✿~RINTIHAN SEORANG SAHABAT~✿


Ya Allah,
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan..
Sekiranya sahabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..

Ya Allah,
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah,
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu..

Ya Allah,
Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi
SAHABAT yang dirahmati
SAHABAT yang dikasihi
SAHABAT yang soleh solehah
SAHABAT yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Posted by Sulam Kaseh on 21:07. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "✿~RINTIHAN SEORANG SAHABAT~✿"

Leave a reply