Saya manusia, bukan kambing...

Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah kerana takut bertemu dengan orang lain. Jangankan bergaul, melihat orang pun dia akan terketar - ketar ketakutan.

Apabila ditanya sebab dia berkeadaan demikian, katanya, "Saya berasa diri saya macam seekor kambing dan orang lain macam harimau... Mereka semua akan membaham saya. Saya takut.."

Dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit jiwa untuk di rawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan di rawat dengan pelbagai cara untuk meyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukan seekor kambing.

Setelah setahun menerima rawatan, dia pun di uji oleh pakar prikologi yang merawatnya.

"Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?" tanya doktor pakar.
"Saya manusia."
"Bukan kambing?"
"Bukan, saya manusia.."
"Bagus, sekarang kamu boleh pulang. Bergaullah dengan orang ramai, kerana kamu berhak untuk itu. Jangan takut lagi."

Dalam perjalanan pulang dia di bawa singgah di sebuah restoren yang di kunjungi ramai.


"Takut.. Takut.. Saya nak pulang.."
"Eh, kenapa masih takut? Kamu kan manusia, bukan kambing?"
"Ya, ya.. saya yakin saya memang manusia. Tetapi bagaimana kalau harimau - harimau itu masih menganggap saya sebagai kambing??"

Pengajaran :
Orang yang di timpa penyakit hina diri yang kronik, sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain secara tidak sihat. Dia sentiasa rasa tidak layak, tidak selesa dan tidak seronok ( feel good) dengan dirinya..

Sumber : Majalah Solusi #28

Posted by Sulam Kaseh on 23:25. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Saya manusia, bukan kambing..."

Leave a reply