Assalamualaikum.
๐ดSoalan :
Akhir-akhir
ini banyak logo capal ataupun sandal yang dikatakan sandal nabi saw.
Orang yang memakai dan mempamerkannya mendakwa, apabila memakai
(misalnya kopiah) berlogo sandal itu, pemakai akan mendapat banyak
kelebihan seperti terkabul semua hajat, dapat mimpi bertemu nabi saw dan
lain-lain.
Kopiah berlogo ini juga dikatakan dipakai oleh Habib Umar.
Mohon pencerahan, bolehkah bertawassul dengan lakaran ini?
๐ดJawapan :
✳ HADITH IALAH APA SAHAJA YANG DISANDARKAN KEPADA NABI SAW
Soalan ini soalan 'evergreen,' sama seperti soalan-soalan tentang hadith palsu, dan juga tentang salah guna hadith.
Akan
sentiasa ada golongan yang tidak berdisiplin memalsukan sesuatu untuk
disandarkan kepada Rasulullah saw, dan menyalahgunakan hadith untuk
membenarkan perbuatan mereka yang tidak selari dengan syariat yang
dibawa oleh Nabi Muhammad saw.
Dan selagi bumi ini
berputar, dunia belum sampai ke penghujungnya, akan ada pula para ulama'
yang berkelayakan menjelaskan dan membela ketulenan agama, ataupun apa
sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah saw.
Sabda Nabi Muhammad saw :
"َูุญْู
ُِู
َูุฐَุง ุงْูุนِْูู
َ ู
ِْู ُِّูู ุฎٍََูู ุนُุฏُُُููู، ََُْููููู ุนَُْูู ุชَุญْุฑَِูู
ุงْูุบَุงَِููู ، َูุงْูุชِุญَุงِู ุงْูู
ُุจْุทَِِููู ، َูุชَุฃِِْููู ุงْูุฌَุงَِِูููู "
Maksudnya : "Ilmu ini akan dibawa bagi setiap
generasi oleh orang-orang yang amanah, mereka membersihkan ilmu daripada
penyelewengan orang-orang yang melampau, daripada tokok tambah golongan
ahli batil, dan ta'wil huraian golongan orang-orang yang jahil."
✳ JANGAN BERDUSTA ATAS NAMA NABI SAW
Sabda Nabi saw :
ู
َْู َูุฐَุจَ ุนَََّูู ู
ُุชَุนَู
ِّุฏًุง ََْูููุชَุจََّูุฃْ ู
َْูุนَุฏَُู ู
َِู ุงَّููุงุฑِ. "
Nabi
saw bersabda, maksudnya, "Dan sesiapa yang berdusta atas namaku dengan
sengaja maka biar dia sediakan tempatnya dalam neraka."
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya, Bab Ma Dhukira Bani Israil.)
Jika benar kita kasih kepada Nabi saw, kita mesti mengambil berat terhadap pesanan baginda di atas.
Di
kalangan para sahabat nabi saw sendiri, bukan semua sahabat
meriwayatkan hadith, antara lain kerana mereka bimbang tersilap dalam
meriwayatkan hadith-hadith junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sedangkan
kita tahu, merekalah yang paling kasih kepada nabi saw. Sahabat yang
banyak meriwayatkan hadith ialah para sahabat yang terkemuka dalam
bidang ilmu, demi untuk menjaga amanah agama.
Para
ulama' hadith sejak zaman berzaman pula menghabiskan usia, tenaga, masa
dan harta untuk memelihara hadith-hadith nabi saw. Mereka menjaganya
daripada tangan-tangan dan lisan yang tidak bertanggungjawab. Itulah
bentuk jihad mereka.
Namun tidak ada seorang pun ulama'
hadith yang berani melakar capal nabi saw apatah lagi hendak
bertawassul dengan bentuk lakaran itu!
Lakaran bentuk
capal seperti bermata dua itu dikatakan dilakar oleh pemimpin agama
Barelvis/Brelwi di India. Diajarkan kepada pengikutnya supaya memuliakan
lakaran itu dengan janji pelbagai khasiat dan mendakwa bahawa
memuliakan lakaran capal adalah tanda benarnya iman seseorang. Agama
Brelwi banyak terlibat dengan kepercayaan dan amalan berdasarkan
hadith-hadith palsu, malah mencipta hadith-hadith palsu, memuja
kubur-kubur dengan memohon hajat kepada roh-roh, serta membina bangunan
di atas kubur, yang jelas bertentangan dengan pesanan nabi saw.
Antara
doktrin yang ditanam kepada pengikut mereka ialah : 'Sesungguhnya
wali-wali Allah adalah pintu rahmat Allah, dan memohon rahmat mestilah
melalui pintu-pintunya. Maka kubur wali mesti dikunjungi untuk memohon
rahmat.' Mereka juga mencipta perayaan di atas kubur dan mendakwanya
sebagai 'sunnah' dan 'syiar Islam.' Malah mereka tawaf di kubur dengan
alasan mengambil berkat.
Banyak pengaruh syiah yang ada
dalam amalan dan kepercayaan Barelvi. Selain bertawassul dengan lakaran
capal, pemimpin Barelvi juga juga mengatakan boleh menggantung lakaran
kubur Husain di rumah mereka untuk mengambil berkat.
Para ulama' ahl sunnah wal jamaah memperingatkan tentang bahaya akidah Brelwi.
Umat
Islam pula, ada yang terpedaya kerana Barelvis/Brelwi mendakwa 'mereka
adalah ahl sunnah waljamaah yang bermazhab Hanafi.' Mereka juga mendakwa
bahawa mereka sangat cinta kepada nabi.
Apakah kita
hendak menggunapakai lakaran yang datang daripada golongan yang
memalsukan hadith nabi saw dan memalsukan ajaran nabi saw?
Apatah lagi, sudah jelas lagi bersuluh bahawa bertawassul dengan objek tertentu bukanlah ajaran nabi kita, Muhammad saw.
✳ Berhati-hati, ikutlah jalan yang lurus dan terang.
Didapati
ada NGO dan pusat pengajian atas pelbagai nama yang mempromosikan capal
ini dan menjual kopiah serta pakaian lain berlambangkan capal ini.
Sudah
banyak pihak melaporkan menerima pakaian bercetak gambar capal, malah
menerima capal itu secara percuma. Apakah tujuannya ialah untuk
mempromosikan kepercayaan tawassul dengan capal? Nyata sekali ia bukan
sekadar logo semata-mata seperti logo lain, tetapi dipakai dan diedarkan
kerana ada kepercayaan di sebaliknya.
Ini bukan soal
khilaf seperti yang didakwa. Bertawassul dengan lakaran capal melibatkan
akidah, dan akidah mesti berasaskan al-Quran dan hadith yang sahih. Ia
bukan termasuk dalam kategori fadail al-a'mal seperti yang didakwa.
Jika
capal boleh dilakar lalu lambangnya dibuat objek untuk bertawassul,
apakah akan ada objek-objek lain lagi yang akan dilakar dan dibuat objek
untuk bertawassul? Antara hikmah terbesar Nabi Muhammad saw melarang
bid'ah dalam agama, ialah kerana bid'ah boleh merosakkan agama, dan ia
biasanya bermula dengan perkara yang kecil-kecil, akhirnya menjadi besar
dan menular, sehingga perkara khurafat dianggap amalan agama!
Inilah
juga antara sebabnya para ulama' mengatakan bid'ah lebih disukai
syaitan berbanding maksiat, kerana maksiat boleh merosakkan pelakunya,
manakala bid'ah boleh merosakkan agama.
✳ Berpegang Kepada al-Quran dan Hadith Yang Thabit
Kembalilah
kita kepada al-Quran, mu'jizat terbesar Nabi Muhammad saw yang masih
ada di tangan kita. Jika kita mempunyai hajat, banyakkan sabar, solat
serta sujud, itulah cara kita mendekatkan diri kepada Allah dan memohon
pertolongan daripada-Nya.
Firman Allah swt :
َูุงุณْุชَุนُِูููุงْ ุจِุงูุตَّุจْุฑِ َูุงูุตَّูุงَุฉِ َูุฅََِّููุง ََููุจِูุฑَุฉٌ ุฅِูุงَّ ุนََูู ุงْูุฎَุงุดِุนَِูู(45)
Maksudnya :
"Dan
mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat, kecuali kepada orang-orang
yang khusyu'."
Ikutlah bimbingan hadith-hadith yang
sahih, yang dihuraikan dengan cara berdisiplin, daripada guru-guru yang
betul, amanah dan mempunyai kelayakan yang sepatutnya.
(Jika
membina bangunan pencakar langit kita tidak serahkan kepada yang bukan
ahli kerana bimbang bencana yang mendatang, apatah lagi dalam soal
agama. Menjadi ahli memerlukan banyak ilmu alat seperti nahu, saraf,
balaghah, ilmu asas seperti usul tafsir, usul hadith, mengenali hadith
palsu, mengenali ulama' dan kitab mu'tabar, mengenali firqah-firqah yang
lari dari landasan Islam dan banyak lagi.)
Berselawatlah dengan selawat yang diajarkan sendiri oleh baginda saw kepada para sahabatnya.
ุงُّูููู
َّ ุตَّู ุนٰูู ู
ُุญَู
ّุฏ، َูุนَูู ุงِٰู ู
ุญู
ุฏ
َูู
َุง ุตََّْููุชَ ุนَٰูู ุฅุจุฑุงููู
، ูุนَٰูู ุงِٰู ุฅุจْุฑุงููู
ุฅََّูู ุญَู
ِْูุฏٌ ู
َุฌِْูุฏ.
ุงُّูููู
َّ ุจَุงุฑِْู ุนَٰูู ู
ُุญَู
ّุฏ، َูุนَٰูู ุงِٰู ู
ُุญَู
ّุฏ
َูู
َุง ุจَุงุฑَْูุชَ ุนَٰูู ุฅุจْุฑุงِููู
، َูุนَูู ุงِٰู ุฅุจุฑุงููู
ุฅََّูู ุญَู
ِْูุฏٌ ู
َุฌِْูุฏ.
(Sahih Bukhari, Kitab Doa-Doa, Bab Berselawat Ke Atas Nabi saw)
Perkara-perkara
di atas adalah pegangan orang yang benar-benar mencintai Nabi Muhammad
saw dan mencintai kemurnian ajaran baginda saw.
✳ Akidah Asasnya Ialah Ilmu Yang Benar
Akidah
bukan perkara mainan. Subjek utama dakwah kita ialah 'mentauhidkan
Allah dengan cara dan jalan yang diajarkan oleh nabi saw.'
Jalan yang lain tidak dapat menyampaikan kita kepada destinasi yang diredaiNya.
Ajaklah
sahabat handai kita dengan baik, terangkan bahawa akidah Islam terang
dan mudah, jangan terpedaya dengan tipuan syaitan yang bijak mencari
jalan menggelincirkan insan dari jalan yang lurus.
Umar al-Khattab berpesan :
ุชููููุง ูุจู ุฃู ุชุณูุฏูุง
dan Imam al-Bukhari menambah :
ูุจุนุฏ ุฃู ุชุณูุฏูุง ، ููุฏ ุชุนูู
ุฃุตุญุงุจ ุงููุจู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ูู ูุจุฑ ุณููู
Dalami
ilmu agama (dengan disiplin yang benar mengikut fahaman para
salafussoleh), supaya kita selamat daripada fitnah dan tetap berjalan di
atas jalan nabi saw dan para sahabatnya.
Dr Yusuf
al-Qaradawi dalam Fiqh al-Awlawiyyat menyatakan keutamaan KEFAHAMAN
berbanding hafalan dan keutamaan ILMU sebelum beramal.
Pelajari
ilmu secara berdisiplin, diawali dengan niat yang ikhlas. Setulus
mungkin, hanya kerana Allah, kerana ilmu yang benar adalah anugerah
Allah yang tidak ternilai harganya.
Ilmu bukan untuk
diperagakan ataupun untuk mendapat gelaran dan penghormatan manusia
tertentu. Ilmu yang benar hendaklah dihargai, ilmu yang salah hendaklah
dijauhi.
Berdoalah kepada Allah yang Maha Mendengar.
Pohonkan hidayah ke jalan yang lurus, jalan yang dilalui oleh para
sahabat dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka.
ุงูุฏูุง ุงูุตุฑุงุท ุงูู
ุณุชููู
ุงูููู
ุงูุฏูุง ูุณุฏุฏูุง
ุงูููู
ุงูุง ูุนูุฐ ุจู ู
ู ุดุฑ ู
ุง ุนู
ููุง، ูุดุฑ ู
ุง ูู
ูุนู
ู
ูุงููู ุฃุนูู