JANGAN BERTAWASSUL DENGAN LAKARAN CAPAL



Assalamualaikum.

๐Ÿ”ดSoalan :

Akhir-akhir ini banyak logo capal ataupun sandal yang dikatakan sandal nabi saw. Orang yang memakai dan mempamerkannya mendakwa, apabila memakai (misalnya kopiah) berlogo sandal itu, pemakai akan mendapat banyak kelebihan seperti terkabul semua hajat, dapat mimpi bertemu nabi saw dan lain-lain.

Kopiah berlogo ini juga dikatakan dipakai oleh Habib Umar.

Mohon pencerahan, bolehkah bertawassul dengan lakaran ini?

๐Ÿ”ดJawapan :

✳ HADITH IALAH APA SAHAJA YANG DISANDARKAN KEPADA NABI SAW

Soalan ini soalan 'evergreen,' sama seperti soalan-soalan tentang hadith palsu, dan juga tentang salah guna hadith.

Akan sentiasa ada golongan yang tidak berdisiplin memalsukan sesuatu untuk disandarkan kepada Rasulullah saw, dan menyalahgunakan hadith untuk membenarkan perbuatan mereka yang tidak selari dengan syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Dan selagi bumi ini berputar, dunia belum sampai ke penghujungnya, akan ada pula para ulama' yang berkelayakan menjelaskan dan membela ketulenan agama, ataupun apa sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah saw.

Sabda Nabi Muhammad saw :

"ูŠَุญْู…ِู„ُ ู‡َุฐَุง ุงู„ْุนِู„ْู…َ ู…ِู†ْ ูƒُู„ِّ ุฎَู„َูٍ ุนُุฏُูˆู„ُู‡ُ، ูŠَู†ْูُูˆู†َ ุนَู†ْู‡ُ ุชَุญْุฑِูŠูَ ุงู„ْุบَุงู„ِูŠู†َ ، ูˆَุงู†ْุชِุญَุงู„ِ ุงู„ْู…ُุจْุทِู„ِูŠู†َ ، ูˆَุชَุฃْูˆِูŠู„ِ ุงู„ْุฌَุงู‡ِู„ِูŠู†َ "

Maksudnya : "Ilmu ini akan dibawa bagi setiap generasi oleh orang-orang yang amanah, mereka membersihkan ilmu daripada penyelewengan orang-orang yang melampau, daripada tokok tambah golongan ahli batil, dan ta'wil huraian golongan orang-orang yang jahil."

✳ JANGAN BERDUSTA ATAS NAMA NABI SAW

Sabda Nabi saw :

ู…َู†ْ ูƒَุฐَุจَ ุนَู„َู‰َّ ู…ُุชَุนَู…ِّุฏًุง ูَู„ْูŠَุชَุจَูˆَّุฃْ ู…َู‚ْุนَุฏَู‡ُ ู…ِู†َ ุงู„ู†َّุงุฑِ. ‏"‏‏

Nabi saw bersabda, maksudnya, "Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."

(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)

Jika benar kita kasih kepada Nabi saw, kita mesti mengambil berat terhadap pesanan baginda di atas.

Di kalangan para sahabat nabi saw sendiri, bukan  semua sahabat meriwayatkan hadith, antara lain kerana mereka bimbang tersilap dalam meriwayatkan hadith-hadith junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sedangkan kita tahu, merekalah yang paling kasih kepada nabi saw. Sahabat yang banyak meriwayatkan hadith ialah para sahabat yang terkemuka dalam bidang ilmu, demi untuk menjaga amanah agama.

Para ulama' hadith sejak zaman berzaman pula menghabiskan usia, tenaga, masa dan harta untuk memelihara hadith-hadith nabi saw. Mereka menjaganya daripada tangan-tangan dan lisan yang tidak bertanggungjawab. Itulah bentuk jihad mereka.

Namun tidak ada seorang pun ulama' hadith yang berani melakar capal  nabi saw apatah lagi hendak bertawassul dengan bentuk lakaran itu!

Lakaran bentuk capal seperti bermata dua itu dikatakan dilakar oleh pemimpin agama Barelvis/Brelwi di India. Diajarkan kepada pengikutnya supaya memuliakan lakaran itu dengan janji pelbagai khasiat dan mendakwa bahawa memuliakan lakaran capal adalah tanda benarnya iman seseorang. Agama Brelwi banyak terlibat dengan kepercayaan dan amalan berdasarkan hadith-hadith palsu, malah mencipta hadith-hadith palsu, memuja kubur-kubur  dengan memohon hajat kepada roh-roh, serta membina bangunan di atas kubur, yang jelas bertentangan dengan pesanan nabi saw.

Antara doktrin yang ditanam kepada pengikut mereka ialah : 'Sesungguhnya wali-wali Allah adalah pintu rahmat Allah, dan memohon rahmat mestilah melalui pintu-pintunya. Maka kubur wali mesti dikunjungi untuk memohon rahmat.' Mereka juga mencipta perayaan di atas kubur dan mendakwanya sebagai 'sunnah' dan 'syiar Islam.'  Malah mereka tawaf di kubur dengan alasan mengambil berkat.

Banyak pengaruh syiah yang ada dalam amalan dan kepercayaan Barelvi. Selain bertawassul dengan lakaran capal, pemimpin Barelvi juga juga mengatakan boleh menggantung lakaran kubur Husain di rumah mereka untuk mengambil berkat.

Para ulama' ahl sunnah wal jamaah memperingatkan tentang bahaya akidah Brelwi.

Umat Islam pula, ada yang terpedaya kerana Barelvis/Brelwi mendakwa 'mereka adalah ahl sunnah waljamaah yang bermazhab Hanafi.' Mereka juga mendakwa bahawa mereka sangat cinta kepada nabi.

Apakah kita hendak menggunapakai lakaran yang datang daripada golongan yang memalsukan hadith nabi saw dan memalsukan ajaran nabi saw?

Apatah lagi, sudah jelas lagi bersuluh bahawa bertawassul dengan objek tertentu bukanlah ajaran nabi kita, Muhammad saw.    
                 
✳ Berhati-hati, ikutlah jalan yang lurus dan terang.

Didapati ada NGO dan pusat pengajian atas pelbagai nama yang mempromosikan capal ini dan menjual kopiah serta pakaian lain berlambangkan capal ini.

Sudah banyak pihak melaporkan menerima pakaian bercetak gambar capal, malah menerima capal itu secara percuma. Apakah tujuannya ialah untuk mempromosikan kepercayaan tawassul dengan capal? Nyata sekali ia bukan sekadar logo semata-mata seperti logo lain, tetapi dipakai dan diedarkan kerana ada kepercayaan di sebaliknya.

Ini bukan soal khilaf seperti yang didakwa. Bertawassul dengan lakaran capal melibatkan akidah, dan akidah mesti berasaskan al-Quran dan hadith yang sahih. Ia bukan termasuk dalam kategori fadail al-a'mal seperti yang didakwa.

Jika capal boleh dilakar lalu lambangnya dibuat objek untuk bertawassul, apakah akan ada objek-objek lain lagi yang akan dilakar dan dibuat objek untuk bertawassul?  Antara hikmah terbesar Nabi Muhammad saw melarang bid'ah dalam agama, ialah kerana bid'ah boleh merosakkan agama, dan ia biasanya bermula dengan perkara yang kecil-kecil, akhirnya menjadi besar dan menular, sehingga perkara khurafat dianggap amalan agama!

Inilah juga antara sebabnya para ulama' mengatakan bid'ah lebih disukai syaitan berbanding maksiat, kerana maksiat boleh merosakkan pelakunya, manakala bid'ah boleh merosakkan agama.

✳ Berpegang Kepada al-Quran dan Hadith Yang Thabit

Kembalilah kita kepada al-Quran, mu'jizat terbesar Nabi Muhammad saw yang masih ada di tangan kita. Jika kita mempunyai hajat, banyakkan sabar, solat serta sujud, itulah cara kita mendekatkan diri kepada Allah dan memohon pertolongan daripada-Nya.

Firman Allah swt :

ูˆَุงุณْุชَุนِูŠู†ُูˆุงْ ุจِุงู„ุตَّุจْุฑِ ูˆَุงู„ุตَّู„ุงَุฉِ ูˆَุฅِู†َّู‡َุง ู„َูƒَุจِูŠุฑَุฉٌ ุฅِู„ุงَّ ุนَู„َู‰ ุงู„ْุฎَุงุดِุนِูŠู†َ(45)
Maksudnya :
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang yang khusyu'."

Ikutlah bimbingan hadith-hadith yang sahih, yang dihuraikan dengan cara berdisiplin, daripada guru-guru yang betul, amanah dan mempunyai kelayakan yang sepatutnya.

(Jika membina bangunan pencakar langit kita tidak serahkan kepada yang bukan ahli kerana bimbang bencana yang mendatang, apatah lagi dalam soal agama. Menjadi ahli memerlukan banyak ilmu alat seperti nahu, saraf, balaghah, ilmu asas seperti usul tafsir, usul hadith, mengenali hadith palsu, mengenali ulama' dan kitab mu'tabar, mengenali firqah-firqah yang lari dari landasan Islam dan banyak lagi.)

Berselawatlah dengan selawat yang diajarkan sendiri oleh baginda saw kepada para sahabatnya.

ุงู„ู„ّู‡ُู…َّ ุตَู„ّ ุนู„ู‰ٰ ู…ُุญَู…ّุฏ، ูˆَุนَู„ู‰ ุงٰู„ِ ู…ุญู…ุฏ
ูƒَู…َุง ุตَู„َّูŠْุชَ ุนَู„ٰู‰ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู…، ูˆุนَู„ٰู‰ ุงٰู„ِ ุฅุจْุฑุงู‡ูŠู…
ุฅู†َّูƒَ ุญَู…ِูŠْุฏٌ ู…َุฌِูŠْุฏ.

ุงู„ู„ّู‡ُู…َّ ุจَุงุฑِูƒْ ุนَู„ٰู‰ ู…ُุญَู…ّุฏ، ูˆَุนَู„ٰู‰ ุงٰู„ِ ู…ُุญَู…ّุฏ
ูƒَู…َุง ุจَุงุฑَูƒْุชَ ุนَู„ٰู‰ ุฅุจْุฑุงู‡ِูŠู…، ูˆَุนَู„ู‰ ุงٰู„ِ ุฅุจุฑุงู‡ูŠู…
ุฅู†َّูƒَ ุญَู…ِูŠْุฏٌ ู…َุฌِูŠْุฏ.

(Sahih Bukhari, Kitab Doa-Doa, Bab Berselawat Ke Atas Nabi saw)

Perkara-perkara di atas adalah pegangan orang yang benar-benar mencintai Nabi Muhammad saw dan mencintai kemurnian ajaran baginda saw.

✳ Akidah Asasnya Ialah Ilmu Yang Benar

Akidah bukan perkara mainan. Subjek utama dakwah kita ialah 'mentauhidkan Allah dengan cara dan jalan yang diajarkan oleh nabi saw.'

Jalan yang lain tidak dapat menyampaikan kita kepada destinasi yang diredaiNya.

Ajaklah sahabat handai kita dengan baik, terangkan bahawa akidah Islam terang dan mudah, jangan terpedaya dengan tipuan syaitan yang bijak mencari jalan menggelincirkan insan dari jalan yang lurus.

Umar al-Khattab berpesan :
ุชูู‚ู‡ูˆุง ู‚ุจู„ ุฃู† ุชุณูˆุฏูˆุง

dan Imam al-Bukhari menambah  :
ูˆุจุนุฏ ุฃู† ุชุณูˆุฏูˆุง ، ูˆู‚ุฏ ุชุนู„ู… ุฃุตุญุงุจ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ููŠ ูƒุจุฑ ุณู†ู‡ู…

Dalami ilmu agama (dengan disiplin yang benar mengikut fahaman para salafussoleh), supaya kita selamat daripada fitnah dan tetap berjalan di atas jalan nabi saw dan para sahabatnya.

Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Awlawiyyat menyatakan keutamaan KEFAHAMAN berbanding hafalan dan keutamaan ILMU sebelum beramal.

Pelajari ilmu secara berdisiplin, diawali dengan niat yang ikhlas. Setulus mungkin, hanya kerana Allah, kerana ilmu yang benar adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.

Ilmu bukan untuk diperagakan ataupun untuk mendapat gelaran dan penghormatan manusia tertentu. Ilmu yang benar hendaklah dihargai, ilmu yang salah hendaklah dijauhi.

Berdoalah kepada Allah yang Maha Mendengar. Pohonkan hidayah ke jalan yang lurus, jalan yang dilalui oleh para sahabat dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka.

ุงู‡ุฏู†ุง ุงู„ุตุฑุงุท ุงู„ู…ุณุชู‚ูŠู…
ุงู„ู„ู‡ู… ุงู‡ุฏู†ุง ูˆุณุฏุฏู†ุง
ุงู„ู„ู‡ู… ุงู†ุง ู†ุนูˆุฐ ุจูƒ ู…ู† ุดุฑ ู…ุง ุนู…ู„ู†ุง، ูˆุดุฑ ู…ุง ู„ู… ู†ุนู…ู„                       

ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Posted by Sulamkaseh on 18:01. Filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for " JANGAN BERTAWASSUL DENGAN LAKARAN CAPAL"

Leave a reply