SUAMI HEBAT, SUAMI PENYABAR
Di dalam buku Purnama Madinah
karya Ibn Saad, Bandung , Mizan 1997, muka surat 173, ada tercatat
sebuah hadis yang berbunyi, Umar pernah berkata, “Ya Rasul, mahukah
engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri
kami.
Kemudian
kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam
pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku
perempuan Ansar ini.
Suatu
hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak
menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, ‘Apakah kanda tidak
menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab
balas baginda. Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari
sampai malam.’ Saya (Umar) lalu berkata, ‘Dia rugi. Apakah dia merasa
aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia
mendapat hukuman?’” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Rasulullah
SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga
mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma
perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata,
“Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras
terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW
sendiri meniru sikap orang Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda sendiri.”
·UMAR MENCONTOHI KESABARAN RASULULLAH TERHADAP LETERAN ISTERI
Seorang
lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka
berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya.
Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata,
“Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”
Selepas
itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar
memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata,
“Wahai Amirulmukminin,tujuan
kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku
yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu.
Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”
Umarpun berkata kepadanya,
“Wahai
saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia
mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku,
mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal
semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku
daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku
bersabar dengan kerenahnya.
Lelaki itu menjawab,
“Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”
Umar berkata,
“Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”
Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,
“Janganlah
seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang)
beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki
itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia
suka.”(Riwayat Muslim dan Ahmad).
Posted by Sulam Kaseh
on 18:37.
Filed under
Artikel Pilihan,
Tazkirah
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
0 comments for "SUAMI HEBAT, SUAMI PENYABAR"