Kenapa dia lebih cantik dari saya? Jelesnya...

Pada mulanya memanglah terasa berat kerana hati akan selalu mengelak.
Bahkan hati juga akan selalu cenderung untuk merasa tidak cukup dengan
apa yang dimiliki dan menyebabkan hati terasa tercabar untuk menerima
apa yang telah dikurniakan. Apatah lagi yang dikurniakan wajah yang
tidak menepati keinginan diri seperti wajah yang dipenuhi dengan
jerawat, sudah tentu akan menyebabkan hati terasa berat untuk menerima..

Mata akan memandang hijaunya rumput halaman jiran sebelah lebih cantik
dan lebih sihat berbanding rumput di halaman sendiri. Memandang wanita
yang lebih cantik dan lebih menawan hati membuatkan diri terasa
terpinggir dan serba kekurangan
.
Diri terasa tidak setanding dengan mereka yang cantik, lantas merasakan
kurniaan yang dimiliki tidak bererti apa-apa untuk hidupnya kerana tidak
mampu menjadikan diri sehebat penampilan orang lain.

Inilah perasaan yang tidak sewajarnya hadir dalam hati kita. Inilah
perasaan yang sepatutnya dilupuskan daripada lubuk hati, kerana perasaan
ini akan menjadikan kita tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan
oleh Allah.

Percayalah bahawa Allah SWT selalu mempunyai rencana yang baik kerana
memberi wajah ini kepada kita. Allah selalu mempunyai cara terbaik untuk
mendidik hambaNya agar dapat menjalani hidup yang sepatutnya
.
Agar lebih bersikap terbuka terhadap kelebihan orang lain dan dapat
bersikap tenang terhadap kekurangan orang lain juga.

Kita tidak perlu merasa iri hati atau gundah gelana melihat wanita lain
lebih cantik rupa parasnya.Ini kerana setiap orang sudah mempunyai
kurniaan rezeki masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah SWT
.
Dan setiap kurniaan itu ada hikmah tersendiri, yang mungkin sahaja tidak
pernah terfikir oleh akal kita.

Sepatutnya, katakan pada hati kita bahawa dia memang lebih cantik,
tetapi saya lebih bersyukur dengan apa yang ada. Itulah
sebaik-sebaiknya tanda kita sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah
SWT.

Inilah saya, beginilah saya dan inilah apa adanya saya

Sumber

Posted by Sulam Kaseh on 00:20. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Kenapa dia lebih cantik dari saya? Jelesnya..."

Leave a reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...