Hukum Jahit Baju Berfesyen Mendedahkan Aurat

Soalan:
Saya seorang tukang jahit dan mempunyai kedai sendiri.  Baru-baru ini saya terbaca di blog lain .. tentang hukum menjadi tukang jahit yang menjahit baju fesyen.   Dikatakan termasuk dalam kategori bersubahat!  Untuk puaskan hati saya.. saya bertanya dengan 2, 3 orang ustaz dimana jawapannya adalah sama  iaitu “Islam tidak pernah reda benda yang di larang.. seolahnya kita sudah bagi satu jalan kepada orang itu untuk memakai pakaian tersebut.. dan seolahnya jahitan kita itu , orang itu buat dosa, sebab buka aurat.. jadi dari sebab kita dia buat dosa dan kita juga dapat saham pakaian yang di pakainya.  Kebanyakkan regular customer saya semua suka baju mengikut bentuk badan dan kain terbelah.. seperti saya beritahu akak.  Semenjak saya tergerak mahu pakai tudung labuh dan niqab,  saya tertanya sendiri sesuaikah saya jahit baju berfesyen.. sebab itu saya tanya ustaz… saya dah putuskn smpi mnggu ni je saya amek tmphn bju fesyen.. awl thun ni saya tak nak wat… problemnya kak.. bagaimana harus saya beritahu kt custmr saya yg mlnggn ngan saya slma 6 thun ni..? kalau custmr baru sya ckp tak ambil bj fesyen,,, dorang kata ok… cuma ni la kak reglr custmr… saya tak reti nak bg jwpn.. saya bkn org yg pndi hjah tntg ilmu agama.. tkut trslh ckp da mngcilkn hati org.. hrp akk dpt mmbri pndangn tntng ini.. tq bnyk2!
An
******************************
Nota:  Tulisan yang dipotong adalah kerana menggunakan terlalu banyak ejaan ringkas.  Saya kesuntukan masa untuk edit ke semuanya.  Insya Allah, selepas ini saya hanya akan layan soalan-soalan yang dieja secara penuh bagi memudahkan saya menyiarkan jawapan di muka hadapan blog.    Untuk komen, pandangan dan lain-lain selain soalan, saya serahkan kepada pembaca memilih kaedah menulis yang bersesuaian.
**********
Jawapan:
Secara ringkasnya, hukum asal menjahit pakaian ialah harus.  Orang yang buat tempahan itu menanggung sendiri dosanya memakai pakaian tidak menutup aurat di luar rumah.
An boleh nasihatkan pelanggan jika sudah mengenalinya suka mendedahkan aurat agar memakai pakaian yang tidak cukup syarat hijab itu di dalam rumah sahaja atau jika mahu pakai di luar rumah, maka wajiblah dia menyarung jubah labuh dan luas atau abaya di luar pakaian tersebut.
Jika selepas itu, dia masih mengulangi lagi perbuatannya mendedahkan aurat,  boleh beritahu dia bahawa An hanya akan ambil upah jahit pakaian menutup aurat sahaja untuknya.
Hukum bersubahat jatuh apabila tukang jahit tetap mengambil tempahan menjahit pakaian mendedahkan aurat dari pelanggannya yang memang dikenali tidak menutup aurat.
Jika pelanggan membuat tempahan baju yang seksi-seksi untuk dipakai di hadapan suami sahaja,  An pun boleh menumpang pahala.
Akak cadangkan An buat kategori tempahan yang diterima dan tampal di kedai.  Ia lebih memudahkan pelanggan memahami pendirian An dalam hal ini.
Boleh lihat contoh yang Akak buat di bawah.




Harapnya jawapan di atas membantu.
Ummu Abbas
7.50pm
13 Rabie 2 1433H
Melbourne.
Sumber : SayangIslam

Posted by Sulam Kaseh on 02:22. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

0 comments for "Hukum Jahit Baju Berfesyen Mendedahkan Aurat"

Leave a reply