Juzuk 2: Surah Al-Baqarah: Ayat 177

๐ŸŒธ _Tazkirah Ramadhan_๐ŸŒธ
      _Siri 02/1438H_

๐Ÿ““๐Ÿ““ *Tadabbur Al Quran* ๐Ÿ““๐Ÿ““

*Juzuk 2: Surah Al-Baqarah: Ayat 177*

*๐Ÿ’Œ Firman Allah:*

ู„َูŠْุณَ ุงู„ْุจِุฑَّ ุฃَู†ْ ุชُูˆَู„ُّูˆุง ูˆُุฌُูˆู‡َูƒُู…ْ ู‚ِุจَู„َ ุงู„ْู…َุดْุฑِู‚ِ ูˆَุงู„ْู…َุบْุฑِุจِ ูˆَู„َٰูƒِู†َّ ุงู„ْุจِุฑَّ ู…َู†ْ ุขู…َู†َ ุจِุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุงู„ْูŠَูˆْู…ِ ุงู„ْุขุฎِุฑِ ูˆَุงู„ْู…َู„َุงุฆِูƒَุฉِ ูˆَุงู„ْูƒِุชَุงุจِ ูˆَุงู„ู†َّุจِูŠِّูŠู†َ ูˆَุขุชَู‰ ุงู„ْู…َุงู„َ ุนَู„َู‰ٰ ุญُุจِّู‡ِ ุฐَูˆِูŠ ุงู„ْู‚ُุฑْุจَู‰ٰ ูˆَุงู„ْูŠَุชَุงู…َู‰ٰ ูˆَุงู„ْู…َุณَุงูƒِูŠู†َ ูˆَุงุจْู†َ ุงู„ุณَّุจِูŠู„ِ ูˆَุงู„ุณَّุงุฆِู„ِูŠู†َ ูˆَูِูŠ ุงู„ุฑِّู‚َุงุจِ ูˆَุฃَู‚َุงู…َ ุงู„ุตَّู„َุงุฉَ ูˆَุขุชَู‰ ุงู„ุฒَّูƒَุงุฉَ ูˆَุงู„ْู…ُูˆูُูˆู†َ ุจِุนَู‡ْุฏِู‡ِู…ْ ุฅِุฐَุง ุนَุงู‡َุฏُูˆุง ۖ ูˆَุงู„ุตَّุงุจِุฑِูŠู†َ ูِูŠ ุงู„ْุจَุฃْุณَุงุกِ ูˆَุงู„ุถَّุฑَّุงุกِ ูˆَุญِูŠู†َ ุงู„ْุจَุฃْุณِ ۗ ุฃُูˆู„َٰุฆِูƒَ ุงู„َّุฐِูŠู†َ ุตَุฏَู‚ُูˆุง ۖ ูˆَุฃُูˆู„َٰุฆِูƒَ ู‡ُู…ُ ุงู„ْู…ُุชَّู‚ُูˆู†َ

*๐Ÿ“Terjemahan ayat:*

_Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah apabila seseorang itu beriman kepada Allah, hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermakan hartanya yang  disayangi kepada kaum kerabat,  anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), dan kepada orang-orang yang meminta, dan (memerdekakan) hamba sahaya,  mendirikan solat dan menunaikan zakat dan orang-orang yang menepati janjinya apabila mereka berjanji; dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa._

*๐Ÿ“–Tafsir ringkas:*

1. Ayat ini diturunkan untuk menjawab kritikan golongan ahli kitab dan kaum muslimin yang tidak berpuas hati dengan perintah menukar arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.

2. Allah menjelaskan bahawa menghadap ke arah timur atau barat itu bukanlah suatu kebaikan jika ianya tidak diperintahkan. Tetapi kebaikan yang sebenarnya ialah menghadap ke arah kiblat semata-mata untuk melaksanakan perintah Allah Subhanahu wa taala.

3.  Kebajikan yang diiktiraf oleh Allah dalam ayat ini ialah:
a) beriman dengan Allah, hari akhirat, segala malaikat, segala Kitab, dan sekalian Nabi
b) mengorbankan harta benda yang disayangi untuk membantu orang lain yang memerlukan
c) mendirikan solat
d) menunaikan zakat
e) menepati janji
f) bersabar dengan kesusahan, penderitaan dan peperangan

4. Orang- orang yang melakukan perkara-perkara tersebut itulah orang-orang yang benar-benar beriman, melakukan kebaikan dan bertaqwa kepada Allah.

๐ŸŽ€ *Pengajaran*

1. Baca buku sirah tentang sejarah pertukaran arah kiblat.

2. Mulakan bersedekah diawal pagi setiap hari (wujudkan tabung infaq di rumah)

3. Berusaha memperbaiki solat untuk mencapai khusyu'.

4. Sebarang janji yang dibuat hendaklah dicatat atau dibuat peringatan

5. Bina kesabaran ketika menghadapi musibah dengan keyakinan terhadap pertolongan Allah

*๐Ÿ“š Rujukan:* Tafsir Al Azhar, vol. 1, Tafsir Ibn Kathir

*Susunan:*
*Ameerah dan Lajnah Penerangan & IT*
*Dewan Muslimat PAS Gombak*

Posted by SulamKaseh on 18:01. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Juzuk 2: Surah Al-Baqarah: Ayat 177"

Leave a reply