SALAH FAHAM DAN SALAH GUNA ‘SANAD’
Assalamualaikum.
๐ Didapati berlaku banyak salah faham dalam pengajian yang dinamakan sebagai pengajian bersanad. Pernah ditemui pengajian bersanad yang menggunakan kitab jawi yang terdapat banyak hadith palsu di dalamnya.
๐ Ada juga yang memalsukan ‘sanad’ untuk meramaikan pengikut ajaran dan fahaman tertentu. Sangat malang apabila para pengikut menyangka ‘sanad’ yang palsu itu sampai kepada Nabi Muhammad saw.
๐ Malah lebih jauh dari itu, sanad pernah ditawarkan secara online oleh guru yang dikatakan memiliki sanad dan dikatakan menghafaz ribuan hadith!
Malangnya didapati banyak hadith-hadith palsu disebarkan malah diamalkan, menandakan terlalu banyak perkara yang perlu disemak dalam dakwaan-dakwaan tersebut.
๐Sanad tujuannya ialah memelihara ketulinan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Apabila sanad disalah guna dan disalah fahami, maka tujuan ini tidak terpelihara lagi.
๐ Hadith Nabi Muhammad saw termasuk hadith dalam Sahih Bukhari hendaklah dipelajari dengan guru yang benar-benar menjaga sunnah Nabi Muhammad saw secara amanah dan berdisiplin. Jika tidak, ada banyak penyelewengan dalam agama boleh berlaku semasa menghuraikan hadith yang sahih.
Zikir-zikir daripada hadith Nabi Muhammad saw yang sahih misalnya didiamkan, dibawa pula zikir-zikir yang tiada asal.
Sama seperti ayat-ayat al-Quran, perlu dipelajari dengan guru yang betul dan disiplin yang betul. Berapa ramai yang salah guna ayat al-Quran sehingga sanggup menyokong amalan zikir menari yang tiada asalnya dalam ajaran Islam.
ุงูููู
ุฅูุง ูุณุฃูู ุนูู
ุง ูุงูุนุง
Dr Nabilah Hasan
21/6/21
Isnin
Posted by SulamKaseh
on 18:31.
Filed under
Pengajian Quran Hadith,
Sanad Rasulullah,
Sunnah Nabi
.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0.
You can leave a response or trackback to this entry
0 comments for "SALAH FAHAM DAN SALAH GUNA ‘SANAD’"