamba yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah makaikat2 yang disucikan daripada 
melakukan sebarang dosa.
Maknanya, ayat itu tidak menunjukkan wanita berhaid tidak boleh memegang al-Quran.
* Dari segi membaca, bagi golongan ketiga, hadith yang menyebut larangan wanita berhaid membaca al-Quran, adalah hadith yang lemah. Pada mereka, tidak ada dalil yang kuat menunjukkan bahawa wanita berhaid tidak dibenarkan membaca al-Quran, sedangkan perkara itu penting. Jika benar2 haram tentu banyak riwayat sahih mengatakannya. 
Kesimpulan :
Kalau hendak detailkan dalil satu persatu, perlu hadiri kelas pengajian, khususnya kelas Fiqh Sunnah, yang diulas oleh mereka yang ahli dalam bidangnya, supaya kita boleh belajar dalil al-Quran dan hadith pada setiap amal ibadat yang kita lakukan. 
Apapun, demikianlah ringkasnya, khilaf dalam perkara fiqh memang banyak. 
Bagi orang awam, dengan kemampuan mereka, tidak mahu pening kepala, lebih baik ikut sahaja apa yang pernah dipelajari secara ringkas seperti zaman sekolah, iaitu satu mazhab sebagai asas.

Bagi mereka yang ingin terus belajar fiqh perbandingan, bila sudah jelas hujah, dipelajari dengan berdisiplin dan berguru, pilihlah pendapat yang paling baik, paling dekat dengan nas al-Quran dan al-hadith, dan hormati orang lain yang ambil pendapat yang berbeza dengan kita. 
Namun sekali lagi kita ulangi, para ulama' fiqh tidak berkompromi, malahan mereka sepakat sangat tegas dalam bab akidah, iaitu soal syirik dan bid'ah.

Itu persoalan yang berbeza.

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Sumber : Ustazah Nabilah Hasan

Pesanan ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Wahai anakku, Sesiapa yang kamu bertemu, itulah manusia yang ditakdirkan Allah untuk muncul di hidupmu pada waktu itu. Ia bukan satu kebetulan, tapi satu ketentuan.

Setiap manusia di keliling kamu membawa mesej sesuatu untuk dipelajari kamu atau membantu kamu dalam hal-hal yang sedang dihadapi kamu. Wahai anakku, Setiap apa yang berlaku pada hidup kamu, itu adalah perkara yang ditakdirkan berlaku pada waktu itu.

Apa yang kamu alami tidak mungkin berlaku dalam cara yang lain selain daripada cara yang Allah izinkan ia berlaku. Tiada ruang untuk andaian kamu: “Kalau sedemikian, mungkin ia boleh dielakkan.” Ingatlah wahai anakku, setiap apa yang kamu alami adalah sempurna, dan ia bersesuaian dengan keperluan kamu ketika itu sebagaimana yang dirancang Allah.

Wahai anakku, Setiap waktu yang berlaku sesuatu perkara adalah masa terbaik untuk perkara tersebut berlaku. Tiada apa boleh berlaku tanpa keizinan-Nya, maka dengan itu, waktu segala apa yang berlaku ialah waktu yang paling sesuai untuk ia berlaku untuk kamu.

Asalkan kamu bersedia, setiap waktu adalah waktu terbaik untuk kamu memulakan langkah. Wahai anakku, Segala apa yang berakhir, sudah berakhir. Ia mudah sebagaimana titik noktah di penghujung setiap ayat. Apabila ada perkara yang berakhir di hidup kamu, sesuatu yang baru akan bermula.

Jika ia ada di ingatan, ia boleh berkekalan. Apabila ia tamat, ia adalah satu permulaan yang baru. Wahai anakku, Kamu terbaca tulisan ini bukan satu kebetulan. Kalau tulisan ini menyentuh sanubari kamu, ia juga bukan satu kebetulan. Ia menandakan masa kamu sudah tiba untuk memahami sesuatu sebagaimana sekeping salji tidak mungkin jatuh di tempat yang salah.

Kongsilah kepada mereka yang memerlukannya. Perkongsian kamu bukan satu kebetulan.

Senyum

~Tiada istilah kebetulan dalam kamus takdir.~

Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara,saya menyelok poket mencari duit Rm 1.60 bayaran tol.Baru sedar tak bawa wallet.Menyelongkar dlm dashboard kereta jumpa,duit syiling Rm 1.40 sen.Tak cukup 20 sen lagi.Saya memberhenti kereta agak jauh dari rumah tol.Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi.Selak pelapik kaki,buka bonet belakang,namun duit 20 sen tak ditemui.

Nak telefon anak suruh hantar,tentu kena pusing jauh.Dalam hati mengingat Alah moga dipermudahkan.Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol,rasa malu.Semasa berdiri luar kereta memikir jalan,seorang penunggang motosikal oku memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya,bertanya adakah kereta saya rosak.Saya cepat mengatakan tidak.Masa itu saya hilang rasa malu meminta kpdnya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol.Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit,dan menyuruh saya menerimanya.Dia berlalu dg ucapan salam setelah saya menyatakan penghargaan kpdnya.

Mungkin kejadian ini Allah memperingatkan saya bahawa sekaya mana kita,sebanyak mana harta kita,setinggi mana kedudukan kita,sebaik mana kenderaan kita, itu bukan bermakna kita sudah tidak perlu orang lain dalam hidup.Janganlah memandang rendah kpd mereka yg kurang berada,kerana suatu hari mungkin kita memerlukan mereka.Tuhan boleh menakdirkan apa juga.Mungkin kerana kereta kita besar,hebat,kita memicit hon kpd kancil dan viva kerana lambat untuk memotong,picit hon kpd kapcai yg masuk ke lorong kereta atau tak mau mengelak bila berselisih dg motor dlm kampung.

Mungkin juga Allah mahu membiarkan saya merasai untuk seketika betapa resahnya mereka yg tidak berada,tidak mampu..Sedangkan orang lain tidak kecukupan sepanjang hidup.Mungkin juga Allah mahu mengingatkan saya bahawa setiap siling adalah rezeki dari Allah,besar nilainya.Ada ketika siling yg jatuh dibiar tidak dikutip,tetapi bila terjadi peristiwa ini mengajar betapa setiap siling besar nilainya disisi tuhan.Siling 20 sen yg saya cari waktu itu utk mencukupkan bayaran tol tidak ternilai harganya.

Bila kita ditimpa kesusahan,bila kita dlm keadaan meminta dan mengharap,kerapkali yg datang menolong adalah mereka yg kurang berada.Berapa banyak kereta yg berlalu begitu sahaja,tetapi oku yg bermotor inilah yg sanggup berhenti bertanya masalah dg hasrat utk menolong.

Allah selalu menegur kita,cuma kita yg tidak terasa teguran itu kerana kita mahu memikirkan setiap peristiwa yg berlaku kpd kita,yg dinampakkan kpd kita.Kita melalui semua adegan hidup bagai menaiki keretapi ekspress.Berhentilah sejenak untuk memikir kerana di dalam Quran,Allah ada menyebutkan 'sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir'.Ambillahlah langkah untuk mula memikirkan.

Sumber  :  WhatsApp 


"Ustaz, apakah hikmah berpuasa, dan bolehkah hikmah dan objektif diketahui?" Tanya seorang pelajar di UK kepada saya ketika minum bersama
"Bukankah hal ibadah tidak boleh diketahui hikmah dan objektifnya?, ye saya faham tentulah objektifnya sebagai ujian ketaatan kepada Allah, tapi apa lagi ye ustaz" tambahnya lagi sebelum saya sempat membuka mulut untuk memberikan jawapan.
Bagus, soalannya menunjukkan tahap ilmunya dan saya faham apakah bentuk jawapan yang diharapkan. Ia boleh dikelaskan soalan tahap intermediate.
Memang benar, berdasarkan kaedah fiqh yang mashyur dan dipersetujui para ulama merumuskan bahawa di dalam urusan ibadah umum dan hukum hakam berkaitan muamalat antara manusia dengan manusia, lebih mudah terlihat hikmah dan objektifnya.  Lebih dekat pula dengan rasional aqal manusia. Contohnya, mengapa diharamkangharar dalam jual beli, judi dan sebagainya, rasional aqal tanpa iman pun sudah boleh memehaminya dengan baik.
Berbeza dengan hal ehwal ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji. Hikmah yang berbentuk fizikal lagi rasional di sebalik setiap perinciannya mungkin sukar difahami, apatah lagi diterima rasional aqal yang tidak dibajai keimanan kepada hal ghaib.
"Ada sesetengah sarjana Islam berusaha memberikan logika dan objektif di sebalik puasa seperti agar dapat merasai keperitan golongan faqir miskin, merehatkan system penghadaman, menambah kesihatan dan macam-macam lagi." ulas saya
Namun semua itu kekal sebagai faedah-faedah tambahan dan sampingan sahaja, kerana itu bukanlah hikmah atau objektif sebenar bagi ibadah puasa.
"sebenarnya jawapannya ada di dalam firman Allah swt sendiri, dan objektif puasa itu dijelas dengan terang melalui nas dan bukan melalui istinbad atau ijtihad para ulama dan sarjana" terang saya sambil melihat tepat di mata saudara yang bertanya tadi.
"apa ye ustaz Allah kata?"   sampuk pelajar ini dengan bersungguh.
Cuba lihat firman Allah yang amat popular di musim Ramadhan ini.

ูŠَุง ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุขู…َู†ُูˆุงْ ูƒُุชِุจَ ุนَู„َูŠْูƒُู…ُ ุงู„ุตِّูŠَุงู…ُ ูƒَู…َุง ูƒُุชِุจَ ุนَู„َู‰ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ู…ِู† ู‚َุจْู„ِูƒُู…ْ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุชَّู‚ُูˆู†َ

Ertinya :
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ( Al-Baqarah : 183) 
Ada dua perkara yang suka untuk saya terangkan di sini secara ringkas.
OBJEKTIF PUASA & ANTI VIRUS DOSA
Kalimah ‘La'alla' di dalam ayat di atas boleh diterjemah kepada maksud, ‘agar' atau ‘semoga' atau ‘mudah-mudahan'
Kalimah ini menjadi tanda bahawa apa yang selepasnya adalah objektif kepada puasa. Kalimah ini memberi makna, pelaksanaan ibadah puasa mampu membawa seseorang untuk memiliki sifat taqwa, sebuah antivirus kepada segala jenis penyakit hati dan dosa.
Di dalam dunia fizikal dan material.  Tanpa anti virus, swine flu, brid flu, Aids dan pelabagai lagi virus boleh menjadi asbab kepada kematian manusia.
Tanpa antivirus taqwa, iman dan islam seseorang juga akan mati, sama ada dia seorang kanak-kanak, remaja, dewasa atau tua.
Tanpa antivirus taqwa, manusia hari ini menjadi kelam kabut serta hina tanpa pedoman, hidup sering berpura-pura.
Anak berpura-pura baik di hadapan ibu ayah,
Murid dan pelajar berpura-pura di hadapan guru dan pensyarahnya,
Ibu ayah berpura-pura baik di hadapan anak dan para ustaz,
Para ustaz dan ustazah berpura-pura baik di hadapan khalayak ramai
Isteri berpura-pura baik di hadapa suami,
Suami berpura baik di hadapan isteri
Dan berpanjanganlah senarainya. Semua akibat ketiadaan antivirus dosa, iaitu TAQWA.
Kebaikan dan ibadah menjadi bertempat dan bertempoh, tiada istiqamah serta konsisten. Keredhaan dan pujian manusia lain menjadi objektif tertinggi, menyeleweng dari objektif sebenar.
Tatkala itulah hadirnya musim pemulihan, Allah swt sediakan peluang bagi manusia yang sifatnya asyik berdosa dan berpura-pura agar kembali membetulkan punca salah, bajai akar kehidupan dengan iman, sirami ia dengan air TAQWA selaku pencegah kepada kepura-puraan dan kecintaan kepada nikmat sementara dunia serta perbuatan dosa.
ILMU KEBAL, ISTIQAMAH DAN ‘KEKUATAN'
Pernahkah kita menjadi ibu bapa yang buntu serta terfikir, apakah caranya untuk mengajar anak agar tidak menjadi baik hanya dihadapan kita? Ingin kita berikan mereka ilmu kebal iman?
Pernahkah kita inginkan suami atau isteri yang kebal dengan dugaan nafsu, syahwat dan dosa di luar sana.?
Pernahkah kita ingin diri kita, untuk sentiasa mampu menjauhkan diri dari dosa dan maksiat?
Selalukah kita berdoa dan berkata"agar diberi kekuatan oleh Allah untuk terus itu ini..jauhi itu dan ini?
Sedarilah, inilah masa untuk mencipta ilmu kebal, mendapat anti virus dosa dan meraih ‘kekuatan' yang sentiasa kita ungkap-ungkapkan dalam ucapan dan tulisan kita. Jangan terleka dan terlalai!, Musimnya sudah tiba. Bulan Ramadhan dan ibadah puasa inilah jalannya, caranya, kaedahnya dan formulanya.
Taqwa inilah yang diwasiatkan oleh Allah awal-awal lagi kepada Nabi Adam a.s
ูŠุง ุจู†ู‰ ุขุฏู… ู‚ุฏ ุฃู†ุฒู„ู†ุง ุนู„ูŠูƒู… ู„ุจุงุณًุง ูŠูˆุงุฑู‰ ุณูˆุขุชูƒู… ูˆุฑูŠุดًุง، ูˆู„ุจุงุณ ุงู„ุชู‚ูˆู‰ ุฐู„ูƒ ุฎูŠุฑ 
Ertinya : Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian TAQWA itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat ( Al-A'raf : 26) 
ERTI TAQWA
Kalau sudah mengerti, taqwa itulah objektif, apa pula taqwa itu sendiri?
Erti taqwa dari sudut letal adalah takut atau sentiasa jauh dan berhati-hati.
Namun taqwa dalam konteks istilah khas di dalam Islam, tidak hanya terhad kepada makna takut dan menjauh, tetapi ia juga membawa maksud cinta dan mendekat.
Taqwa ini tidak berbentuk fizikal, tiada bentuk hexagon, bujur, bulat atau bersegi, tidak pula bertablet dan berkapsul. Ia adalah satu SIRAMAN KEIMANAN DAN KEYAKINAN bentuk spiritual. Tiada terlihat dek mata, hidu oleh hidung dan terdengar di telinga.
Nabi s.a.w pernah menerangkan bahawa taqwa itu tempatnya di dalam hati. Bukan hati fizikal di dalam jasad, tetapi hati nurani di dalam diri.
Imam Ibn Kathir menerangkan di dalam tafsirnya, bahawa Umar Al-khattab r.a pernah satu ketika bertanya kepada sahabat Ubay bin Ka'ab r.a tentang erti taqwa, lalu dijawabnya:[1]
ุฃู…ุง ุณู„ูƒุช ุทุฑูŠู‚ุงً ุฐุง ุดูˆูƒ  . ู‚ุงู„: ุจู„ู‰. ู‚ุงู„: ูู…ุง ุนู…ู„ุช. 
ู‚ุงู„: ุดู…ุฑุช ูˆุงุฌุชู‡ุฏุช. 
ู‚ุงู„: ูุฐู„ูƒ ุงู„ุชู‚ูˆู‰،
Ertinya : Pernahkah engkau melalui satu jalan berduri?
Jawab Umar : pernah
Ubay : Bagaimana kamu lakukan?
Umar : Aku  sentiasa bersedia, peka dan berhati-hati dengan penuh usaha agar tidak terpijak duri
Ubay : itulah juga sifat taqwa ( Rujuk Tafsir Ibn Kathir, 1/163)
Tepat sekali, itulah tanda taawa sudah tersemat di dalam diri, kesannya boleh dilihat dari perumpamaan yang diberi oleh Umar tadi. Apabila seseorang mempunyai kekuatan untuk terus berhati-hati dalam setiap tingkah laku, percakapan, tulisan, ibadah, niat, kerjaya, pelaburan, dan semua aspek, agar TIDAK MENCALAR redha dan hukum Allah swt, TIDAK mengundang murka Allah swt, tatkala itu. Antivurs dosa, iaitu TAQWA sedang berfungsi molek di dalam dirinya. Namun, tentulah kepenatan dan perlukan usaha bersungguh untuk tujuan itu?.
Tentu kerana baginda Nabi s.a.w telah menyebut bahawa lalau ke syurga adalah dengan duri-duri, sedangkan lorong ke neraka adalah dengan keseronokan dan syahwat.
Seorang lagi sahabat, iaitu Abu Darda r.a berkata :
ุชู…ุงู… ุงู„ุชู‚ูˆู‰ :ุฃู† ูŠุชู‚ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนุจุฏ ุญุชู‰ ูŠุชู‚ูŠู‡ ู…ู† ู…ุซู‚ุงู„ ุฐุฑุฉ، ูˆุญุชู‰ ูŠุชุฑูƒ ุจุนุถ ู…ุง ูŠุฑู‰ ุฃู†ู‡ ุญู„ุงู„ ، ุฎุดูŠุฉ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ุญุฑุงู…ًุง 
Ertinya : Kesempurnaan taqwa itu adalah sentiasa seorang hamba itu sentiasa berjaga-jaga dengan Allah ( arahan dan larangannya) walau dalam hal sekecil zarah, sehingga dia akan meninggalkan sesuatu yang halal sekalipun, kerana takut jatuh di dalam yang haram.
Apa yang dikatakan oleh Abu Darda ini BERSUMBERKAN sebuah hadis nabi, yang ertinya :
ู„ุง ูŠุจู„ุบ ุงู„ุนุจุฏ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ู…ู† ุงู„ู…ุชู‚ูŠู† ุญุชู‰ ูŠุฏุน ู…ุง ู„ุง ุจุฃุณ ุจู‡ ุญุฐุฑًุง ู…ู…ุง ุจู‡ ุจุฃุณ 
"Tidak akan sampai seorang hamba ke darjat orang bertaqwa sehingga dia meninggalkan yang hal kecil yang mungkin tidak mengapa, kerana bimbang jatuh di dalam yang ditegah Allah' ( Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari dalam At-tarikh)
Ali Bin Abi Talib merumuskan ciri taqwa itu sebagai :
ุงู„ุชู‚ูˆู‰ ู‡ูŠ ุงู„ุฎูˆู ู…ู† ุงู„ุฌู„ูŠู„ ูˆุงู„ุฅูŠู…ุงู† ุจุงู„ุชู†ุฒูŠู„ ูˆุงู„ุฑุถุง ุจุงู„ู‚ู„ูŠู„ ูˆุงู„ุงุณุชุนุฏุงุฏ ู„ูŠูˆู… ุงู„ุฑุญูŠู„
Ertinya : Taqwa itu adalah :
a.    TAKUT kepada (azab dan murka) Al-Jalil (Allah)
b.    YAKIN teguh dengan apa yang diturunkan (seluruh inti Al-Quran)
c.     REDHA dengan sedikit (nikmat dunia)
d.    SEDIA menghadapi hari pemergian kematian)
Apabila semua yang disebut di atas sudah mampu diwujudkan, hidup akan menjadi lebih indah, tiada kepuraan, tiada banyak dukacita, tiada banyak kesedihan kerana dunia.  
Akhirnya, apa yang ingin saya tegaskan melalui tulisan ini, adalah  Taqwa itulah objektif dan hikmah kepada puasa. Yang memberi kekuatan fitrah kepada manusia setelah tercemar dimamah virus dan bakteria dosa. Agar kembali kepada fitrah, dengan pasakan kukuh tawa sebagai antivirusnya. Hala tuju hidup menjadi jelas dan terang, redha Allah, kematian yang baik dan nikmat di alam selepasnya menjadi sasaran utama.
"Alhamdulilah ustaz, kali ni saya dah jelas" jawab pelajar tadi sambil mengangguk-angguk kepala dan tersenyum, mindanya mungkin ligat berfikir.
"Alhamdulillah, saya saya juga mampu meraih anti virus itu, bercakap dan menulis memang mudah tapi implementasi fizikal dan mengikhlaskan di dalam hati itu cabaran seterusnya." Balas saya sebagai kesimpulan.
"oh ye, tapi ustaz, macam aman nak dapatkan nye semasa ramadhan ini.?"
Ada lagi soalan bermain di mindanya.
"untuk jawapan itu, pelajarilah dan laksanakan tanggungjawab puasa dengan ilmu bukan dengan ikut-ikut semata-mata"
"perincian puasa dengan ilmu itu bagaimana ya ustaz" soalnya
"itu kena bacalah ye, tak sempat nak diulas di sini, cuba dapatkannya di web (www.zaharuddin.net) saya dan lain-lain sumber" jawapan mudah saya kali ini.
Ramadhan Kareem untuk semua.


Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
1 Ramadhan 1430 H
22 Ogos 2009