Baca status beliau selalu buat saya kagum.. bait katanya, pandainya
dia menyusun kata², bijaknya dia dalam pelajaran, dan banyak kelebihan
lain yang elok pada mata saya... Kekadang terasa ingin menjadi
sepertinya..
Manakan mungkin...
Tersangat jauh beza dirinya dengan diri ini.. huhu..
Namun, dah cukup bersyukur kerana dapat mengenali dan 'berjumpa' dengannya walau di alam maya..
Terima kasih Dr
Umm Zainab Ab Ghafar atas perkongsian ini...
----------------------
 |
| This life is a good news |
Masha Allah, setahun lalu.
Suami saya cerita, dalam satu perjumpaan pelajar postgraduate bersama
penyelia, seorang lelaki melayu bertanya kepada rakan berbangsa Arabnya,
"Any good news?" Maksud lelaki Melayu itu adalah khabar gembira
berkaitan thesis PhDnya.
Lalu rakan berbangsa Arabnya menjawab
tenang. "This life is a good news. To wake up from my sleep this morning
is a good news, to see my wife's smile, my children waving good bye
when I sent them to school. Those are all good news. And not receiving
any approval yet from my supervisors about my thesis, that's a good news
too. At least I have more time to make it better. The chance to go
through this PhD journey is a good news. There are many men from where I
come from that didn't even go to school. Fabiayyiala irabbikuma
tukazziban".
Lelaki Melayu tersenyum. Betapa kerapnya dia
menghitung harapannya yang kecewa pada sesuatu yang didambakan tetapi
belum terlaksana sedangkan nikmat yang telah dia perolehi tidak
terhitung banyaknya namun tidak sempat disyukuri kerana dia menganggap
ia perkara biasa yang bukan dalam senarai cita-cita.
Saya
terkenang kenangan bernada serupa. Saya pernah berjumpa seorang wanita
yang sudah berkahwin beberapa tahun lamanya. Saat dia melangkah masuk ke
klinik O&G wajahnya dicalit senyuman manis bergula. Terserempak
kenalannya yang terus menegur "Wow any good news?". Mungkin teruja
melihat sahabatnya berada dalam klinik O&G.
Wanita yang
ditanya itu menjawab, masih dalam senyuman dan tenang, "Yes today I bear
a good news. I come here to do a fertility check. There are many woman
who have been married for years like me, but they don't get the
opportunity like what I have, to have their problem checked by the
experts. So this is a good news. I should be thankful to my Lord".
Rakannya yang bertanya "Any good news", tadi terus merangkulnya. Air matanya mengalir.
Saya kagum dengan orang yang mendahulukan kesyukuran dalam setiap ruang dan peluang. Sungguh kagum.
Benarlah, syukur itu bukan hanya ketika kita mendapat hajat hati,
bahkan ketika kita menerima perkara di luar wishlist juga, kesyukuranlah
yang mengikat jiwa untuk terus bersabar dan berusaha dan tidak jemu
meminta pada Allah yang memberi kurnia.
Anda boleh jumpa beliau di sini :
Umm Zainab Ab Ghafar