Saintis BUKTIKAN NABI MUSA MEMBELAH LAUT

Menjadi kebiasaan, tatkala ke rumah mak, suka membelek akhbar yang telah di beli oleh pok. Sudah ralit sangat dengan berita yang terdapat dada akhbar, tentang gejala sosial, gossip, kahwin cerai dan tidak terkecuali tentang kemalangan.

Kekadang, berita seperti itu, tidak berapa menarik minat ummi untuk membacanya, terutamanya bab gossip, kawin dan cerai. Sekadar membelek dan suka melihat gelagat kehidupan manusia sekarang yang seakan tidak tahu punca hidup ini.. Moga Allah lindungi diri ummi dan keluarga.. Amin..

Berbanding akhbar Metro, ummi lebih gemar membaca Kosmo kerana tidak banyak sangat mengenai gossip yang diselitkan. Ada juga info yang boleh di kutip. Dan, ada satu berita tentang pembuktian saintis mengenai Nabi Musa Membelah Laut itu, amat menarik minat ummi untuk di baca dan di kongsi dengan anak - anak.

Bukan tidak percaya dengan kisah yang telah terjadi di zaman Nabi Musa itu, tetapi apabila adanya penemuan seperti ini, mereka (anak - anak) akan lebih terbuka dan semoga lebih mendalam kepercayaan mereka kepada mukjizat yang Allah kurniakan kepada Nabi pilihanNya.. InsyaAllah.

Semoga bagi mereka yang telah terlepas membacanya, ingin ummi kongsikan disini. InsyaAllah bermanfaat untuk semua.. Amin. Wassalam.



LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.


  BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

Posted by Sulam Kaseh on 20:30. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Saintis BUKTIKAN NABI MUSA MEMBELAH LAUT"

Leave a reply