Menyatakan yang hak

👍🏼
Alhamdulillah.

Walaupun dalam sekatan, kuliah tetap sampai kepada umum.

Membawa ilmu al-Quran dan al-Sunnah itu umpama menyiramkan air ke tanah dan menyuburkannya.

Namun tak semua tanah sudi menyerap air.

Masalah sebenar bukan sekadar tauliah.

Yang ada tauliah, disekat pula atas pelbagai nama lain, seperti nama wala', atas nama tidak menghormati tradisi setempat, dan pelbagai lagi.

Disenyapkan majlis ilmunya, disebarkan fitnah supaya orang jangan pergi, ditangguh dengan sengaja dan pelbagai lagi.

Membawa ilmu al-Quran dan al-Sunnah itu banyak rintangannya.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

*Ustazah Nabilah Hasan*

Posted by SulamKaseh on 06:41. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Menyatakan yang hak"

Leave a reply