Tadabbur Ramadhan #2 - surah al-Baqarah (Lembu)



1. Kenapa Lembu???

Ia adalah simbol kegagalan Bani Israel.

Arahan yang mudah untuk menyembelih seekor lembu menjadi kekecohan yang dikenang sepanjang zaman. Setiap kali kita menyebut surah al-Baqarah, kita harus ingat kekecohan itu sebagai panduan.

2. Surah terpanjang ini turun selepas Hijrah, tatkala iman para sahabat sudah mendalam, tiba masanya untuk diuji iman secara kolektif pula. Ujian sebagai satu umat. Asas pembinaan tamadun. Maka disebut tentang umat-umat terdahulu.

3. Awal surah disebut 3 golongan, ini golongan yang akan wujud sehingga kiamat. Pilihlah untuk jadi salah satu daripada 3 golongan - mukmin, kafir, atau munafiq. Ia juga satu amaran buat Nabi s.a.w. bahawa selepas hijrah akan muncul satu golongan munafiq yang tidak pernah wujud sebelum hijrah.

4. Surah ini mengajar manusia siapa mereka, dan mengapa mereka dicipta. Sejarah peradaban manusia dirakam dalam kisah Adam a.s, dan diteruskan dengan kisah para Nabi dan juga nama-nama mereka. Allah memberitahu kita tamadun bersilih ganti, setiap tamadun akan diuji sebagai satu umat, bukan sekadar iman individu.

5. Adam telah gagal kerana ditipu oleh Syaitan. Ini untuk ajar manusia bahawa syaitan itu sangat hebat, sedangkan Adam yang tinggal di syurga pun boleh dihelah. Apatah lagi kita manusia yang tidak pernah melihat syurga neraka. Namun Allah memberi peluang yang adil bagi setiap umat bagi membuktikan keimanan mereka.

6. Kisah Bani Israel diceritakan dengan panjang lebar, ini satu umat paling gagal dalam sejarah manusia. Mereka dikurniakan dengan para Nabi yang ramai, terutama Nabi Musa a.s, namun mereka tetap engkar. Malah, kini mereka menjadi musuh Islam.

7. Al-Baqarah juga mengisahkan kejayaan Ibrahim dalam mematuhi perintah Allah (kisah sembelih Ismail a.s. dan juga bina Kaabah). Baginda dimuliakan dengan nama yang harum beserta keturunan yang mulia. Inilah standard tinggi yang Allah jadikan objektif bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya.

8. Setiap kali baca surah al-Fatihah ayat 'ghayril maghdubi alayhim' - orang-orang yang dimurkai Allah - kita harus ingat kita sedang berdoa ya-Allah jgn jadikan kami seperti Bani Israel. Jadikanlah kami hambaMu yang patuh.

Aameen..

Sumber :  WhatsApp

Posted by sulam kaseh on 01:08. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for " Tadabbur Ramadhan #2 - surah al-Baqarah (Lembu)"

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...