Festival busana : PAS berhimpun bantah Rosmah

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Kuala Lumpur, baru-baru ini, lapor Harakahdaily.


“DPPP mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah Mansor yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

“Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.
Katanya, bantahan berkenaan akan diadakan di masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, 22 Oktober ini.


Pada festival itu, perkataan “Muhammad” dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”.
“Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam,” kata Nasrudin.
Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival.
Semalam, ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali menggesa Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam suapaya mengkaji tindakan Rosmah berhubung perkara yang sama.
Katanya, festival busana itu jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

“Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut,” kata Lo’ Lo’.

Source: Malaysiakini

Posted by Sulam Kaseh on 00:10. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

2 comments for "Festival busana : PAS berhimpun bantah Rosmah"

  1. kalau kakchik mampu sertai, ingin sekali menyatakan bantahan ini di tempat terbuka biar orang tahu kita semua benci dengan penganjuran yang tidak bermaruah tu.

  2. Kebetulan ke Kuantan pada jumaat yang lepas.. ada demo secara Aman yang di buat di perkarangan Masjid Besar Kuantan anjuran Pemuda PAS Kuantan. Alhamdulillah, ramai juga yang hadir.

Leave a reply