Assalamualaikum.

Kita menerima beberapa pertanyaan tentang ziarah kubur pada pagi 1 syawal. Ada yang sertakan video, kenyataan fb dan tulisan daripada agamawan yang meminta supaya masyarakat meninggalkan upacara ataupun adat menziarahi kubur ibubapa dan ahli keluarga sebaik sahaja pulang dari masjid menunaikan solat dan mendengar khutbah hari raya.

Respon kita dalam perkara ini : Ya, mari kita tinggalkan adat itu.

Sebab :

🔴 Perkara pertama :

🔸Menziarahi kubur asalnya sunat, bertujuan supaya orang yang menziarahi lebih ingat kepada kematian. Pada awalnya, Nabi Muhammad saw pernah melarang para sahabatnya menziarahi kubur, kerana mereka ketika itu baru keluar dari kegelapan amalan jahiliyyah. Kubur adalah asal tempat munculnya amalan menyembah berhala, di mana bermula dengan memuja roh orang mati, akhirnya dibina patungnya. Setelah aqidah tertanam kemas di jiwa para sahabatnya, akhirnya baginda saw membenarkan mereka menziarahi kubur, kerana menziarahi kubur boleh mengingatkan insan kepada kematian dan hari akhirat.

Hal ini jelas dinyatakan oleh Nabi Muhammad saw dalam beberapa hadith, antaranya :
1.
كنت نهيتكم عن زيارة القبور،
ألا فزوروها فإنها تذكركم بالأخرة.

Maksudnya : Pernah aku melarang kalian menziarahi kubur, namun sekarang ziarahlah, kerana kubur itu boleh mengingatkan kalian kepada hari akhirat.
(Mustadrak al-Hakim. Dinilai sahih oleh al-Albani.)

2.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ زَارَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- قَبْرَ أُمِّهِ فَبَكَى وَأَبْكَى مَنْ حَوْلَهُ فَقَالَ :
اسْتَأْذَنْتُ رَبِّى فِى أَنْ أَسْتَغْفِرَ لَهَا فَلَمْ يُؤْذَنْ لِى وَاسْتَأْذَنْتُهُ فِى أَنْ أَزُورَ قَبْرَهَا فَأُذِنَ لِى فَزُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُ الْمَوْتَ

Maksudnya : Abu Hurairah berkata : Nabi Muhammad saw menziarahi kubur ibunya, baginda menangis, lalu orang-orang disekitar baginda pun turut menangis. Kemudian bagin bersabda, "Aku memohon izin daripada Tuhanku untuk meminta keampunan bagi ibuku, tetapi aku tidak diizinkan. Aku pun memohon izin daripadaNya untuk menziarahi kubur ibuku, dan aku diizinkan. Ziarahilah kubur kerana ziarah kubur itu memberi peringatan tentang kematian.

(Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Allah Azza wa Jalla Mengizinkan Nabi Muhammad saw Menziarahi Kubur Ibunya)

Tujuan menziarahi kubur lebih kepada memberi manfaat untuk orang hidup, bukan orang mati. Jika hendak berdoa, doa kita kepada orang (muslim) yang sudah meninggal dunia tetap sampai in syaa Allah, walau di mana sekalipun kita berdoa.

🔸Namun, apabila ada segelintir masyarakat seolah-olah menetapkan ziarah kubur mesti mereka lakukan pada hari raya, maka penetapan amalan seperti itu sudah menganggu syariat yang dibawa oleh nabi saw.

Dalam syariat sebenarnya tidak disunatkan, tidak dianjurkan langsung ziarah kubur pada hari raya. Amalan ini sebenarnya tidak bertepatan dengan ruh hari raya yang riang dan penuh kesyukuran.

Jika ada orang melakukannya seolah-olah perkara itu sunat dan dianjurkan, maka itulah namanya bid'ah.

Apakah buktinya amalan ini sudah menjadi bid'ah? Buktinya ialah apabila wujud rasa terganggu apabila menerima saranan supaya meninggalkan amalan itu pada hari raya. Rasa terganggu timbul kerana amalan tersebut sudah menjadi rutin amalan dalam keluarga sejak lama dahulu, dan merasakan ia suatu kemestian dan ketetapan yang tidak boleh ditinggalkan.

Menetapkan sesuatu yang tidak pernah ditetapkan oleh syariat Islam itulah yang dilarang. Nabi muhammad saw melarang kita daripada bid'ah kerana bid'ah boleh menutup wajah agama yang sebenar. 

Anak-anak kita hari ini, dengan melihat amalan orang tua mereka, mereka mungkin menyangka, oh, inilah ajaran Islam, kita mesti ziarah kubur pada pagi raya!

Ataupun mereka sangka, kalau hendak menziarahi kubur, tunggulah hari raya, sebab semua orang buat begitu, tentu ada kelebihannya!

Secara tidak langsung, lama kelamaan, ia menutup wajah asal amalan menziarahi kubur dalam syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Ia juga menambah sesuatu amalan yang langsung tidak disyariatkan pada hari raya umat Islam yang disambut  selepas sebulan berpuasa.

Sebahagian kita pada hari ini yang pernah mengamalkannya, mungkin mewarisi perkara itu dari generasi terdahulu. Setelah sampai ilmu kepada kita, jelas kedudukannya yang tiada asas dalam syariat Islam, maka sudah ramai yang mula meninggalkan amalan ziarah kubur pada hari raya.

🔴 Perkara Kedua :

🔸Memang ramai di antara kita yang bertanya, balik beraya di kampung, apakah tidak boleh menziarahi kubur ibubapa sendiri?

Persoalan di sini sebenarnya bukan tidak boleh ziarah kubur ibubapa, tetapi persoalan di sini mengapa mesti dibuat pada pagi raya 1 Syawal, seolah-olah ia amalan yang dianjurkan, padahal tidak. Mengapa anak-anak yang tinggal berdekatan dengan kubur ibubapa pun menziarahinya pada 1 Syawal juga?

Kita sebenarnya masih ada waktu lain untuk menziarahi kubur bagi tujuan mengingatkan diri tentang akhirat.

🔸Kita juga masih ada satu malam 10 Ramadhan yang berbaki.

Gantikan adat menziarahi kubur pada hari raya dan amalan-amalan di kubur pada hari tersebut dengan mendoakan keampunan bagi insan kesayangan yang sudah meninggal dunia itu secara tulus, pada malam baki terakhir Ramadhan ini.

Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua yang masih hidup, dan mengampunkan dosa orang-orang yang kita kasihi, yang sudah pergi meninggalkan kita.

Masa sahur, sebelum kita bersahur, masa yang sangat mustajab doa.

Sabda Nabi Muhammad saw :

"ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر يقول: من يدعوني فأستجيب له،
من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له"
متفق عليه.

"Tuhan kita yang Maha Mulia dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia, ketika malam tinggal 1/3 terakhir. Tuhan berkata : Sesiapa berdoa kepadaKu, akan Aku perkenankan doanya. Sesiapa meminta kepadaKu, akan Aku berikan permintaannya. Sesiapa memohon keampunan dariKu, akan Aku ampunkan dia."
(Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tahajjud, Bab Berdoa Dan Solat Pada Akhir Malam)

Seruan ini wujud pada setiap malam, dalam Ramadhan dan selepas Ramadhan.

اللهم إنك عفو  تحب العفو فاعف عنا

والله الموفق

○ Usrah Online Ustazah Nabilah  ●  
29 Ramadhan 1436H


Perkawinan yang bahagia adalah idaman semua orang. Perkawinan yang bahagia adalah rezeki Allah.

Rezeki tidak selalu berbentuk uang, ketenangan, keharmonisan dan kelanggengan rumah tangga juga rezeki.

Perkawinan yang bahagia dan rumah tangga yang harmonis menghadirkan rahmat Allah di dalamnya. Suami saleh dan istri setia serta anak-anak yang berbakti menjadi alasan turunnya kasih sayang Allah dan nikmat pada keluarga ini. Baiti Jannati, Rumahku adalah Surgaku.

istri bahagia
istri dan anak bahagia jaminan rezeki lancar
Sudah menjadi rahasia umum bahwa banyak rumah tangga yang porak poranda. Tidak ada ketenangan di dalamnya. Suami tidak betah di rumah, istri kelayapan, anak-anak entah dimana keberadaanya. Rumah tangga seperti ini bagaikan neraka meskipun kelihatan berkecukupan dan dilimpahi harta yang banyak.

Tujuan pernikahan bukan hanya semata-mata pemenuhan kebutuhan jasmani tapi juga ada dimensi ibadah di dalamnya. Allah memerintahkan laki-laki menikah selain untuk mendapatkan keturunan juga supaya dia tenang dan tenteram jiwanya. Suami yang baik akan mendapatkan istri yang baik, begitupun sebaliknya. Dalam perjalanan berumah tangga  bukan hanya kebahagiaan dan kesenangan yang diterima tapi juga cobaan dan rintangan yang harus dihadapi oleh suami dan istri. Kemampuan komunikasi dan saling menghargai diperlukan untuk menyelesaikan konflik dalam rumah tangga. Perceraian adalah alternatif terakhir yang bisa dipilih jika alternatif lain sudah buntu.

Istri yang bahagia melancarkan rezeki karena ...

●Istri yang bahagia menjalani hidupnya dengan positif.
●Istri yang bahagia dipenuhi rasa syukur karena memiliki rumah tangga yang bahagia dan suami yang membahagiakan, akan menarik hal-hal positif ke dalam rumah tangga, termasuk rezeki.
●Istri yang bahagia akan senantiasa mendoakan suaminya, doa yang ikhlas dari hati yang dalam agar suaminya dilindungi dalam setiap langkah dan dipermudah jalan rezekinya.
●Istri yang bahagia akan menjadi partner yang menyenangkan bagi suami, membuat suami tenang untuk bekerja dan mencari rezeki bagi keluarga.
●Istri yang bahagia akan menjadi pendukung utama suaminya bukan hanya di saat susah tetapi di saat sedih dan menghadapi masalah.
●Istri yang bahagia dapat diandalkan suaminya untuk mendidik anak-anak yang bahagia. Anak-anak yang bahagia akan menjadi anak-anak yang saleh, berbakti dan berguna bagi masyarakat.
●Istri yang bahagia menjadi tanda bahwa suami memperlakukan istri dengan baik. Allah menyukai hambanya yang berbuat baik. Orang baik rezekinya juga baik.
Demikianlah alasan mengapa perlu membahagiakan istri. Buat apa suami bersusah payah mencari rezeki, mengucurkan keringat setiap hari kalau tidak bisa membahagiakan istrinya.

Wahai istri berterima kasihlah pada Allah dan pada suamimu atas semua rezeki Allah yang membahagiakan hatimu dengan senantiasa taat pada perintah Allah dan perintah suami (yang tidak bertentangan dengan perintahNya).

Sumber


Antara benda best yang saya dapat semasa mempelajari bahasa Arab adalah tentang origin sesuatu perkataan. Bahasa Arab sungguh kaya dengan description yang sangat tepat tak seperti Bahasa Melayu kita, sebab itulah agaknya mengapa Quran dalam Bahasa Arab itu sendiri merupakan satu mukjizat.

Sebagai contohnya, ayat yang mengisahkan tentang semut dan nabi Sulaiman a.s.,

حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ

“hingga apabila mereka sampai ke "Wadi an-Naml", berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.” An-naml: 18

Dalam Bahasa melayu kita, “memijak serta membinasakan kamu” untuk bahasa Arab (يَحْطِمَنَّكُمْ ) yang membawa maksud pijak yang hancur (pecah?). Para skeptik pada mulanya telah mengutuk Quran dengan mengatakan kenapa guna perkataan ‘hancur yang hanya sesuai untuk describe hancurnya/pecahnya gelas’? Kenapa nak guna perkataan ‘hancur yang membawa maksud hancur yang penyek’? See? Dalam Bahasa arab jenis-jenis hancur pun ada spesifik perbezaan.

Hanyalah pada abad sekarang ini, dengan kemajuan sains, kita mendapati yang badan seekor semut terdiri dari bundle of chitin [(C8H13O5N)n], yang kalau kita kenakan hentakan padanya akan menjadi hancur seperti gelas.

SubhanaLlah

Jom belajar bahasa Al-Quran.

Sumber : Elies Elias

MAKNA TAFSIR

Tafsir dari makna bahasa bermaksud menjelaskan atau menerangkan yang samar
Tafsir dari sudut syarak pula bermaksud satu ilmu yang menerangkan maksud Al-Quran.
Secara umumnya Al-Quran yang diturunkan di dalam bahasa arab adalah jelas dan mudah difahami. Nabi SAW pula ditugaskan untuk menterjemahkan maksud Al-Quran di dalam bentuk perbuatan. Hakikatnya apa jua yang datang dari Nabi SAW ia juga  adalah wahyu Tuhan. Ia juga bermaksud bahawa apa jua yang datang dari Nabi SAW adalah tafsir Al-Quran.

PERBEZAAN DI ANTARA TADABBUR DAN TAFSIR

Tafsir adalah menerangkan maksud yang dikehendaki oleh Allah SWT dari ayat yang dibaca manakala tadabbur adalah melihat apa yang tersirat (belakang) setiap ayat dari sudut panduan dan amalan.
Tujuan utama tafsir adalah mengetahui makna atau maksud yang dikehendaki, manakala tujuan utama tadabbur pula adalah mengambil manfaat, membina iman, membaikkan akhlaq dan amalan. Dengan kata mudah, tafsir menguatkan ilmu, tadabbur menguatkan iman dan amalan.
Tafsir memerlukan syarat yang sangat ketat untuk mempelajarinya kerana ia bercakap tentang maksud Allah SWT. Adapun tadabbur, syaratnya tidaklah seketat mempelajari ilmu tafsir. Syaratnya adalah ikhlas dan kemahuan yang benar. Ia juga bermakna, ilmu tafsir mesti dipelajari daripada guru sedangkan ilmu tadabbur berlaku daripada LATIHAN beramal dengan suruhan dan arahan Allah SWT dan RasulNya
Menuntut ilmu tafsir secara umumnya adalah fardhu kifayah (tafsir yang mudah hukumnya adalah fardhu 'ain) manakala amalan dari tadabbur adalah fardhu ‘ain.
Tafsir adalah ilmu manakala tadabbur adalah iman dan amal.
Tafsir adalah wasilah manakala tadabbur adalah maksud matlamat iaitu beriman dengan Al-Quran

HUBUNGAN DI ANTARA TAFSIR DAN TADABBUR

Tadabbur tidak akan terhasil melainkan setelah mempelajari tafsir. Pengetahuan yang betul mengenai tafsir akan memberi kesan kepada tadabbur.
Tadabbur adalah maksud terbesar dari tafsir kerana banyak ayat di dalam Al-Quran adalah ayat yang menyuruh manusia mengambil ‘ibrah, pengajaran dan mematuhi arahan Tuhan.
Tafsir ayat yang dilakukan oleh mufassirin di dalam kitab mereka, adalah termasuk juga apa terhasil dari tadabbur mereka.

BEBERAPA PERKARA TAMBAHAN YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI TADABBUR

Tujuan utama dari tadabbur adalah untuk mengambil pengajaran dan bimbingan
Suruhan Tuhan mengenai tadabbur menunjukkan bahawa ilmu Al-Quran adalah satu ilmu yang tidak susah untu diusahakan.
Hati yang bersih adalah diperlukan untuk mentadabburkan Al-Quran
Suruhan supaya mentadabburkan Al-Quran bukan setakat kepada orang islam sahaja. Orang yang kafir dan musyrik termasuk juga di dalam suruhan tadabbur
Hasil tadabbur akan dapat dirasa apabila manusia berterusan secara istiqamah membaca Al-Quran.
Berkata Imam Ibnul Qayyim, “Tadabbur itu adalah engkau membaca Al-Quran dari awal hingga ke akhir ayat. Kemudian mengulangnya dari masa ke semasa. Apabila engkau mahu mengambil manfaat daripada Al-Quran, hendaklah engkau menumpukan hati engkau pada bacaan dan pendengaran. “Hadirkan” Allah SWT yang bercakap denganmu. Sesungguhnya ia adalah firman Allah SWT yang turun melalui utusanNya SAW.”

Sumber  :  WhatsApp 

Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara,saya menyelok poket mencari duit Rm 1.60 bayaran tol.Baru sedar tak bawa wallet.Menyelongkar dlm dashboard kereta jumpa,duit syiling Rm 1.40 sen.Tak cukup 20 sen lagi.Saya memberhenti kereta agak jauh dari rumah tol.Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi.Selak pelapik kaki,buka bonet belakang,namun duit 20 sen tak ditemui.

Nak telefon anak suruh hantar,tentu kena pusing jauh.Dalam hati mengingat Alah moga dipermudahkan.Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol,rasa malu.Semasa berdiri luar kereta memikir jalan,seorang penunggang motosikal oku memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya,bertanya adakah kereta saya rosak.Saya cepat mengatakan tidak.Masa itu saya hilang rasa malu meminta kpdnya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol.Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit,dan menyuruh saya menerimanya.Dia berlalu dg ucapan salam setelah saya menyatakan penghargaan kpdnya.

Mungkin kejadian ini Allah memperingatkan saya bahawa sekaya mana kita,sebanyak mana harta kita,setinggi mana kedudukan kita,sebaik mana kenderaan kita, itu bukan bermakna kita sudah tidak perlu orang lain dalam hidup.Janganlah memandang rendah kpd mereka yg kurang berada,kerana suatu hari mungkin kita memerlukan mereka.Tuhan boleh menakdirkan apa juga.Mungkin kerana kereta kita besar,hebat,kita memicit hon kpd kancil dan viva kerana lambat untuk memotong,picit hon kpd kapcai yg masuk ke lorong kereta atau tak mau mengelak bila berselisih dg motor dlm kampung.

Mungkin juga Allah mahu membiarkan saya merasai untuk seketika betapa resahnya mereka yg tidak berada,tidak mampu..Sedangkan orang lain tidak kecukupan sepanjang hidup.Mungkin juga Allah mahu mengingatkan saya bahawa setiap siling adalah rezeki dari Allah,besar nilainya.Ada ketika siling yg jatuh dibiar tidak dikutip,tetapi bila terjadi peristiwa ini mengajar betapa setiap siling besar nilainya disisi tuhan.Siling 20 sen yg saya cari waktu itu utk mencukupkan bayaran tol tidak ternilai harganya.

Bila kita ditimpa kesusahan,bila kita dlm keadaan meminta dan mengharap,kerapkali yg datang menolong adalah mereka yg kurang berada.Berapa banyak kereta yg berlalu begitu sahaja,tetapi oku yg bermotor inilah yg sanggup berhenti bertanya masalah dg hasrat utk menolong.

Allah selalu menegur kita,cuma kita yg tidak terasa teguran itu kerana kita mahu memikirkan setiap peristiwa yg berlaku kpd kita,yg dinampakkan kpd kita.Kita melalui semua adegan hidup bagai menaiki keretapi ekspress.Berhentilah sejenak untuk memikir kerana di dalam Quran,Allah ada menyebutkan 'sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir'.Ambillahlah langkah untuk mula memikirkan.

Sumber  :  WhatsApp 

10 Wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna

10 Pesanan untuk jadi individu dan umat yang hebat lagi berjaya :

(1) قم إلى الصلاة متى سمعت النداء مهما كانت الظروف.

1- Jika terdengar azan, maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.

(2) أتل القران أو طالع أو استمع أو ذكر الله ولا تصرف جزءا من وقتك في غير فائدة.

2- Perbanyakkan bacaan al-Quran, selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu, pergi ke majlis² Ilmu, perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.

(3) اجتهد أن تتكلم بالعربية الفصحى فإن ذلك من شعائر الإسلام.

3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang (syiar) Islam.

(4) لا تكثر الجدل في أي شان من الشؤون أيا كانت فإن المراء لا يأتي بخير.

4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.

(5) لا تكثر الضحك فإن القلب الموصول بالله ساكن ووقور.

5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.

(6) لا تمزح فإن الأمة المجاهدة لا تعرف إلا الجد.

6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh² dalam setiap perkara.

(7) لاترفع صوتك أكثر مما يحتاج إلية السامع فإنه رعونة وإيذاء.

7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

(8) تجنب عيبه الأشخاص وتجريح الهيئات ولا تتكلم إلا بالخير.

8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

(9) تعرف إلى من تلقاه من أخوانك وان لم يطلب إليك ذلك. فأن أساس دعوتنا الحب والتعارف.

9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

(10) الواجبات أكثر من الأوقات فعاون غيرك على الانتفاع بوقته.وإن كان لك مهمة فأوجز في قضائها

10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sumber :  WhatsApp 

Jumaat, 12 Jun 2015

Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Page Dr Siti Ujila Official. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga kisah ini turut memberi manfaat buat anda.

KISAH MAGIK: IMPOSSIBLE JADI POSSIBLE. APA RAHSIANYA?

Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak ‘peristiwa’ yang takkan mampu saya lupakan. Yang mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan.

Percaya tak, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya. Sebab anda tidak akan percaya pada ‘magik’ yang berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu ‘rahsia’ kejayaan yang ramai orang tak tahu.

Ceritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya. Ya Allah, Tuhan je yang tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu. Dengan eksperimen yang belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu ‘q’ panjang (sebab nak guna mesin yang orang lain dah ‘q’panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat.

Akhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil untuk siap.

Benar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut ‘cara biasa’ memang peratus untuk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak.

Saya tarik nafas panjang.

‘Awak kena pakai magik, Zack’ Akhirnya saya berkata. Dia pula pelik dengan kata-kata saya. ‘Magik macamana tu Dr?’

Panjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja:

1. Dalam masa singkat yang ada ni,give your 100% best effort. Dia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya. Sosaya kata, buat semua tu sungguh-sungguh.

2. Jangan ‘rely’ kat diri sendiri. Kita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yang Maha Hebat, yang sangat baik, yang kalau Dia nak tolong kitaanytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dengan 100% best effort, buat benda-benda lain yang Allah suka.

Saya berikan beberapa contoh:
– nampak makcik cleaner, derma la kat dia.
– ngaji lebih sikit
– solat malam
– kalau beli goreng pisang, bayar lebih.
– gembirakan mak ayah, anak isteri.
– buat kerja amal. tolong orang lain.

Sebab saya percaya pesan Tuhan:

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Inilah magik kehidupan yang ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yang untuk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytimebenda yang ‘impossible’ boleh jadipossible.

Saya kata lagi, yang ramai orang sedekah tapi padanya sedekah untuk dapat pahala, untuk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yang dia dapat.

Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada ‘usaha bersungguh-sungguh’. Abih-abih, doa kepada Allah.

Betul, usaha kita mestilah yang terbaik. Tapi tak ramai orang faham yang bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yang Allah suka, tolong orang lain on top ofusahanya yang sungguh2, kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat.

Nampak macam akan mengambil masa kita. Yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal. Tapi masa yang diambil itulah nanti yang akan buat perkara yang mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yang Allah akan tolong kita.

Kan Nabi Zakaria yang sudah lewat usianya pun mendapat zuriat?
Nabi Ayub yang sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yang uruskan.

Bukankah kita bertuhankan Allah yang sama?

Saya ingat lagi, saya kata pada studentsaya tu. “Kalau awak percaya dan buat ‘formula’ ni nanti awak akan terperanjat. Projek yang nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik” sebab kalau Allah nak tolong, anything can happen.

Jawab beliau “Saya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr.”

Saya tahu, dari riak wajahnya dia antara percaya dengan tidak apa yang saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yang saya pesan itu.

Selang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap!

Ya Allah, saya tak mampu nak kata apa.

Katanya technician yang pada awalnya tak nak bagi dia guna mesin disebabkan ‘q’ yang panjang tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yang sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang. Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya.

Dia sibuk bercerita apa yang ‘tiba-tiba’ berlaku tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-“wow” dengan magik ini. Saya hanyut dalam pujian yang tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yang sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yang buat semua yang tiba-tiba ini berlaku.

Saya tanya pelajar saya tu “apa yang awak dah buat?” Jawabnya, “saya buat macam yang Dr cakaplah”. Serba sedikit dia berkongsi cerita.

Ya Allah inilah yang saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan.

Rupanya magik ini tidak terhenti setakat itu.

Hari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yang lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri. Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej “Dr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)”

Ya Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah.

Kata student saya apabila eksperimennya siap: “Apa yang saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri”

Betul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macam mana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yang agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yang diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi.

Saya harap ia suatu yang bermanfaat untuk perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. Juga untuk anda yang membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan ini.

Sila Share Ke Group Lain

#sedekah buka rezeki

Sumber  :  WhatsApp