PERBEZAAN DI ANTARA TADABBUR DAN TAFSIR
MAKNA TAFSIR
Tafsir dari makna bahasa bermaksud menjelaskan atau menerangkan yang samar
Tafsir dari sudut syarak pula bermaksud satu ilmu yang menerangkan maksud Al-Quran.
Secara umumnya Al-Quran yang diturunkan di dalam bahasa arab adalah jelas dan mudah difahami. Nabi SAW pula ditugaskan untuk menterjemahkan maksud Al-Quran di dalam bentuk perbuatan. Hakikatnya apa jua yang datang dari Nabi SAW ia juga adalah wahyu Tuhan. Ia juga bermaksud bahawa apa jua yang datang dari Nabi SAW adalah tafsir Al-Quran.
PERBEZAAN DI ANTARA TADABBUR DAN TAFSIR
Tafsir adalah menerangkan maksud yang dikehendaki oleh Allah SWT dari ayat yang dibaca manakala tadabbur adalah melihat apa yang tersirat (belakang) setiap ayat dari sudut panduan dan amalan.
Tujuan utama tafsir adalah mengetahui makna atau maksud yang dikehendaki, manakala tujuan utama tadabbur pula adalah mengambil manfaat, membina iman, membaikkan akhlaq dan amalan. Dengan kata mudah, tafsir menguatkan ilmu, tadabbur menguatkan iman dan amalan.
Tafsir memerlukan syarat yang sangat ketat untuk mempelajarinya kerana ia bercakap tentang maksud Allah SWT. Adapun tadabbur, syaratnya tidaklah seketat mempelajari ilmu tafsir. Syaratnya adalah ikhlas dan kemahuan yang benar. Ia juga bermakna, ilmu tafsir mesti dipelajari daripada guru sedangkan ilmu tadabbur berlaku daripada LATIHAN beramal dengan suruhan dan arahan Allah SWT dan RasulNya
Menuntut ilmu tafsir secara umumnya adalah fardhu kifayah (tafsir yang mudah hukumnya adalah fardhu 'ain) manakala amalan dari tadabbur adalah fardhu ‘ain.
Tafsir adalah ilmu manakala tadabbur adalah iman dan amal.
Tafsir adalah wasilah manakala tadabbur adalah maksud matlamat iaitu beriman dengan Al-Quran
HUBUNGAN DI ANTARA TAFSIR DAN TADABBUR
Tadabbur tidak akan terhasil melainkan setelah mempelajari tafsir. Pengetahuan yang betul mengenai tafsir akan memberi kesan kepada tadabbur.
Tadabbur adalah maksud terbesar dari tafsir kerana banyak ayat di dalam Al-Quran adalah ayat yang menyuruh manusia mengambil ‘ibrah, pengajaran dan mematuhi arahan Tuhan.
Tafsir ayat yang dilakukan oleh mufassirin di dalam kitab mereka, adalah termasuk juga apa terhasil dari tadabbur mereka.
BEBERAPA PERKARA TAMBAHAN YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI TADABBUR
Tujuan utama dari tadabbur adalah untuk mengambil pengajaran dan bimbingan
Suruhan Tuhan mengenai tadabbur menunjukkan bahawa ilmu Al-Quran adalah satu ilmu yang tidak susah untu diusahakan.
Hati yang bersih adalah diperlukan untuk mentadabburkan Al-Quran
Suruhan supaya mentadabburkan Al-Quran bukan setakat kepada orang islam sahaja. Orang yang kafir dan musyrik termasuk juga di dalam suruhan tadabbur
Hasil tadabbur akan dapat dirasa apabila manusia berterusan secara istiqamah membaca Al-Quran.
Berkata Imam Ibnul Qayyim, “Tadabbur itu adalah engkau membaca Al-Quran dari awal hingga ke akhir ayat. Kemudian mengulangnya dari masa ke semasa. Apabila engkau mahu mengambil manfaat daripada Al-Quran, hendaklah engkau menumpukan hati engkau pada bacaan dan pendengaran. “Hadirkan” Allah SWT yang bercakap denganmu. Sesungguhnya ia adalah firman Allah SWT yang turun melalui utusanNya SAW.”
Sumber : WhatsApp
Mencari angka mistik togel hari ini? angka togel mistik