Tazkirah : Doa kepada Ibu-Bapa Membuka Pintu Rezeki
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata.....
" setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup atau telah tiada)
".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (seperti makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Sumber
Posted by Sulam Kaseh
on 20:42.
Filed under
Tazkirah
.
You can follow any responses to this entry through the
RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
0 comments for "Tazkirah : Doa kepada Ibu-Bapa Membuka Pintu Rezeki"