This life is a good news ~ Perkongsian Sahabat
Baca status beliau selalu buat saya kagum.. bait katanya, pandainya
dia menyusun kata², bijaknya dia dalam pelajaran, dan banyak kelebihan
lain yang elok pada mata saya... Kekadang terasa ingin menjadi
sepertinya..
πππ
Tapi,
Manakan mungkin...
Tersangat jauh beza dirinya dengan diri ini.. huhu..
Namun, dah cukup bersyukur kerana dapat mengenali dan 'berjumpa' dengannya walau di alam maya..
Terima kasih Dr Umm Zainab Ab Ghafar atas perkongsian ini...
----------------------
Masha Allah, setahun lalu.
Suami saya cerita, dalam satu perjumpaan pelajar postgraduate bersama penyelia, seorang lelaki melayu bertanya kepada rakan berbangsa Arabnya, "Any good news?" Maksud lelaki Melayu itu adalah khabar gembira berkaitan thesis PhDnya.
Lalu rakan berbangsa Arabnya menjawab tenang. "This life is a good news. To wake up from my sleep this morning is a good news, to see my wife's smile, my children waving good bye when I sent them to school. Those are all good news. And not receiving any approval yet from my supervisors about my thesis, that's a good news too. At least I have more time to make it better. The chance to go through this PhD journey is a good news. There are many men from where I come from that didn't even go to school. Fabiayyiala irabbikuma tukazziban".
Lelaki Melayu tersenyum. Betapa kerapnya dia menghitung harapannya yang kecewa pada sesuatu yang didambakan tetapi belum terlaksana sedangkan nikmat yang telah dia perolehi tidak terhitung banyaknya namun tidak sempat disyukuri kerana dia menganggap ia perkara biasa yang bukan dalam senarai cita-cita.
Saya terkenang kenangan bernada serupa. Saya pernah berjumpa seorang wanita yang sudah berkahwin beberapa tahun lamanya. Saat dia melangkah masuk ke klinik O&G wajahnya dicalit senyuman manis bergula. Terserempak kenalannya yang terus menegur "Wow any good news?". Mungkin teruja melihat sahabatnya berada dalam klinik O&G.
Wanita yang ditanya itu menjawab, masih dalam senyuman dan tenang, "Yes today I bear a good news. I come here to do a fertility check. There are many woman who have been married for years like me, but they don't get the opportunity like what I have, to have their problem checked by the experts. So this is a good news. I should be thankful to my Lord".
Rakannya yang bertanya "Any good news", tadi terus merangkulnya. Air matanya mengalir.
Saya kagum dengan orang yang mendahulukan kesyukuran dalam setiap ruang dan peluang. Sungguh kagum.
Benarlah, syukur itu bukan hanya ketika kita mendapat hajat hati, bahkan ketika kita menerima perkara di luar wishlist juga, kesyukuranlah yang mengikat jiwa untuk terus bersabar dan berusaha dan tidak jemu meminta pada Allah yang memberi kurnia.
Anda boleh jumpa beliau di sini : Umm Zainab Ab Ghafar
Terima kasih Dr Umm Zainab Ab Ghafar atas perkongsian ini...
----------------------
This life is a good news |

Posted by SulamKaseh
on 00:32.
Filed under
Kehidupan,
Life,
Perkongsian Sahabat,
Tazkirah Ringkas,
Umm Zainab Ab Ghafar
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
0 comments for "This life is a good news ~ Perkongsian Sahabat"