Lebih Banyak Kelab Malam & Spa: Ulama Muda UMNO Perlu Tarik Tangan Pemimpin

Entah betul. Entah tidak apa yang malaysiakini laporkan semalam berkenaan pentadbiran PM sekarang mahu menjadikan Malaysia sebagai hub pusat hiburan malam. Kata artikel berkenaan, ini untuk memacu industri pelancungan berdasarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Apa itu Program Transformasi Ekonomi? Bunyi macam Transformer saja. Tak kisahlah, transformer kah, iron man kah, superman kah, yang penting orang kampung yang celik IT macam saya ni, ada macam yang tak sedap sikit bunyinya pada artikel berkenaan.

Hub pusat hiburan?

Yang betul!?

Tak tahulah betulkah atau tidak, yang pasti Adam Lambert seorang 'gay' itupun dengan penuh selambanya dilepaskan dan diizinkan untuk membuat persembahan di negara ini sekalipun NGO-NGO Islam membantahnya.

Saya sebagai seorang Islam. Dan tuan-tuan sekelian juga sebagai seorang muslim sudah tentu risau dengan berita dan perkembangan ini. Risau yang teramat sangat. Sampai peringkat nak makan tak lalu. Nak mandi tak basah. Nak tidur tak mahu lelap. Tapi bila saya teringatkan bahawa PAS kan ada untuk mengepalai NGO-NGO Islam untuk membantah melalui pelbagai cara, maka hati saya jadi legalah sedikit. Dan selama ini kepada merekalah kita sandarkan harapan kita untuk menjuarai dan mengetengahkan yang membabitkan isu-isu kepentingan umat Islam dan bukan Islam.

Nanum, bila saya teringat 40 ulama muda masuk UMNO yang sekarang ini menyandang gelaran Ulama Muda UMNO hati saya bertambah lega. Tambahan pula bila mendengar dan membaca hujah\-hujah mantap, padat, berisi, kukuh, kuat.. bla..blaa...blaa...Macam-macam lah yang mereka hujahkan. Mereka kata, nak nasihat pemimpin ini mestilah begini dan begitu. Tak boleh di hadapan khalayak ramai. Hendaklah berhikmah, beradab, bersopan santun, lemah lembut penuh gemalai dan seterusnya. Mereka ada bawa perkataan imam al-Syafii yang entah apa, sayapun tak berapa faham tapi ia saya ingat sebab bunyinya sangatlah sedap untuk ditaqlidi. Kata mereka lagi pembangkang nasihati pemerintah macam Khawarij. Lantaklah apa makna Khawarij tu, yang penting ia berbunyi ala-ala Arab dan sedap untuk ditaqlidi.

Dalam hati saya bagusnya idea Ulama Muda UMNO. Alangkah bestnya kalau pendakwah begini sikapnya. Ohh! Hebatnya akhlak kalau begini. Saya fikir, betapa teruk dan betapa dahsyatnya kekhawarijan pembangkang dan NGO-NGO Islam. Nampaknya saya dan umat Islam semua sudah ada tempat baru untuk bergantung dan untuk menumpang teduh. Mereka inilah yang akan diharapkan dapat mengepalai isu-isu Islam. Menyetelkan apa sahaja yang membabitkan kepentingan umat Islam.

Ulama Muda UMNO. Saya ucap berkali-kali perlahan sambil menoleh kanan dan kiri. Mereka akan menarik tangan pemimpin dan menasihati mereka jauh dari orang ramai. Tak ada ceramah berapi-api menasihati pemimpin. Tak ada demo. Tak ada poster itu dan ini. Bukankah bagus begitu..

Baca lanjut di Al-Ahkam

Posted by Sulam Kaseh on 23:49. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Lebih Banyak Kelab Malam & Spa: Ulama Muda UMNO Perlu Tarik Tangan Pemimpin"

Leave a reply