Kelebihan Solat Sunat Rawatib

Patutlah dulu ustaz saya selalu sangat suruh anak-anak murid dia solat sunat rawatib, rupanya ia akan menjadi TOPUP solat2 kita yang entah kan diterima entahkan tidak... ya Allah, aku sudah lupa dengan pesanan guruku :(

Solat Sunat Rawatib

Amalan pertama yang akan dihisab pada hari Kiamat adalah SOLAT.

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan DIA Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hamba Ku, sempurna atau kurang'.

Sekiranya solatnya sempurna, maka ia direkodkan sebagai sempurna. Sekiranya ada kekurangan,

Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hamba Ku mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan solat sunatnya...'

(Riwayat Abu Daud, Al-Nasaie dan Ibnu Majah)


Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu

✔ 2 rakaat sebelum Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Zohor,
✔ 2 rakaat selepas Maghrib,
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

kdt-khazinatul asrar
Sumber

Posted by Sulam Kaseh on 23:56. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

3 comments for "Kelebihan Solat Sunat Rawatib"

  1. Ada yg kata 4 rakaat sebelum zuhur...

  2. 4rakaat sebelum/ selepas zuhur ..tetapi hanya 2rakaat shja yang ditekankan (muakkad) iaitu 2 sebelum dan 2 selepas .bleh dilakukan 4 sebelum dan 2 selepas .. jika ade lebih masa tambahkanlah 4 selepas ..

  3. 4rakaat sebelum/ selepas zuhur ..tetapi hanya 2rakaat shja yang ditekankan (muakkad) iaitu 2 sebelum dan 2 selepas .bleh dilakukan 4 sebelum dan 2 selepas .. jika ade lebih masa tambahkanlah 4 selepas ..

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...