Saya Perlu Taat Kepada Suami Atau Ibu?
Soalan:
Assalamualaikum!Saya adalah seorang pelajar kursus sarjana di sebuah pusat pengajian tinggi di pantai timur. Saya juga adalah ibu kepada 3 orang anak..Kerana saya mengikuti pengajian sepenuh masa jauh di pantai timur.. saya membawa anak-anak saya bersama.. Tetapi saya mempunyai banyak masalah dengan pembantu rumah.. selama 1 tahun saya di sini, saya telah banyak kali bertukar pembantu rumah .. suami saya pula bekerja di kuala lumpur. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menginggalkan anak-anak saya di rumah persama dengan ibu saya.Masalah saya ialah ibu saya seorang yang sangat dominan dan emosional. Ibu saya juga tidak sukakan suami saya. setiap kali suami saya ingin membawa anak-anak untuk tinggal di rumah sendiri selama 1 atau 2 hari.. ibu saya pasti akan bermasam muka dan tidak bertegur sapa. ibu saya juga tidak membenarkan anak-anak saya berjumpa dengan keluarga mertua saya.Suami saya sangat tertekan dengan keadaan ini.. bayangkan setiap kali datang ke rumah untuk melihat anak-anak, ibu saya akan bermasam muka dan tidak mengendahkannya. keluarga saya pula sama-sama bersekongkol dengan ibu saya. Akhirnya suami saya meminta saya untuk pulang ke kuala lumpur dan tidak meneruskan lagi pengajian saya. tetapi saya telahpun membuat perjanjian pendidikan, dan sekiranya saya berhenti sekarang, saya perlu membayar balik biasiswa saya dalam satu jumlah yang banyak.Saya kasihankan suami saya dan saya tahu dia tertekan, saya juga perlu menghabiskan pengajian saya yang hanya tinggal 6 bulan sahaja. saya tahu suami saya tentu tidak boleh bersabar dengan tekana emosi yang diberikan oleh ibu dan keluarga saya. Saya juga tidak boleh menegur ibu saya kerana dia pasti akan marah dan tidak bertegur sapa dengan saya selama beberapa hari.Saya perlukan nasihat dan bantuan untuk menyelesaikan masalah saya.
Jawapan:
Waalaikumusalam Puan..terima kasih kerana bertanya. Saya memohon maaf kerana agak lambat membalas pertanyaan ini. Syukur kepada tuhan kerana kini dapat juga saya menjawab soalan ini. Bagaimanapun, sebelum saya menjawab, ketahui beberapa perkara ini dahulu:
Syurga suami di bawah tapak kaki ibu manakala syurga isteri di bawah tapak kaki suami!
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawab kan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak (wajib).
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Subhanallah..jelaslah di sini puan sedang berjihad di jalan Allah. Jika lelaki perlu terbunuh untuk mati dalam jihad, wanita hanya perlu mentaati suami! Jadi apakah jawapan bagi persoalan di atas? Jawapannya tentulah puan perlu mentaati suami lebih daripada ibu sendiri! Sebelum membuat penilaian panjang fahami dahulu apa yang saya akan nyatakan.
Apabila sepasang suami isteri telah berkahwin, maka ibu bapa di antara keduanya adalah sama seperti ibu bapa kandung. Maksud saya ialah, walaupun ibu puan merupakan ibu mertua kepada suami, namun bagi suami, beliau perlu mentaati ibu puan sebagaimana beliau mentaati ibu kandungnya sendiri. Jadi tidak timbul masalah puan derhaka kepada ibu jika suami taat pada ibu. Kerana keutamaan puan adalah mentaati suami manakala suami perlu mentaati ibu puan. Allah telah menyatakan dengan jelas akan peringkat ketaatan yang perlu dipatuhi oleh setiap insan. Firman Allah:
“Hai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah, Rasul dan pemimpin di kalangan kamu.”(An-Nisa’: 59)
Pemimpin bagi wanita ialah suaminya! Dalam situasi di atas, seandainya pendapat mereka bertentangan, puan perlu lihat yang mana lebih rasional permintaannya. Jika permintaan ibu puan hanya kerana beliau tidak sukakan suami puan, puan tidak boleh menurut kehendakknya sebaliknya perlu mengikut kehendak suami. Soal sifat ibu yang tidak boleh bertolak ansur itu adalah antara dirinya dengan Allah. Selagi suami tidak menderhakainya, tidak meninggikan suara atau tidak sesekali menyakiti hati ibu, itu sudah cukup untuk menggambarkan ketaatannya pada si ibu. Dalam keadaan ini jika puan mengikut kehendak ibu untuk mengabaikan suami, puan perlu memohon ampun dengan suami dan kembali kepadanya. Orang yang mengarahkan perkara mungkar meskipun ibu bapa sendiri, tetap perlu diingkari. Firman Allah:
“Tidak ada ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah.”(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)
Jika perkara itu berlaku, itu dosa mereka dengan Allah, sebaliknya tolaklah permintaan mereka dengan baik supaya kita tidak pula melakukan dosa dengan mereka. Puan tidak boleh membiarkan suami tertekan dengan keadaan ini, hiburkan hatinya, kembali kepadanya selagi dia tidak pernah meminta puan lakukan perkara yang mungkar.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani)
Rasulullah s.a.w. banyak mengingatkan kaum wanita tentang kelebihan menjadi isteri yang taat; antaranya melalui hadis yang bermaksud:
“Wanita apabila solat lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya dan taat akan suaminya, maka masuklah syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.”(Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Sikap ibu yang tidak membenarkan anak-anak berjumpa dengan keluarga mertua itu tidak patut di turuti. Ia adalah perbuatan mungkar dan sangat bertentangan dengan syariat Allah. Perbuatan ini seolah-olah cuba untuk memutuskan tali silaturahim. Sabda Rasulullah:
” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya”( Al-Bukhari 4/112 )” Tidak masuk syurga sesiapa yang memutus silaturrahmi ”( Al-Bukhari)
Jadi dalam soal ini puan tidak boleh menurut kehendak ibu puan. Jangan takut untuk menegakkan syariat Allah, mungkin puan akan berhadapan dengan sikap ibu yang kasar, marah, masam dan sebagainya, namun kita lebih khuatir jika Allah murka dan bencikan kita. Nauzubillah…cubalah gunakan cara yang terbaik untuk menolak kehendak ibu yang bertentangan dengan kehendak syarak. Semoga puan mendapat rahmat dan panduan dari yang maha kuasa.
Usah dikeluh ujian yang menimpa kerana di situ terletaknya jihad, syahid dan martabat yang tinggi di sisi Allah. Saya doakan semoga puan dapat mengharungi ujian dengan sempurna dan semoga keadaan kembali menjadi lebih baik dari masa ke semasa. Tiada cara lain untuk mengatasi masalah ini melainkan dengan mendekatkan hati ibu dan ahli keluarga kepada Allah. InsyaAllah dengan itu hati mereka akan menjadi lembut…
credit: http://wanwma.com
assalamualaikum..
saya ingin bertanya mengapakah ibu mertua suami tersebut sangat membenci menantunya dan juga keluarga suami tersebut?Adakah mereka pernah melakukan sesuatu sehingga mengguris perasaan hati wanita yang bernama ibu mertua itu?
saya berpendapat perselisihan faham perlu diselesaikan.Sekiranya pihak suami atau keluarganya pernah menyakiti keluarga sebelah pihak,maka mereka harus memohon maaf.Kebiasaanya sebagai manusia biasa,apabila seseorang memohon maaf,sedetik sebanyak hati nurani seseorang itu pasti akan bberasa terharu.Dan mungkin kemaafan boleh diberikan dan silaturrahim akan terjalin semula..
Akan tetapi,sebaliknya sekiranya pihak yang melakukan kesalahan tidak melakukan sebarang tindakan atau erti kata lain tidak memohon maaf,sebaliknya hanya mendiamkan diri seolah-olah mereka tidak melakukan kesalahan,maka sudah tentu lah pihak satu lagi akan bermasam muka..
saya merasakan dalam kes seperti ini punca perselisihan faham perlu dicari.bukan persoalan perlu mentaatai suami atau ibu..sekiranya pihak suami ada melakukan kesalahan,maka kesalahan itu haruslah diselesaikan puncanya..
Terdapat pelbagai jenis umat manusia di muka bumi Allah yang sangat indah ini.Dan ISLAM ITU SANGAT INDAH.Saya pasti saudari yang menanya soalan itu tentu mengetahui tentang punca perselisihan faham tersebut..
Saya bukan lah seorang yang arif dalam hal ini.Saya hanya memberi pendapat saya.
Sekian,terima kasih.